Ramai malu untuk melontarkan perasaan ini apabila bertemu lelaki disukainya. Alasannya malu selain perigi mencari timba. Namun di saat kita terikut dengan adat orang lama, ketahuilah ketika Rasulullah masih hidup, ada wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada Rasulullah. Jadi tiada apa yang salahnya mengenai hal ini bukan!
Dari Tsabit al-Bunani bahawa Anas bin Malik pernah bercerita, Ada seorang wanita mengadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menawarkan dirinya untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dia mengatakan, “Ya Rasulullah, apakah kamu ingin menikahiku?”
Mendengar hal itu, puteri Anas bin Malik langsung bersuara, “Betapa gadis ini tidak tahu malu. Sungguh memalukan, sungguh memalukan.”
Anas membalas percakapan puterinya dengan memaklumkan, “Dia (wanita tersebut) lebih baik daripada kamu, dia ingin dinikahi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menawarkan dirinya untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Bukhari 5120).
Dalam hal ini, ternyata tidak salah untuk gadis melamar lelaki disukainya. Namun harus di perhalusi segalanya.
Pertamanya, tawarkan diri pada hal yang berkaitan sahaja
Ads
Seperti yang diceritakan Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu pada hadis di atas. Demikian pula disebutkan dalam riwayat lain dari Sahl bin Sa’d radhiyallahu ‘anhu, ada seorang wanita mengadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menawarkan dirinya,“Ya Rasulullah, saya datang untuk menawarkan diri saya agar tuan nikahi saya.”
Setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperhatikannya, Baginda tidak ada keinginan untuk menikahinya. Hingga wanita ini duduk menunggu. Kemudian datang seorang sahabat,‘Ya Rasulullah, jika tuan tidak berkehendak untuk menikahinya, maka nikahkan aku dengannya.’ (HR. Bukhari 5030)
Dan dari lanjutan hadis itu, sahabat tadi diminta untuk mencari mahar di mana ia haya sebentuk cincin besi.
Hadis di atas menunjukkan bahwa boleh saja seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi lelaki yang dirinya harapkan untuk menjadi pendamping hari-hari depannya.
Ads
Dalam kitab Fathul Bari, wanita yang minta dinikahi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak haya satu. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani menyebutkan beberapa riwayat yang menceritakan para wanita lainnya, yang menawarkan dirinya untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, diantaranya Khaulah binti Hakim, Ummu Syuraik, Fatimah bin Syuraih, Laila binti Hatim, Zaenab binti Khuzaemah, dan Maemunah binti Al-Harits. (Fathul Majid, 8/525).
Tidak salah untuk wanita meminang lelaki disukainya
Kedua, melalui perantara orang lain yang amanah
Kalau malu untuk bercakap secara terus terang dengan lelaki disukai, carilah ahli keluarga seperti ayah, ibu atau teman-teman yang amanah. Ia seperti dilakukan oleh Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, ketika puterinya Hafshah selesai masa iddah selepas kematian suaminya di mana Umar menawarkan Hafshah ke Saidina Uthman dan kemudian ke Saidina Abu Bakar radhiyallahu ‘anhum.
Ads
Umar mengatakan, “Kemudian aku menemui Abu Bakar al-Shiddiq dan berkata, ‘Jika engkau mahu, aku akan nikahkan Hafshah binti ‘Umar denganmu.’ Akan tetapi Abu Bakar diam dan tidak berkomentar apa pun. Saat itu aku lebih kecewa terhadap Abu Bakar daripada kepada ‘Uthman….” (HR. Bukhari 5122 & Nasai 3272)
Hal yang sama, pernah berlaku kepada Khadijah radhiyallahu ‘anha di mana dirinya melamar Muhammad sebelum menjadi nabi melalui perantara temannya, Nafisah binti Maniyah. Kemudian disetujui semua pakcik-pakciknya. Ketika di majlis akad yang dihadiri Bani Hasyim dan pembesar Bani Mudhar, dan ia berlaku selepas dua bulan Baginda Nabi Muhammad pulang dari berdagang di Syam barangan milik Siti Khadijah (ar-Rahiq al-Makhtum, hlm. 51)
Dalam salah satu fatwanya, Lajnah Daimah ditanya mengenai hukum wanita yang menawarkan diri agar dinikahi lelaki yang soleh. Jawab Lajnah, jika dia seorang laki-laki yang soleh sebagaimana disebutkan maka disyari’atkan bagi wanita itu untuk menawarkan diri kepadanya atau yang semisalnya untuk dinikahi. Ini dibolehkan, sebagaimana yang telah dilakukan Khadijah radhiyallahu’anha.
Juga dilakukan oleh seorang wanita yang menawarkan dirinya (kepada Nabi shallallahu’alaihi wa sallam untuk dinikahi baginda), sebagaimana yang tersebut di surat Al-Ahzab.
Juga pernah dilakukan Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu yang menawarkan puterinya Hafshah kepada Abu Bakar kemudian kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallahu’anhum. (Fatawa al-Lajnah ad-Daimah, 18/48 no. 6400). Allahu a’lam. Sumber : Konsultasisyariah.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Rezeki setiap dari kita berbeza-beza. Ada selesa dengan dunia perniagaannya, ada selesa bekerja makan gaji tak kurang ada selesa menjadi budak penghantar makanan dari bekerja mengikut aturan pejabat.
Trend kerjaya hari ini yang dilihat semakin mencabar khususnya kepada mereka yang memiliki ijazah, nilai sekeping kertas di sebalik kegembiraan memakai jubah di hari graduasi dilihat semakin “menyepi” hari ini. Jika dahulu kita pasti berbangga dengan ilmu dan nilai ijazah tersebut tapi hari ini, kita hanya mampu merebut peluang pekerjaan yang ada di depan mata. Siapa cepat dia dapat.
Satu perkongsian dari Shahbani Che Mat dan nasihatnya wajar kita pandang dari sudut yang postif. Ini kerana ada sesetengah dari kita suka memandang rendah pada kerjaya orang lain khususnya pada pekerjaan berkelas rendah seperti pengawal keselamatan (guard), pekerja pembersihan dan lain lain.
Namun seperti kata, Shahbani content yang ingin dikongsi di sebalik kerjayanya sebagai guard ialah dirinya mempunyai Master In Art Education.
“Katanya jangan pandang rendah kerjaya orang lain kerana kita tidak tahu di sebalik kisah dirinya. Mungkin bila ingat guard, semua ingat orang tak ada pendidikan tinggi, seolah tak ada pelajaran.
“Saya nak orang ubah mind set mereka, jangan pandang rendah kerjaya orang lain. Tapi saya sendiri ada master pun pilih kerjaya ini untuk sara hidup saya. Nak kata kos pengajian saya salah tak juga. Tapi jawapannya masih belum ada rezeki lebih baik untuk peningkatan kerjaya saya,” katanya menjawap pertanyaan orang ramai di contentnya.
Tambah Shahbani, ketika di tahun akhir pengajian ijazah mudanya dalam bidang Seni Lukis Seni Reka (seramik), dia mencuba memohon sambung ke peringkat sarjana. Alhamdulillah, rezekinya dapat. Cuti seminggu lepas habis exam terus sambung buat master pula.
Sebelum menjadi guard, jelas Shahbani dia pernah menjadi budak penghantar makanan. Semua sudah dicubanya tapi rezeki mendapat kerja lebih baik saja belum datang.
Katanya, kita usaha kita dapat. Itu saja, jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya kenapa dia tidak minta kerjaya sebagai guru, kata Shahbani bukan senang nak dapat. Tapi apa yang ingin dikongsikannya ialah walau kita berpendidikan tinggi, jangan terlalu memilih pekerjaan.
“Paling utama, saya nak buktikan orang yang kerja biasa-biasanya bukan semuanya tak berpendidikan atau berpelajaran. Jadi ubahlah mind set kita.
Apa pun, Allah menentukan kadar rezeki pada umatnya menurut dengan kehendakNYA.
Firman Allah: (maksudnya)
“dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
Dalam agama juga mengajar kita untuk berusaha. Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi SAW menyebut:-
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).
‘Dapat markah 98 peratus.’ Hafizah 30 juzuk Al-Quran raih markah acca kedua tertinggi dunia. Masyallah hebat sungguh!
Paling mengujakan apabila gadis ini bukanlah berasal daripada ‘budak akaun’ ketika SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tapi berkat kesungguhannya, dia mampu berjaya.
Seorang penghafaz al-Quran atau ‘hafizah’ ini telah meraih pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac lepas.
Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan memperoleh markah 98 peratus, sekali gus berada pada kedudukan pertama di Malaysia.
Hafizah 30 Juzuk Al-Quran
Menurut Safwa, dia tidak mempunyai asas pengajian perakaunan kerana mengambil aliran sains tulen dan hafazan (agama) ketika belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.
“Saya memperoleh keputusan 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berada di tingkatan dua iaitu selepas dua tahun menghafaz al-Quran.
“Ketika mahu menyambung pelajaran ke UiTM, ibu bapa saya mencadangkan supaya saya pilih jurusan perakaunan kerana sesuai dengan kebolehan saya, selain memang minat matematik,” katanya.
“Empat adik-beradik saya lulusan perubatan dan kejuruteraan, jadi biar ada seorang dalam bidang perakaunan,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pengkalan Kubur, Besut, Terengganu.
Raih Markah ACCA Kedua Tertinggi Dunia
Jelas pelajar tajaan Yayasan Terengganu itu, sedari awal dirinya bertekad memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ACCA, walaupun baru enam bulan belajar tentang perakaunan.
“Ketika mula belajar akaun, saya sedikit buntu tapi saya atasinya dengan kerap membuat latihan dan ulang kaji hingga akhirnya timbul minat terhadap bidang itu,” katanya.
Safwa, yang merupakan anak kepada pasangan guru, Zamri Mohd Amin, 56, dan Rashidah Ab Rahman, 57, cemerlang sejak sekolah rendah lagi (Sekolah Kebangsaan Tembila) apabila sentiasa memperoleh tempat pertama di dalam kelas.
“Apabila hendak sesuatu benda (pelajaran), dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup berjaga malam seorang diri untuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan beliau dapat menguasai sesuatu subjek,” kata Zamri.
“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255) (Dibaca 1 x).
Kelebihan membaca ayat kursi ini ialah sesiapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.
Selepas itu boleh memulakan baca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas.
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah ilah yang bergantung kepada-Nya segala urusan. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.” (QS. Al Ikhlas: 1-4) (Dibaca 3 x)
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (QS. Al Falaq: 1-5) (Dibaca 3 x)
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.” (QS. An Naas: 1-6) (Dibaca 3 x)
Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya.
Masa yang sama, di saat matahari hampir terbenam, kita disarankan membaca doa ini.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”
“Barangsiapa mengucapkan ketika matahari terbenam; ‘A’uzu bikalimatillahit tammati min syarri ma kholaqa (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk, maka insya Allah pada waktu malam, dirinya akan selamat.
Doa ini bersumber dari hadis riwayat Imam Thabrani dari Abu Hurairah, dia berkata bahwa Nabi saw bersabda;
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...