Memandang wajahnya yang tenang sudah menggambarkan peribadi si empunya diri. Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh bukanlah calang-calang nama di pentas ceramah. Nama beliau sering meniti di bibir lantaran kepetahan bicaranya ketika menyampaikan dakwah.
Mesra disapa dengan panggilan Ustazah Nik Salida, wanita berwajah keibuan ini kini sedang bercuti sabatikal selama sembilan bulan sehingga Julai 2018 untuk menyiapkan penyelidikan dan penulisan buku. Dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan tugas sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM.
Dalam pada kesibukan menguruskan tugas-tugas hakiki, Ustazah Nik Salida juga turut sibuk memenuhi pelbagai jemputan untuk menyampaikan ceramah dan forum berkaitan hak asasi, integriti, isu-isu agama dan undang-undang, kekeluargaan dan hak wanita. Selain itu Ustazah Nik Salida juga sering memenuhi jemputan sebagai tetamu di pelbagai rancangan TV dan radio bagi membincangkan isu-isu semasa dan agama.
Sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan dalam masa yang sama turut ‘menyandang’ jawatan sebagai isteri dan juga ibu, agihan masa antara kerjaya dan juga pengurusan keluarga amat penting. Support system yang berkesan amat membantu perkembangan dan jatuh bangun dunia kerjaya seorang wanita.
“Saya bertuah kerana mempunyai suami yang menjadi tunjang utama dalam menguruskan keluarga. Walaupun beliau sendiri amat sibuk dengan kerjayanya sebagai peguam tetapi beliau jugalah yang menguruskan aktiviti saya dan anak-anak. Syukur juga kerana saya mempunyai pembantu rumah yang cekap dan boleh membantu saya menguruskan anak-anak dan keperluan rumahtangga dengan baik.
Ads
“Sebab itulah saya merasakan bahawa saya boleh mengagihkan masa antara kerjaya dan keluarga dengan baik setakat ini. Bahkan saya memasak dan menggosok baju setiap hari kerana saya tidak benarkan pembantu lakukan ini. Saya mempunyai dua orang anak yang tinggal di asrama dan saya serta suami pastikan kami menziarahi mereka setiap hujung minggu,” tutur Ustazah Nik Salida suri kepada Mohd Najib Abas.
Menjalani gaya hidup yang sibuk, ibu kepada Muhammad Naquib Izzul Wafiq, 17, Najeeha Izzatul Hana, 13, Najeeya Khyra, enam tahun dan Naiela Tihani, tiga tahun mengakui bahawa beliau tidak mempunyai masa lapang. Sekiranya ada sedikit waktu terluang, beliau turut berkongsi aktiviti rutin harian, program-program dan bertukar maklumat di laman sosial.
“Saya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, memasak untuk kawan-kawan dan saudara-mara yang saya undang ke rumah. Selebihnya saya suka membawa anak-anak membeli belah.
Ads
“Saya suka memasak tetapi tidak mempunyai masa yang banyak. Jika ada sedikit waktu terluang, saya membakar kek cawan dan menghiasnya dengan anak-anak dan kami berkelah di halaman rumah. Bersama anak-anak juga saya suka melayan mereka melukis dan mewarna.
KEHIDUPAN PERIBADI
Berkongsi cara mendidik anak-anak, jelas Ustazah Nik Salida seperti orang lain juga, sejak kecil, anak-anak dibiasakan dengan adab dan akhlak. Mereka juga perlu khatam al-Quran sebelum berusia 10 tahun.
“Sebenarnya ia agak lewat khatam al-Quran dalam usia tersebut tetapi memandangkan saya sendiri yang mengajar mereka, ia terbatas kepada waktu saya berada di rumah sahaja untuk mengajar. Saya juga pastikan anak-anak belajar di sekolah aliran agama
Ads
“Anak-anak wajib mengetahui ilmu-ilmu agama atau diniah sebelum meneroka lebih jauh pelbagai cabang ilmu lain. Saya ingin pastikan mereka mendapat pendidikan agama di peringkat rendah dan menengah tetapi di peringkat ijazah, saya lebih suka sekiranya mereka mengambil jurusan profesional dan menamatkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” ungkap Ustazah Nik Salida.
Kehidupan yang sentiasa ‘dikejar’ dengan kesibukan memerlukan Ustazah Nik Salida sentiasa kekal bertenaga. Apa yang diamalkan oleh beliau ialah setiap pagi beliau mengambil madu, minyak zaiton, cuka epal dan segelas air masak sebagai sarapan.
“Waktu tengahari saya mengambil satu hidangan protein dan dua per tiga jenis sayuran tanpa nasi. Begitu juga untuk makan malam. Saya berasa sihat dan cergas sekiranya tidak mengambil nasi. Saya pastikan mempunyai tidur yang cukup walaupun tidak tidur di waktu siang,” kongsi Ustazah Nik Salida ringkas.
5 TIP BINA KELUARGA BAHAGIA: 1. Tahu misi, visi dan objektif berumahtangga dan berkeluarga dengan jelas dan berusaha merealisasikannya 2. Memilih calon pasangan yang tepat (kita perlu kenal dan tahu peribadinya) untuk saling melengkapkan kekurangan yang ada. 3. Mencari bahagia berlandaskan hukum syarak. 4. Melakukan semua aktiviti secara berjemaah dan menggalakkan kecenderungan minat yang sama di kalangan ahli keluarga. 5. Menjadikan sifat Islam sebagai agama yang membawa rahmat serta tunjang untuk mengamalkan cara hidup Islami. Mudah-mudahan menjadi sebab kehidupan berkeluarga kami sentiasa di dalam rahmat Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hati siapa yang tidak bimbang jika anak yang masih kecil diuji oleh Tuhan dengan dugaan yang tak dapat kita bayangkan. Terasa mahu saja diri menggantikan tempat anak kecil ini kerana tidak tahan melihat derita ditanggung.
Begitu juga dengan kisah anak pelawak dan peserta Maharaja Lawak Mega 2019, Ali Puteh yang dikatakan masih dalam keadaan kritikal selepas 12 jam mengharungi pembedahan jantung.
Bayi kecil yang dinamakan Sharifah Nur Ainul Mardhiah mengalami masalah komplikasi lain di bahagian paru-paru (selepas pembedahan) dan kini masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan kerana mengalami masalah paru-paru.
Menulis dalam posting terbaru, Ali berkata sudah empat hari anaknya berada di bawah jagaan rapi ICU di Hospital Serdang.
Anaknya kini 100 peratus bergantung pada bantuan oksigen. Ali juga mengharapkan ada sinar dan keajaiban dari Allah dan turut berterima kasih pada semua yang mendoakan kesembuhan anak kecilnya itu.
Salam semua…hari ke 4 dah…anak sy ainul mardhiah masih lagi dibawah jagaan rapi picu hospital serdang..terus kuat dan kuat ank walid dan ibu…semua org mendoakan kamu syg..semua org rindu kan kamu…buat masa sekarang keadaan anak sy masih 100 peratus bergantung pada bantuan oksigen…semoga ada sinar dan keajaiban dari allah buat kamu syg…terima kasih semua yg tak putus2 berdoa dan terus berdoa buat anak sy SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH
Dia yang kelihatan sangat tenang ketika membuat persembahahan di pentas MLM, namun sebenarnya berdepan dugaan sangat berat.
Anak keduanya yang dilahirkan secara normal pada Ogos lalu disahkan mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Dalam ruangan komen, netizen turut menitipkan kata-kata semangat buat Ali Puteh dan juga berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
hidayuzainon Semoga ainul cepat sembuh..in sya Allah semuanya baik2
lovebabyschahoney Semoga bby ainul cpt sembuh..dipermudahkan segala urusan.
yraqaleesya Gws ainul mardhiah sayang.. Semoga Allah swt permudahkan semua urusan Ainul n family.. keep strong walid n umi Ainul..
ezatyzul In Shaa Allah ada sinar buat baby Ainul.. Semoga di permudahkan segala urusan dan cepat sembuh serta sihat hendakNya.. Aamiinn..
KASHOORGA: Mari kita doakan kesembuhan anak Ali Puteh. Hanya doa boleh kita dipanjatkan kepadaNya agar Allah memberi kesembuhan pada si comel ini. Semoga Ali dan keluarga tabah menghadapi dugaan kecil ini.
Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.
Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan mengenai solat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”
Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Di mana solat seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.
Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri ketika azan dilaungkan terutama solat magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?
Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.
SUAMI KENA BANTU ISTERI
Wahai para suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat awal waktu. Jangan hanya isteri sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran menjelang waktu magrib.
Janganlah bebani isteri kita dengan kerja rumah sehingga mereka mengabaikan solat-solat fardhu.
Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi idaman bagi setiap kaum lelaki. Isteri yang solehah umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan atau bahkan permata sekalipun.
Bukan itu sahaja memiliki seorang isteri yang solehah juga mampu membawa kehidupan yang lebih baik, sama ada untuk suaminya atau bahkan untuk keluarga kecilnya. Doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang suami.
MENDORONG KEJAYAAN SUAMI
Kekuatan doa seorang isteri dan keutamaan berdoa dalam Islam ternyata memiliki manfaat dan faedah yang begitu luar biasa di dalam kehidupan seorang suami.
MEMBUKA PINTU REZEKI
Tatkala seorang suami meminta izin kepada isterinya untuk mencari nafkah maka sebaiknya diiringi dengan doa terbaik seorang isteri.
MEMBERI SEMANGAT KEPADA KEHIDUPAN SUAMI
Doa seorang isteri memberi semangat kepada seorang suami itu untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
MEMUDAHKAN URUSAN SUAMI
Saat doa isteri mengiringi langkah seorang suami maka ia akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan oleh suami.
MEMBUKA PINTU SYURGA
Bukan hanya untuk kejayaan di dunia semata-mata, doa daripada seorang isteri juga turut membuka pintu syurga baik untuk suami, isteri dan juga anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...