Usia dah senja baru nak belajar mengaji atau membaca al-Quran. Sudahnya bacaan pun masih ‘merangkak-rangkak’ atau tersekat-sekat walaupun sudah bergelar warga emas.
Meski sudah insaf sudah pasti terlintas dalam hati, bolehkah aku syurga jika tak pandai membaca al-quran?
Bagi yang terdetik soalan yang sama hayati perkongsian dari pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tentang perkara ini.
“Ada soalan tanya ada orang kata tak pandai mengaji Ouran tak boleh masuk syurga’ betulkan ustaz?
Salah pemahaman ini sebenarnya, tiada ulamak yang mengatakan tak pandai baca Quran tak boleh masuk syurga,”ujarnya
Jelas UAI dalam menjawab soalan ini kita perlu faham kenapa al-Quran itu diturunkan.
“Al Quran diturun untuk menjadi petunjuk kepada manusia. Jadi petunjuk mana yang halal, mana yang haram. Jadi kita perlu ikut apa yang disebut dalam al-quran, barulah dapat syurga.
“Tapi jika sekadar membaca al-Quran saja, ia tak cukup. Jika hanya baca tanpa mengikut kita sekadar dapat pahala membaca.
“Namun sekiranya seseorang ikut mengikut dan mengamalkan al-quran, ikut mana yang halal, tinggalkan yang haram maka dia boleh beroleh syurga walaupun tak pandai baca al-Quran,”jelasnya sambil memberitahu ada juga golongan yang pandai membaca al-Quran tapi dilaknat.
“Dalilnya berdasarkan hadis dari Anas bin Malik dari Imam Ghazali.
“Betapa ramainya umatku ang membaca Quran tapi Quran melaknatnya”
“Kerana apa dilaknat? Kerana mereka hanya membaca al-Quran tapi hukum tidak diikut. Lihat saja sekarang berapa ramai yang pandai membaca melagukan al Quran tapi membiarkan bumi Islam dirampas oleh bukan Islam sedangkan dia ahli al Quran. Kerana mereka hanya melagukan Quran tapi tidak mengamalkannya,” ujar Ustaz Azhar lagi.