Kain kafan yang selalu kita lihat membaluti jenazah adalah berwarna putih, jarang sekali kita lihat selain warna ini. Jika ada pun mungkin atas faktor kecemasan.
Bagaimanapun, bagi menjawab persoalan menarik ini, kita ikuti penjelasan dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Assalamu’alaikum S.S Mufti, bagaimanakah kita ingin mengkafankan jenazah di kawasan yang tiada padanya kain kafan berwarna putih ?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Kafan bermaksud suatu yang membalut atau menutup badan jenazah yang meninggal dunia. Secara umumnya, mengkafankan jenazah dengan kain putih adalah dituntut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah
“Pakailah dari pakaian kamu yang berwarna putih, sesungguhnya ia merupakan pakaian terbaik kamu dan kafankanlah orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dengan warna putih” Riwayat Abu Daud (4061)
Kata perintah dalam ayat tersebut membawa kepada hukum sunat. Ini kerana, Rasulullah S.A.W ada memakai pakaian-pakaian yang tidak berwarna putih dalam keadaan yang banyak bagi menjelaskan keharusannya.
Ads
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa proses mengkafankan jenazah ini disunatkan padanya untuk menggunakan kain kafan yang berwarna putih.
Jenis (kainnya) pula bagi hak si mati adalah apa yang dibolehkan untuk dia memakainya semasa masih hidup. Maka dibolehkan untuk dikafankan orang perempuan menggunakan kain sutera, namun makruh hukumnya. Manakala bagi orang lelaki haram dikafankan dengan kain sutera.
Justeru, jika tiada kain kafan dalam pemahaman masyarakat iaitu kain yang berwarna putih, maka boleh untuk jenazah dikafankan dengan apa sahaja kain yang dibolehkan untuk si mati memakainya semasa hayatnya.
Sekiranya tidak mencukupi tiga helai kain, memadailah dengan sekadar sehelai kain sahaja untuk menjadi kain kafan kepada si mati.
Ads
Kata Imam al-Nawawi: أقل الكفن ثوب ، وأكمله للرجال ثلاثة ، وفي قدر الثوب الواجب ، وجهان . أحدهما : ما يستر العورة ، ويختلف باختلاف عورة المكفن في الذكورة والأنوثة . والثاني : ما يستر جميع بدنه إلا رأس المحرم ، ووجه المحرمة
Maksudnya: Sekurang-kurang kain kafan adalah sehelai pakaian. Yang paling lengkap adalah tiga helai pakaian. Kadar pakaian yang wajib (sebagai kain kafan) ada dua pandangan (di sisi ulama mazhab).
Pertama: (Pakaian) yang menutup aurat, dan ia berbeza dengan perbezaan aurat individu yang dikafankan antara jenazah lelaki dan jenazah wanita.
Kedua: Pakaian yang menutup kesemua tubuh badan jenazah melainkan kepada jenazah yang dalam keadaan berihram dan wajah jenazah perempuan yang dalam keadaan berihram.
Ads
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya tidak terdapat kain kafan yang berwarna putih keseluruhannya itu untuk digunakan dalam proses mengkafankan jenazah, adalah dibolehkan untuk dikafankan jenazah dengan pakaian yang menutup seluruh aurat jenazah dengan jenis kain yang dibolehkan kepada dirinya untuk dipakai semasa hayatnya di dunia.
Kami juga mencadangkan agar para pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat-masyarakat di pedalaman agar turut membawa bersama bahan-bahan pengebumian masyarakat bagi memudahkan urusan masyarakat tersebut.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Kashoorga: Bukan sahaja pendakwah, kita sebagai individu harus membuat persediaan awal dengan menyimpan baik kain kafan putih bagi kegunaan masa hadapan. Kita tak tahu bila ajal kita sampai.
Malas bukan penyakit tapi ia sejenis “penyakit”. Penyakit yang agak kronik jika jiwa kita tidak berusaha bangkit membuangnya.
Penyakit malas ini ada pada semua orang. Sama ada kronik atau tidak sahaja. Malas kita pada banyak perkara, misalnya masih mempercayai orang boleh laburkan wang kita ada menjadi berganda-ganda tapi di akhirnya kita melopong kerana ditipu.
Begitu juga, kita diajar mengasingkan sebahagian gaji untuk simpanan kecemasan tapi kerana suka bertangguh dan malas, kita akhirnya tak punya tabungan sampai ke hari tua.
Kalau dalam bab menjaga kebersihan rumah pula, adakalanya kita lebih selesa berbaring di depan tv dari mengemas rumah. Akhirnya jadilah kita orang miskin yang pemalas hingga viral di media sosial kerana rumah terlalu kotor.
Rasa malas juga turut melingkari pada sosial kehidupan. Kita tahu tubuh tidak sihat, bentuk tubuh berisi, ada kolesterol yang tinggi namun kerana malas untuk bersenam, kita pilih duduk depan tv. Jujurnya rasa malas akan mengakibatkan kerugian dalam hidup kita sendiri. Bahkan ramai yang malas untuk menambah kualiti ibadah dan beranggapan, cukuplah dengan apa dilakukan sekarang hingga kita jauh ketinggalan dalam bab agama.
Begitu juga dalam suasana kerja, kalau malas untuk tingkatkan ilmu dan pelajari yang baru, kita kekallah di posisi lama atau lama-lama dibuang kerana dilihat tak mampu tingkatkan produktiviti syarikat.
Tahukah, malas adalah satu penyakIt yang tercela dalam Islam. Namun islam turut mengajar manusia untuk mengubah dirinya agar beruntung di akhirat kelak.
Bagi yang ada perasaan malas, bacalah doa diajarkan ini. Insya Allah semua penyakit malas kita akan terhindar.
Allahumma inni a’uzubika minal kasali wal harami wal ma’tsami wal maghrami wamin fitantil qobri wamin fitnatin nar wa ‘azabin nar wamin syarri fitnatil ghina wa a’uzubika min fitnatil faqri wa a’uzubika min fitnatil masihid dajjal.
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, perbuatan dosa dan hutang, fitnah kubur dan azab kubur, fitnah neraka dan azab neraka, keburukan fitnah kekayaan, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Masih Dajjal.”( (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371).
Doa ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sayidah Aisyah. Doa ini sangat digalakkan baca ketika membaca doa Iftitah setelah takbiratul ihram. Dibaca setelah membaca duduk tahiyad akhir setelah membaca salawat dan salam kepada Nabi SAW. dan keluarganya, dan juga dianjurkan dibaca setelah melaksanakan solat wajib lima waktu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kejadian tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala- 402 merupakan berita duka buat negara Indonesia. Apa tah lagi kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia di samping ahli keluarga yang menanggung kesedihan yang bukan sedikit untuk melupakan tragedi sedih ini.
Di sebalik penemuan kapal selam yang terpecah kepada tiga bahagian akibat keretakan besar terjadi pada kedalaman 838 meter, tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa pada permulaan kapal selam ini mula tenggelam, anak kapal tidak berusaha menyelamatkan diri mereka dengan menyelam keluar.
Walau sudah tertulis ajal mereka di tengah lautan kerana hidup dan mati itu adalah aturan Allah taala. Tidak secepat seminit atau lambat sesaat namun inilah fakta yang kita perlu tahu. Dipetik dari Suara.com, ini fakta yang harus kita sama-sama belajar mengenai kejadian alam dan keadaan kapal selam itu sendiri.
Kapal selam ini mula terputus hubungan pada hari Rabu, 21 April 2021 ketika sedang menjalani latihan di perairan Bali. Ia selepas diberi keizinan menyelam pada berada pada kedalaman 700 meter di bawah permukaan air.
Kapal selam 44 tahun ini dilengkapi dengan bekalan oksigen yang mampu bertahan 72 jam sahaja.
Namun selepas terputus hubungan, perbincangan di media sosial bermula apabila ramai bertanya kenapa anak kapal tidak keluar dari pintu kecemasan dan keluar untuk menyelamatkan diri sendiri. Berikut adalah penjelasannya.
Pintu kecemasan tidak boleh dibuka sesuka hati
Berbeza dengan kenderaan lain yang dicipta, pintu kecemasan kapal selam tidak boleh dibuka sesuka hati kerana binaannya sangat rumit supaya air laut tidak memasuki ruang dalam. Sebagai pengganti, telah disediakan compartment penyelamat di mana bahagian tersebut tidak boleh dimasuki air kerana memiliki sistem pengasingan walau bahagian kapal lain telah bocor.
Tekanan Hidrostatik Air Laut
Apa dimaksudkan dengan hidrostatik? Ia digambarkan sebagai tekanan hasil tindakan pemantapan atau memerah kepada tindakan paksaan.
Jika anak kapal memutuskan untuk keluar pada kedalaman 700 meter, maka air akan memenuhi ruang dalam beberapa saat sahaja. Jika dalam kedalaman rendah, anak kapal mungkin masih mampu menahan tekanan air yang masuk dan beranang keluar.
Namun perlu diketahui bahawa tekanan air akan meningkat sebanyak 1 atm setiap kedalaman 10 meter.
Namun perlu diketahui bahwa tekanan air akan meningkat sebanyak 1 atm setiap kedalaman 10 meter. Maka, jika tekanan di udara adalah 1 atm, tekanan di kedalaman 700 meter akan berada di angka 70 atm. Sementara manusia hanya bisa bertahan pada sekitar 3 sampai 4 atm.
Berenang dalam kedalaman 700 meter adalah amat mustahil bagi manusia kerana tekanannya sama seperti di pijak 100 ekor gajah di kepala.
Selain itu, pada kedalaman yang sama, gegendang telinga penyelam akan mula pecah. Begitu juga paru-paru termampat akan menyebabkan sakit yang luar biasa sebelum akhirnya pecah. Hal ini akan terus berlanjutan sehingga pembuluh darah dan organ dalaman tubuh akan hancur. Allahukbar!
Jadi membuka pintu kapal selam dan berenang keluar pada kedalaman 700 meter merupakan hal yang sangat mustahil dilakukan.
Jadi, fahamlah kita kenapa kesemua anak kapal KRI Nanggala-402 ini terkubur di tengah lautan. Jika kesemua mereka berusaha menyelamatkan diri juga akan mati apatah lagi saat terperangkap pada kedalaman 838 meter. Al Fatihah untuk kesemua wira negara Indonesia ini. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Drama Sweet Dreams arahan pengarah Michael Ang lakonan Mira Filzah dan Ben Amir cukup viral dan trending diperkatakan warga net. Ramai yang tidak sabar menunggu episod terakhir drama yang cukup meruntun jiwa anak muda ini.
Semua tertanya-tanya dan membuat andaian bagaimana kesudahan drama ini yang mengetengahkan jalan cerita di mana pasangan kekasih yang sanggup berkahwin dan mahu sehidup semati walaupun tahu salah seorang daripadanya akan meninggal dunia kerana sakit.
Itu adalah drama tetapi dalam dunia realitinya adakah ada pasangan yang sanggup bersusah payah dan bersedia untuk hidup bersama walaupun tahu hayatya tidak lama.
Apakah cinta sejati itu sudah cukup dan mengatasi segala-galanya tanpa memikirkan kehidupan selepas pasangannya kelak telah tiada.
Menjawab persoalan ini, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberitahu berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan. Dan sekiranya kedua-dua pasangan reda antara satu sama lain, Allah juga akan reda kepada mereka berdua.
“Berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan” – Ustaz Riza Kamaruddin
“Kalau dua-duanya sudah reda, maka Allah juga akan reda dengan niat mereka. Malah itu juga merupakan amal soleh yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
“Apabila kedua-duanya ikhlas berkahwin kerana Allah, walaupun pasangannya itu sudah dalam keadaan uzur maka tiada balasan yang paling mahal di sisi Allah melainkan syurga,” ujar Ustaz Riza memberitahu.
Menurutnya lagi menziarahi orang sakit dan orang mati pun ada ganjaran pahala yang besar diberikan oleh Allah.
“Inikan pula yang berhajat mahu mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang uzur dengan niat untuk menjaga, merawat dan menemaninya hingga akhir hayat.
“Sudah tentu ganjaran pahala yang juga besar menanti mereka. Berbahagialah mereka di akhirat kelak,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...