Berkat Doa Ibu Bapa Tak Pernah Putus, Kilafairy Kini Tampil Manis Berhijab. Ramai Doakan Kekal Istiqamah!

Share

Jika sebelum ini ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan beberapa selebriti tampil berhijab.

Antaranya adilah Shiera Ijoy, Dahlia Syazwan dan juga Ernie Zakri. Masing-masing bersyukur diberi hidayah oleh Allah sebelum terlambat.

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah, Comel & Cantiknya Berhijab” – Hikmah COVID-19, Ernie Zakri Ambil Keputusan Bertudung Sepenuhnya

Dan terbaru seorang lagi selebriti tampil berhijab. Kilafairy yang sebelum ini terkenal tampil dengan imej seksi dikatakan sudah mengenakan hijab sepenuhnya.

Mengambil keberkatan Syawal dan doa dari kedua ibu bapanya yang tidak pernah putus, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan akhirnya memilih berhijrah dan memakai tudung.

Penghijrahannya itu sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini.

“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab.

“Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah,” katanya kepada BH ONLINE.

Awal tahun ini, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil membuang imej seksi dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan. Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaharu.

“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! itu.

Perkara ini turut mendapat perhatian selebriti dan pengacara popular Neelofa yang turut memuat aik beberapa posting meluahkan syukur atas penghijarahan Kilaafairy.

Malah beliau turut mendoakan Kilafairy supaya kekal istiqamah dengan penampilannya yang berhijab itu.

“Aku doakan semoga kau istiqamah. Semoga Allah tak bolak balik hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, semoga kau dapat menerima bermanfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang.

“Bahagia dan tenang serta disayangi ramai insyaAllah. Kilafairy dah berhijab! Cantik kan, muka Pakistan pulak,”

Ternyata penampilan terbaru Kilafairy ini juga turut mendapat respon dari warganet. Masing-masing turut mendoakan anak perempuan Rohana Jalil ini kekal istiqamah.

hafeezrskeen Subhanallah , sesungguhnya perubahan itu telah diaturkan sendiri oleh allah s.w.t , hanya tunggu masanya
themalayilham_ Bila bertudung, auto cantik, sebab kita jaga agama Allah. Mudah²an kita semua terus mendapat hidayah supaya istiqomah sampai bila². Amin
dayanadolce_ Awww.. Manisnya.. Semoga terus istiqamah..
arglyla Comellll kilafairy….moga berhijab berterusan..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KILAFAIRY & ERA.JE
Published by
Siti Zurina Mat Saman