‘Bila ramai burukkan kita kerana status janda, putus tunang @ diceraikan.’ Pekakkan telinga, ingat Allah selalu ada di sisi. Letakkan kebergantungan pada Allah.
Sebagai manusia, kita tak lari daripada diuji dalam kehidupan. Ada wanita menghitung hari naik pelamin, tiba-tiba tunang putuskan hubungan. Kemudian ada juga, pasangan lima tahun berkahwin dan sudah dikurniakan anak, tiba-tiba pasangan curang dan memilih untuk bercerai.
Artikel Berkaitan: Berdasarkan Hadith Nabi Dalam Bab Jodoh, Mana Perlu Diutamakan. Pilih Janda Atau Anak Dara?
Allahuakbar berat betul ujian, namun sebagai manusia jangan lama-lama meratap nasib. Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli ini dan be gini caranya untuk ban gkit kembali meneruskan kehidupan mendatang.
WANITA, USAH MENANGIS.
BACA 13 LANGKAH UNTUK BANGKIT.
Tidak kira apa status anda, wanita adalah kaum yang lemah lembut hati dan jiwanya serta mudah tersentuh perasaan. Bertenang dan baca ini:
1. Sekiranya diuji dengan perpisahan, dimadukan atau apa dalam rumahtangga.
Perkara pertama yang harus anda lakukan…
Hitung dan bersyukurlah atas berapa banyak nikmat yang kita masih ada. Walaupun sebaiknya bersyukur ini dilakukan pada setiap hari (di kala senang dan susah), namun ramai yang terlupa untuk melakukannya bukan?
2. Ingat allah
Ingat Allah. Usah menangis keterlaluan siang dan malam. Apa lagi merintih memohon simpati dengan orang lain. Menangis tidak akan dapat merubah nasib kita.
Selalu saat kita terlalu bersedih, kita berasa seolah-olah bahagia tidak akan datang lagi. Dan di saat kita bahagia, kita berasa seolah kita tidak akan menangis semula. Selalu cepat terlupa bahawa bahagia dan derita itu juga pinjaman dari Allah.
3. Lihat mata anak-anak
Jika punya anak, usah diabaikan hanya kerana kita berasa kita ini sedang tertekan. Usah kita layan kesedihan kita sehingga kita abaikan tanggungjawab. Anak-anak sangat memerlukan kita.
4. Pilih kawan
Pilih dengan siapa anda berkawan. Ada ramai wanita yang tersalah memilih kawan serta memilih jalan yang salah untuk hilangkan derita. Apa lagi ketika mereka dalam keadaan baru berpisah dengan pasangan. Baru putus tunang. Baru ditinggalkan.
Jika hati kita lemah, kita akan mudah terikut dengan rakan-rakan. Pilih kawan-kawan yang positif, membina dan berkualiti. Tidak selalu mengingatkan kita tentang masa silam hingga timbul dendam dan kesedihan.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
5. Jika ada yang menjauhkan diri
Saat kita susah, itu adalah perkara biasa. Yang luar biasa adalah ketika rakan dan saudara masih mahu bersama kita ketika susah.
Sahabat Rasulullah Muhammad SAW, Sayyidina Ali Bin Abi Thalib Radiallahu anh. Ilham menuturkan, ketika Sayyidina Ali ditanya salah seorang sahabat terkait siapa yang dimaksud teman-teman dan sahabat Ali.
“Ya Ali kulihat sahabat-sahabatmu begitu setia sehingga banyak sekali, berapakah sahabatmu itu?”.
Sayyidina Ali menjawab,
“Nanti akan kuhitung setelah aku tertimpa musibah.”
Begitulah jawapan Sayyidina Ali.
Letakkan kebergantungan kita hanya kepada Allah. Orang yang meletakkan kebahagiaan diri pada orang lain dan bukan Allah ini akan mudah kecewa.
6. Betulkan niat
Betulkan niat dalam diri dan terhadap orang lain. Perlu ada alignment dalam diri dan ini adalah sangat penting dalam hidup. Tidak kira samada dalam urusan perhubungan keluarga, sahabat, perniagaan, pekerjaan atau apa sahaja….
The power of Niat. Sama-sama kita semak dan perbaharui niat setiap hari. Pastikan apa yang ada dalam minda selari dengan mata, lidah dan hati. Jaga mulut dari mengata, jaga hati diri dan hati orang dan jauhi sifat bersangka-sangka, jaga mata agar sentiasa melihat kebaikan dalam setiap perkara. Jadi mata lebah dan bukan mata lalat.
Baca Di Sini:
7. Tingkatkan diri
Cuba baca buku-buku yang boleh memberikan inspirasi dan semangat. Jika tidak mampu untuk membeli buku, cuba buat carian di internet dan baca kisah kejayaan ramai wanita hebat dunia dan bagaimana mereka berjaya bangkit semula dalam hidup.
Jika tidak mampu beli data, anda boleh cuba menggunakan wifi percuma yang disediakan di kebanyakan tempat awam. Sentiasa penuhi masa dengan perkara berfaedah dan elakkan dari termenung.
8. Forgive and forget
Cuba sebaik mungkin untuk lupakan kisah silam. Anda perlu melangkah ke hadapan. Melihat ke belakang tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Cari kekuatan itu and you need to move on.
9. Apakah anda punya impian?
Fikirkan apa cita-cita anda sebelum ini. Inilah masa terbaik untuk anda memenuhi segala impian anda. Cari jalan dan usah sesekali putus asa.
Sekiranya ramai yang memburukkan anda kerana bergelar janda, kerana putus tunang, kerana ditinggalkan pasangan, kerana
dimadukan… pekakkan telinga sahaja. Jika tiada teman rapat, ingat selalu bahawa kita ada Allah.
Hidup ini biarlah dipuji tak terbang, dihina tak tumbang.
10. Jadi kuat!
Cuba kawal minda anda. Letakkan masalah peribadi dalam satu “kotak” berbeza. Sentiasa senyum bila berhadapan dengan orang sekeliling terutama anak-anak. Usah sesekali menyalahkan atau memburukkan orang lain (contohnya bekas pasangan) atas apa yang berlaku. Usah salahkan takdir Allah!
Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
_”Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.”_
(Muttafaqun ‘alaih)
Seburuk manapun bekas pasangan anda, dia tetap ayah kepada anak-anak anda. Usah heret anak-anak ke dalam emosi. Minda anak-anak yang positif dan ceria akan mempengaruhi keperibadian serta pencapaian akademik mereka.
11. Cari rezeki yang halal
Jika sukar meninggalkan anak untuk keluar bekerja atau mencari rezeki, usahakanlah sesuatu dari rumah sahaja. Ambil upah jahit butang baju pun tidak mengapa.
Ada banyak pekerjaan yang boleh dilakukan selagi kita mahu berusaha. Upah yang diperolehi itu nanti bolehlah dibelanjakan sedikit dan simpanlah juga (walau sedikit untuk kecemasan dan untuk mengejar impian yang ada).
Susah sedikit tidak mengapa… belajarlah untuk berdikari.
12. Jatuh cinta lagi
Usah mudah jatuh cinta pula. Belajar dari kesilapan lalu. Jika mahu bernikah lagi, pilihlah pasangan dengan lebih berhati-hati. Sebaiknya anda berikan sedikit ruang untuk diri sendiri.
Tingkatkan penjagaan dan kualiti diri. Pastikan anda tampil bersih, berseri, kemas dan rapi walau seteruk manapun kesedihan anda. Utamakan kebahagiaan diri dan anak-anak (jika ada).
13. Sabar, doa dan tahajjud
Saya suka ingatkan. Usah putus asa untuk berdoa. Jangan lupa bertahajjud. Sehina manapun kita di mata manusia, hanya Allah sahaja yang menentukan untuk menerima segala amal dan doa kita.
Percayalah, tidak akan sia-sia untuk bangun pada setiap malam dan bertahajjud. Solat Tahajjud adalah solat malam, makna Tahajjud adalah solat yang dikerjakan setelah tidur.
“Dan pada sebagian malam hari, solat tahajud-lah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”
(QS. Al Isra’: 79).
“Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”
(Imam Syafie)
Saya terjumpa kedua ayat ini dulu yang membuatkan saya bangkit!
Jangan lupa untuk bersihkan hati. Maafkan orang sekeliling. Jangan berdendam. Yakinlah dengan Tuhan.
Strong women never give up….
Kashoorga : Wanita harus kuat, insyallah Tuhan sentiasa ada bila kita perlukan.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.