Dalam hidup, kita seringkali tersepit antara membuat pilihan. Mana satu yang menjadi pilihan hati kita khususnya dalam bab jodoh. Ini kerana kita ingin kahwin sekali saja dan bersama si dia hingga ke hari tua kita.
Dalam satu perkongsian jodoh yang pernah dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan saat ditanya tentang jodoh, antara yang dinyatakan ialah, kita tak seharusnya terlalu memilih pasangan khususnya jika yang datang itu akhlak dan agamanya baik namun kurang dari segi paras rupa dan pekerjaannya.
“Yang paling penting pasangan kita itu mempunyai agama yang baik, akhlak dan peribadi yang mulia dan lain-lain sifat yang boleh menjadikan rumah tangga penuh rahmat, barakah dan mawaddah. Nabi saw memberikan beberapa nasihat berkenaan dengan urusan jodoh. Baginda SAW bersabda :
إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya :” Jika datang kepada kalian sesiapa yang kalian redha akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kalian tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.”
Riwayat al-Tabarani (280) di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Kata beliau :hadis ini tidak ada yang meriwayatkan daripada Ibn Ajlan melainkan Abdul Hamid Bin Sulaiman
Kata Sheikh Atiyah Salim : Ini bermakna rumah tangga yang ingin dibina mesti berasaskan dan berdasarkan ketaqwaan dan agama. Rujuk Syarh Bulugh Al-Maram
(2/357)Nabi SAW juga menasihatkan jika sudah ada kemampuan maka bersegeralah berkahwin. Sabda Nabi SAW :
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ! مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ
Maksudnya :” Wahai sekalian pemuda, jika ada antara kalian yang mampu (untuk bernikah) maka nikahlah.” Riwayat Muslim (2577)
Begitu juga Nabi SAW memberikan beberapa kiteria pasangan yang ingin dikahwini. Nabi SAW bersabda di dalam satu hadis :
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya :”Perempuan dinikahi kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Maka engkau akan bahagia.” Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708)
Maka, jika sudah berjumpa yang sesuai, punyai akhlak yang baik dan juga sudah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan, maka segerakanlah jangan dilambatkan. Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya dan dipermudahkan urusan kita semua.
Tapi ternyata kalau kita terlalu memilih sangat, pastinya kita akan kerugian seperti mana satu video yang viral di Tik Tok dikongsikan oleh @faezdiraja.
Nampak ia seakan lucu kerana melibatkan aksi kanak-kanak, namun moral di sebaliknya ialah hidup ini jangan memilih sangat, nanti yang rugi kita juga kerana sampai tua tak jumpa jodoh.
Saksikan video yang telah ditonton lebih 1.1 juta ini