Mengahwini adik ipar setelah isteri meninggal dunia memang agak jarang terjadi, namun ia tetap berlaku dalam masyarakat kita. Tentulah ada faktor yang mendorong hal ini terjadi. Setiap kes adalah berbeza.
Islam tiada halangan dalam hal ini. Di saat salah seorang daripada pasangan suami isteri meninggal dunia, maka dibolehkan pasangan yang masih hidup untuk bernikah lagi dengan syarat memenuhi kriteria sah nikah.
Tiada seorang pun berhak menghalang hasrat untuk bernikah itu termasuklah anak-anaknya. Mereka tidak dibenarkan melarang orangtuanya untuk berkahwin lagi.
Artikel berkaitan:Kahwin Paksa: Anak Tak Rela, Bakal Suami Tak Sekufu
Artikel berkaitan:Untung Besar Kalau Bercinta Selepas Nikah. Halal Banyak Kejutan
Kita sebagai anak perlu faham mengapa ayah mengambil keputusan itu. Bukan bermakna ayah tidak lagi menyayangi allahyarhamah ibu, tetapi ada sesetengah lelaki memerlukan teman hidup untuk menjalani kehidupan seharian.
Mahu teman untuk berkongsi cerita, mencari teman yang boleh menjaga makan minumnya da menjaganya diwaktu sakit pening. Dia tidak mahu menyusahkan anak-anak yang telah pun mempunyai kehidupan masing-masing.
Sekiranya ayah mampu untuk memberi nafkah kepada isteri baharunya, maka kita sebagai anak-anak perlu berikan sokongan penuh.
Dalam Islam, sekiranya duda kematian isteri, maka dia boleh sahaja menikahi siapapun, termasuklah jika ingin mengahwini adik atau kakak ipar (saudara kandung perempuan) allahyarhamah isterinya.
Ayah tidak perlu menjalani masa menunggu hingga empat bulan atau sewaktu dengannya setelah isterinya meninggal sebagaimana yang disyaratkan terhadap balu yang perlu menunggu habis iddah.
Seorang telah kematian isteri dan isterinya memiliki saudara kandung perempuan yang hendak dinikahi olehnya. Apakah dia harus menjalani masa iddah dan menungga hingga empat bulan sepuluh hari dari sejak isterinya meninggal? Atau apakah dia boleh langsung akad dengan saudari kandung isterinya sebelum masa itu?
Kami mengambil kesimpulan bahawa boleh bagi lelaki (ayah) tersebut menikahi saudara kandung perempuan isterinya yang sudah meninggal tanpa menunggu masa tertentu.
Dalam kitab Al-Hamidiyah disebutkan bahwa ada seorang lelaki telah kematian isteri dan isterinya memiliki saudara kandung perempuan, apakah dia boleh menikah saudara kandung perempuan isterinya setelah sehari isterinya meninggal?
Jawapannya, Ya, seperti disebutkan dalam kitab Al-Khulashah.
Sumber artikel:bincangsyariah