Dalam hidup, kita seringkali tersepit antara membuat pilihan. Mana satu yang menjadi pilihan hati kita khususnya dalam bab jodoh. Ini kerana kita ingin kahwin sekali saja dan bersama si dia hingga ke hari tua kita.
Dalam satu perkongsian jodoh yang pernah dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan saat ditanya tentang jodoh, antara yang dinyatakan ialah, kita tak seharusnya terlalu memilih pasangan khususnya jika yang datang itu akhlak dan agamanya baik namun kurang dari segi paras rupa dan pekerjaannya.
“Yang paling penting pasangan kita itu mempunyai agama yang baik, akhlak dan peribadi yang mulia dan lain-lain sifat yang boleh menjadikan rumah tangga penuh rahmat, barakah dan mawaddah. Nabi saw memberikan beberapa nasihat berkenaan dengan urusan jodoh. Baginda SAW bersabda :
Maksudnya :” Jika datang kepada kalian sesiapa yang kalian redha akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kalian tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.”
Riwayat al-Tabarani (280) di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Kata beliau :hadis ini tidak ada yang meriwayatkan daripada Ibn Ajlan melainkan Abdul Hamid Bin Sulaiman
Ads
Kata Sheikh Atiyah Salim : Ini bermakna rumah tangga yang ingin dibina mesti berasaskan dan berdasarkan ketaqwaan dan agama. Rujuk Syarh Bulugh Al-Maram(2/357)
Nabi SAW juga menasihatkan jika sudah ada kemampuan maka bersegeralah berkahwin. Sabda Nabi SAW :
Maksudnya :”Perempuan dinikahi kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Maka engkau akan bahagia.” Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708)
Ads
Maka, jika sudah berjumpa yang sesuai, punyai akhlak yang baik dan juga sudah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan, maka segerakanlah jangan dilambatkan. Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya dan dipermudahkan urusan kita semua.
Tapi ternyata kalau kita terlalu memilih sangat, pastinya kita akan kerugian seperti mana satu video yang viral di Tik Tok dikongsikan oleh @faezdiraja.
Nampak ia seakan lucu kerana melibatkan aksi kanak-kanak, namun moral di sebaliknya ialah hidup ini jangan memilih sangat, nanti yang rugi kita juga kerana sampai tua tak jumpa jodoh.
Saksikan video yang telah ditonton lebih 1.1 juta ini
“Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Dalam satu perkongsian oleh Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri itu berkongsi kisah seorang lelaki yang sudah hampir berputus asa dengan kehidupannya menceritakan bagaimana Allah tidak pernah tidur dan mendengar doa dari hamba-hambaNya.
Baca perkongsian dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
“Saya rasa sebak. Tuan-tuan tak kenal saya, tapi tuan-tuan bantu saya sampai macam ni. Betullah Tuhan tak tidur. Setiap masa saya berdoa agar diberi pertolongan…” Beliau benar-benar menangis di hadapan saya.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim menerima permohonan beliau melalui Tele Bantuan YADIM. Beliau tertekan kerana dihalau kerana tidak mampu membayar sewa bilik yang berharga RM600.
Beliau sudah sampai ke peringkat ingin terjun bangunan untuk menamatkan riwayat hidupnya. Pilihan yang sudah pasti tiada peluang kali kedua untuk kembali bernyawa.
Kami datang ke Lorong Haji Taib, menyelesaikan hutangnya, menyediakan sedikit wang saku untuk belanja harian beliau sekeluarga dan menyampaikan barang-barang asar dapur. Nampak riak wajahnya amat gembira dan bersyukur.
Usai pulang, kami menerima mesej ini daripada beliau:
“Assalamualaikum Encik. Maaf ya tadi duit sumbangan yang encik beri tadi saya serahkan sebanyak RM100 pada seorang wanita dari Sabah yang saya tidak kenali. Telah beberapa kali beliau telah hubungi saya untuk meminta saya tolong beliau buat permohonan bantuan dari NGO atau dari Zakat kerana beliau tidak pandai membaca dan menulis.
Wanita ini tinggal bersama abgnya yang OKU serta wanita ini tidak bekerja. Tadi saya dengar suaranya seperti menangis minta tolong kerana lapar dan perlukan ubat untuk abangnya, saya masukkan duit RM100 ke akaunnya.
Duit RM100 ini dari sumbangan yang encik-encik semua berikan kepada saya tadi dan saya telah berikan pada wanita ini. Saya mohon maaf & mohon halalkan duit yang encik sumbangkan pada saya ,saya telah berikan pada wanita ini..”
Dunia ini masih ramai orang yang mulia. Moga Allah SWT beri rezeki yang seluasnya kepada beliau sekeluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika ada antara kita yang bujang, tidak bertemu jodoh dan tidak berkahwin semasa hayat di dunia, InsyaAllah di syurga nanti, Allah akan anugerahkan kita pasangan masing-masing.
Semasa itu, tidak akan ada perasaan tidak mahu berkahwin. Sesungguhnya syurga adalah tempat paling indah yang tak dapat digambarkan kehebatannya.
Ingin bertemu pasangan anda yang tampan atau cantik kelak? Kita baca ulasan ustaz Azhar Idrus berkenaan hal ini.
SOALAN:
Berkenaan kenyataan ustaz di dalam syurga tidak ada hidup membujang saya mohon ustaz sebutkan dalilnya untuk menambahkan pengetahuan saya.
Terima kasih.
JAWAPAN:
Di dalam syurga disediakan segala perkara yang disuka oleh hati manusia dan dicita-citakan di dalam hidup dunia seperti tempat tinggal yang mewah, kenderaan yang bagus, makanan yang lazat dan termasuk juga pasangan untuk bergembira.
Maka dari kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan iaitu bersuami isteri. Walaupun ketika di dunia dia tidak berkahwin sehingga meninggal dunia.
Ertinya: “Dan di dalam syurga itu segala yang diinginkan oleh nafsu dan perkara yang cantik dipandang segala mata dan kamu sekelian di dalam syurga itu nanti berkekalan.”(Az-Zukhruf : 71)
Di antara perkara yang sangat diinginkan oleh nafsu itu ialah mempunyai pasangan maka siapa yang mati dalam keadaan bujang akan mempunyai suami atau isteri di dalam syurga.
Ulama telah sepakat atas sesungguhnya di dalam syurga nanti tidak akan ada orang yang bujang tidak mempunyai pasangan sekalipun mungkin di dalam dunia ada orang yang tidak mahu berkahwin namun di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tidak ingin berkahwin tersebut.
Maka jika di dunia lelaki itu mati dalam keadaan bujang nanti dia akan beristeri di dalam syurga dan jika perempuan mati dalam keadaan bujang nanti dia akan bersuami di dalam syurga.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَالَّتِى تَلِيهَا عَلَى أَضْوَإِ كَوْكَبٍ دُرِّىٍّ فِى السَّمَاءِ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ اثْنَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ وَمَا فِى الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
Ertinya : “Sungguhnya orang yang awal masuk ke dalam syurga ialah atas rupa bulan purnama dan yang mengiringinya pula atas rupa seperti bintang yang sangat terang sinarnya di langit. Bagi setiap ahli syurga dari mereka itu dua isteri yang mana dapat dilihat dari belakang daging akan sumsum dua betisnya dan tiadalah di dalam syurga itu orang yang bujang.”
Hadis di atas telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ada juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad dan Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Awsath.
Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya :
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.
Pembantu Jurulatih Kelantan FC
Siapa kita hendak menentukan pengakhiran seseorang, begitu juga dengan pembantu jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan sudah memeluk agama Islam, semalam.
Perkembangan itu disahkan kelab berkenaan menerusi kenyataan di Facebook (FB) mereka dengan Pol Carpas kini akan menggunakan nama Abu Bakar.
“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini, yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan.
“Abu Bakar yang sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023,” kata kelab itu.
Peluk Islam
Sementara itu, Norizam di FB miliknya turut mengesahkan perkara itu sambil menjelaskan tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.
“Benarlah hidayah itu milik Allah. Nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa. Mulai esok saya nak panggil dia Abu Bakar,” katanya.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...