‘Bilal azan merdu sangat, sampai saya boleh hafal setiap kalimah.’ Kesan laungan azan, pemuda ini peluk Islam. Bayangkan betapa besar kesan laungan azan buat non-muslim.
Begitulah kisah seorang pemuda berbangsa Cina ini, tanpa sedar dia mengucap dua kalimah kerana sejak kecil dia telah menghafal setiap kalimah azan gara-gara terpesona dengan suara bilal yang merdu.
Ikuti perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Tuan Zakaria Othman bagaimana salah seorang stafnya memeluk Islam.
“Kalau nak kira saya ucap Syahadah, dari sekolah rendah lagi saya sudah mengucap. Sebab dulu-dulu saya suka azan.” Hafiz Lee mula buka cerita.
“Dulu ada satu surau dekat dengan rumah saya ni Dato, bilal dia azan merdu sangat. Saya suka dengar sampai saya boleh hafal satu-satu kalimah azan tu.” Sambung beliau lagi sambil tersenyum. Mungkin teringat kepada memori lama.
“Tapi sekarang dah tak dengar dah suara bilal tu. Dah tukar bilal yang lain.” Suara Hafiz mula perlahan.
Sampai Saya Boleh
“Oo, rupa-rupanya azan yang merdu ni ada kesan besar juga ya kepada Non Muslim?” Tanya saya.
Ads
“Sangat Dato. Saya minat sampai hafal azan tu memang sebab lantunan dan suara dia sedap.”
Saya pula yang tersenyum. Satu ilmu baru yang saya belajar dari staf saya sendiri.
Hafal Setiap Kalimah
Hafiz Lee ni adalah salah seorang dari kakitangan LZNK yang saya tempatkan di Divisyen Pengurusan Muallaf. Buat masa ini, LZNK dah ambil 3 orang Muallaf pelbagai bangsa untuk bekerja dengan kami termasuk Hafiz Lee ini.
Benarlah hidayah milik Allah, daripada laungan azan pun mampu menjentik hati orang lain untuk mendekati Islam.
Sebelum ini, kami lantik Ustaz Naim Islam sebagai muallaf pertama dalam LZNK, seorang pendakwah berbangsa India yang amat berpengalaman mengislamkan ramai orang.
Kemudian kami lantik pula Saudara Ubal bin Kulim, seorang anak muda berbangsa Orang Asli Kensiu. Yang terkini kami lantik Hafiz Lee daripada bangsa Cina.
Kesan Laungan Azan
Orang tanya saya perlu ka sampai lantik Muallaf untuk jaga Divisyen Muallaf? Yang Melayu pun ramai yang boleh berdakwah hebat-hebat.
Ads
Bagi saya amat perlu dan amat berbeza. Ramai orang boleh berdakwah, ilmu tinggi, boleh baca kitab itu dan ini, tapi tak ramai yang ada santun yang tinggi dan boleh memahami kerangka dan bahasa mad’u (orang yang didakwah) itu sehingga mereka boleh lembut hati dengan Islam.
Ada banyak hal yang hanya kalangan mereka sendiri sahaja yang faham bahasa dan titik persamaan mereka. Maka kalau betul hendak perkasakan golongan asnaf Muallaf, mereka inilah mesti kena ada.
Pemuda Ini Peluk Islam
Sebab itu, selain tiga orang yang kami ambil sebagai staf ni, kita juga sudah lantik lebih kurang 15 orang dari kalangan NGO luar sebagai wakil pendakwah LZNK.
Kita bagi elaun bulanan kepada setiap orang. Tugas mereka mudah, keluarlah berdakwah dan ajak seramai mungkin untuk masuk Islam!
Bab duit jangan risau, Allah sudah reserve pun bahagian mereka dalam sistem zakat. Lepas masuk Islam, pendidikan, rumah, makan minum, pakaian dan kebajikan mereka ada bahagiannya dalam zakat. 1/8 daripada keseluruhan zakat adalah untuk Muallaf.
Insyallah kita bersama-sama perkasakan agama dan ummah kita. Ini agama kita, jika bukan kita yang bangunkan, siapa lagi.
Ads
Terima kasih buat pembayar zakat yang terus menunaikan kewajipan zakat kepada LZNK. Sambil-sambil tu, doa kat kami sama supaya sentiasa diberi kekuatan dan ilham untuk berkhidmat.
Buat masa ini kerajaan telah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 bagi mengekang rantaian jaringan COVID-19.
Jadi semua orang tidak digalakkan keluar kecuali ada urusan tertentu seperti membeli barangan keperluan atau bekerja mengikut syarat ditetapkan.
Jadi kebanyakan membuat aktivitu sendiri bagi mengisi masa senggang sepanjang tempoh PKP ini. Dan salah satu amalan yang dilakukan adalah dengan mengaji al-Quran di rumah masing-masing.
Antara selebriti yang melakukannya adalah pelakon, pengacara versatil Alif Satar telah memperkenalkan sesi ‘Kuarantin Karake di laman Instagram miliknya.
Kuarantin Karaoke ini telah dimulakan sejak hari pertama kuarantin dan Alif telah berkongsi alunan indah surah Al-Kahfi. Hanya kapsyen ringkas diberikan kerana mahu warganet fokus pada bacaannya.
Quarantine Quran , al- Kahfi (The Cave)
Dalam video berkenaan Alif dilihat telah membaca 10 ayat pertama surah berkenaan.
Video berkenaan tular di laman sosial dan mendapat lebih tontonan dan rakan selebriti serta warganet turut memberi maklum balas yang baik.
I watched this and I think what a good job ur parents have done with u. Alhamdulillah and congratulations to them. I hope to do just as well for my own kids too InsyaaAllah.
Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami.
Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik,
lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini
bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris
hatinya.
Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW.
Sabda Rasulullah SAW:
dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.
Mencintai isteri itu perintah Allah. Ini termasuklah membela, menjaga, memberi perlindungan dan melayani isteri dengan penuh rasa kasih sayang.
Maka, siapa yang tidak mencintai dan memuliakan isteri yang telah taat dan patuh pada suami, suami itu berdosa.
“Dan hendaklah kamu bergaul dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik.“ Ini Allah sebut dalam surah An-Nisa ayat 19.
Ikutkan ayat ini, melayani isteri dengan cara yang baik itu adalah wajib. Menjadi tanggungjawab suami pula untuk santuni isteri dengan cara yang paling istimewa.
Ingat kawan-kawan pesan Nabi kita:
“Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-sebaik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya.”
Macam tu sekali Nabi kita mengingatkan kita tentang layanan suami terhadap isteri. Mereka ini teman kita, kawan kita yang paling kita percaya, tempat untuk kita melahirkan segala sifat kasih dan cinta.
Benar. Memuliakan hati seorang isteri ini memerlukan kita untuk menurunkan ego kita sebagai seorang suami. Namun hiduplah dengan prinsip yang betul.
Kita melayani isteri atas perintah Allah. Kita bukan merendahkan diri sampai kita menuruti setiap arahan dan kehendak isteri. Sampai orang kata kena suruh suruh itu ini.
Tidak. Itu yang saya sebut hidup berprinsip. Lelaki itu ketua. Namun tak salah kalau ketua itu turut membantu buat kerja rumah contohnya, jaga anak-anak, basuhkan baju, kemaskan dapur dan uruskan baju sendiri. Begitulah.
Mengejar kemewahan dunia bukanlah tujuan utama kita dihidupkan. Akhirnya, hanya helaian kain kafan putih membaluti jasad peneman di alam barzakh.
Jika kita selalu ingat akan jenazah kita semasa mati nanti, sudah tentu kita tidak perlukan kekayaan material dunia. Memadai dengan segalanya mencukupi bagi keperluan kita dan keluarga. Jika ada pun rezeki kemewahan melimpah ruah, itu sebenarnya bukan untuk kita. Allah salurkan menerusi kita agar memberikannya kepada orang lain yang memerlukan.
Keinsafan seperti ini sangat tinggi nilainya. Dan tentu sahaja perkongsian ringkas puan Rohamiah Muda dari Politeknik Ibrahim Sultan yang juga pakar menguruskan jenazah ini membuatkan kita terbangun dari lena.
Kita ikuti entri di facebooknya semasa menunjuk ajar cara memotong ‘pakaian’ jenazah baru-baru ini.
Antara kepakaran seorang pengurus jenazah ialah memotong kain dijadikan baju untuk jenazah. Bagi jenazah wanita, perlu disediakan lima lapisan kain, iaitu kain bawah dua helai, kain dalam, baju dan telekung.
Baju dan telekung perlu digunting. Bajunya digunting dengan memotong bahagian leher dan lengan sahaja.
Tudung pula, cukup dibuat bulat di bahagian tengah. Namun, ada juga sesetengah waris yang pakaikan telekung solat untuk jenazah. Inilah pakaian kita suatu hari nanti.
Kawan, pakaian kita ketika menjadi jenazah adalah sama sahaja. Tiada beza. Kain putih membaluti tubuh. Itulah harta yang dibawa hingga ke kubur.
Tidak perlu kita bermegah dengan harta dunia yang ada. Berapa duit kita di dalam bank, itu semua kita tidak bawa. Bahkan, ahli waris yang akan guna harta kita.
Orang yang cerdik adalah orang yang ada saham dunia dan akhirat. Jadi, di samping kita menyimpan ke dalam bank dunia, jangan lupa bank akhirat perlu juga ada simpanan.
Hidup selepas mati adalah lebih bererti daripada hidup di dunia ini. Bina masa depan dengan merancang kehidupan selepas kematian.
Kashoorga: Mati itu pasti. Mengingati mati adalah perkara yang diharuskan kerana kita akan sentiasa berwaspada dalam segala tindak tanduk semasa hayat agar tidak melakukan dosa. Bekalan pahala yang dikumpul, itu lah harta yang kita akan bawa ke akhirat kelak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mungkin dalam beberapa keadaan memerlukan Muslimah perlu mengambil wuduk tanpa membuka tudung.Contohnya tempat mengambil wuduk wanita terbuka bimbang aurat dilihat oleh bukan mahram.Jadi bagaimana...