Tidak ada siapa yang tahu bila masanya nyawa seseorang itu akan dijemput Ilahi. Dan tentunya bagi lelaki ini, apa yang dapat dilakukan lika melihat mangsa kemalangan adalah menantunya sendiri.
Seorang bapa mentua tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu apabila duduk di sebelaah jenazah menantunya, Allahyarham Zulhilmi Razali, 26. yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Katil, Melaka şemalam.
Artikel Berkaitan: Baru Tiga Hari Jadi Bilal, Meninggal Dunia Ketika Laungkan Azan Subuh, Sempat Ucapkan Dua Rangkap Kalimah Mulia
Gambar Roslan Ramlan, 54 tahun yang berbaju biru bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu talar di media sosial Facebook sejak semalam lagi.
Menurut Roslan, menantunya itu berasal dari Kampung Chondong, Kelantan dan bekerja di tempat sama dengannya.
Katanya, sebelum kejadian Zulhilmi keluar rumah terlebih dahulu untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 6.30 pagi sebelum dia pula keluar kira-kira 10 minit kemudian dengan menaiki motosikal berasingan.
Artikel Berkaitan: Subhanallah, Cinta Till Jannah Bersemadi Di Madinah. Rezeki Suami Isteri Ini Meninggal Dunia Ketika Kerjakan Umrah!
Bagaimanapun menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian dia kemudian memberhentikan motosikal dan tidak mengesyaki apa-apa namun terkejut selepas melihat tubuh yang kaku di atas jalan terbabit adalah menantunya.
“Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah.
“Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Duyong, di sini petang semalam.
Allahyarham yang bekerja sebagai operator kilang dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga meninggalkan seorang balu, Norhasliza Roslan, 24, dan seorang anak perempuan, Nur Irdina Adelia Roslan, 10 bulan.
Tambah Roslan, biarpun sedih dengan kejadian yang menimpa menantunya itu lebih-lebih lagi meninggalkan seorang anak yang masih kecil namun bersyukur ALLAH SWT meminjamkannya seorang menantu yang baik akhlaknya.
Artikel Berkaitan: Doa Terbaik Boleh Diamalkan Si Anak, Buat Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia
Menurutnya, Zulhilmi bukan sahaja disifatkan seorang yang rajin bekerja malah ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah selain hubungan yang akrab mereka sekeluarga memandangkan mereka tinggal di rumah yang sama.
Kashoorga ucapkan takziah buat keluarga dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
SUMBER: SINAR HARIAN