Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Baca perkongsian Khairul Hakimin Muhammad
Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.
Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:
1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.
2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.
3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.
4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.
5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.
***
Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.
Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.
Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.
Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.
Begitulah. Semoga bermanfaat.
Sumber Kredit: Khairul Hakimin Muhammad
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=em0P3tSSLlA
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Kalau Nak Murah Rezeki, Buat LIMA Perkara Ini Selalu
Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar tentang rezeki. Sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan amalan yang menjemput rezeki.
Jika suami isteri nak murah rezeki, ini LIMA perkara yang mereka kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
RAHSIA RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sumber kredit: FB: Firdaus Mokhtar
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lepas 14 Hari Kuarantin, Wanita Ini Bebas Jangkitan COVID-19. Solat, Berwuduk & Baca Ayat Kursi Antara Amalan Dilakukan!
Menjadi tanggungjawab kita terutama yang mempunyai siptom wabak virus COVID-19 ini untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.
Ini adalah bagi memutuskan rantaian jaringan virus yang sangat merbahaya ini. Terutama bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang telah dijangkiti virus ini.
Seperti perkongsian wanita ini Nur Zuhaini Mohd Fisah di laman sosial Facebook yang telah menjalani proses 14 hari kuarantin oleh kerana dirinya mempunyai kontak rapat dengan ijtimak tabligh sebelum ini.
Menurutnya dia secara sukarela menjalani saringan kesihatan di hospital dan secara sukarela kuarantin diri walaupun tidak ada simptom COVID-19 ini.
Dan siapa sangka dengan izin Allah juga selepas 14 hari dirinya masih kekal sihat. Dia turut meletakkan 80 peratus tawakal dan 20 peratus usaha.
Dan menurutnya ini yang dilakukan sepanjang tempoh 14 hari kuarantin ini. Dia menjaga solat lima waktu dan turut menyempurnakan solat sunat.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut membaca Yasin setiap malam dan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
Ayh, ikuti perkongsiannya yang sangat berguna dan boleh dijadikan panduan.
Alhamdulillah…14hri sya menjalani proses kuarantinkn diri disebabkan sya mempunyai kontak rapat dgn jemaah ijtimak tabligh (Sukarela sya ke hosp utk check dan sukarela sya kuarantinkn diri even sya tak ada sintom2 covid19). Semuanya msih dalam keadaan baik dgn izin Allah s.w.t.. Dalam msa 14hri apa yg sya lakukan utk pastikan sya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%..
Dlm usaha 20% apa yg sya lakukan? Sya berkgsi bukn krna apa.. Tpi sya doakan moga blh mberi manfaat kpda org lain dgn izin Allah s.w.t..Mudah2han kita semua trus dbri kesihatan yg baik..InsyaAllah..
1)Set dalam hati dan minda kita sihat. Jgn beri sedikit pun ruang utk rsa takut msuk dalam diri kita. Jalani kehidupan mcm biasa. Pegang pda hati, Allah s.w.t ada utk melindungi. Elakkan juga stress tentang apa2 sekalipun. Kalau tak stress imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha utk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dgn karenah anak2 sekalipun
2) Jga solat+Solat sunnat
3) Sentiasa berwudhuk- xkisah time bila kita rsa nk berwudhuk. Kalau 10x kita berwudhuk maknanya 10x kita dh sucikan diri kita.
4) Baca yassin setiap mlm, smpi ayat “Salamun Khaulam mirrabbirrahim…” ulang 21x, niatkan dlm hti utk Allah swt lindung dri sgla musibah
5) Selepas solat Baca alfatihah sekali, ayat kursi 3x, surah alfill 3x.(Amalkan juga sebelum tido dan klu ada anak kecil, hembuskan pda anak dri kepala hgga kaki)-Bila2 msa bca lebih baik
6) Bca bismillah 5 xkira msa, bca jgk 11x selepas solat
7) Keluar rumah bila perlu shja, sebelum keluar bca Bismillahitawakkalualallah 3x, baca alfatihah 1x dan ayat kursi 3x.. Niat Allah s.w.t lindung dri segla bhya.
8) Bila keluar beli brg disupermarket elak belek2 brg, sya hny tuju tmpt brg yg sya nak ambil, ambil brg, byar dan trus balik-Kalau terpksa sangat2 ja baru saya keluar. Ini bukan masa utk kita berseronok.
9) Balik kena trus mandi. Jgn pegang anak2, jgn pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dri baju stokin semuanya, sya akan basuh. Sya bsuh jgk semua brg yg sya beli. Plastik bag xsmpn. Trus buang.
10) Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah
11) Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask
12) Cuci tgan sekerap mgkin, jga kebersihan diri
13) Minum air garam sebelum tido. Baca istighfar 3x, selawat 3x, niatkan dlm hti diberi kesihatan yg baik(Sya guna garam yg warna perang, beli seketul, blik pecahkan jdik bjik kecik2, mbek 3bji msukn dlm air bersih sepruh gelas dan minum)-Garam biasa pun boleh.
14) Bacalah berulang kali DOA ini, “Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha”… Moga Allah s.w.t mnggantikan segala musibah ini dgn sesuatu yg lebih baik.
Apa pun, apa shja yg kita buat niatkan kerna Allah s.w.t.. Niatkan nak sihat utk kekal beribadat kpda Allah s.w.t… Nak sihat utk jaga anak2.. nak sihat utk mudah keluar cri rezeki yg halal. Mudah2han dgn izin Allah s.w.t kita selmt semuanya.InsyaAllah.aamiin..
#Sya hnya berkgsi.. Hak Allah s.w.t utk mberi kita sakit dan hak Allah s.w.t jgk nk bgi kita sihat. Apa pun, berbalik pda Allah s.w.t adalah sebaik2 jln yg kita ada..
INI ANTARA BACAAN AYAT DIAMALKAN:
1. SURAH AL-FIIL
2. SURAH AL-FATIHAH
3. AYAT KURSI
4. BISMILLAH 5
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hukum Suami Membiarkan Isteri Menanggung Nafkah Keluarga
Isteri itu amanah Allah kepada seorang suami. Ini menunjukkan bahawa suami wajib menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Namun apabila seorang suami culas menjalankan tanggungjawabnya kepada isterinya maka akan goyahlah sesebuah rumah tangga.
SOALAN:
Seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki. Kemudian rumahtangga menjadi kacau bilau sehingga si isteri yang terpaksa menjaga suami tersebut dengan menanggung nafkah keluarga. Tidak berapa lama kemudian, suami tersebut mula menjalankan perniagaan. Akhirnya dia berjaya dalam perniagaan tersebut dan menjadi kaya. Namun isteri masih tetap menanggung nafkah keluarga tanpa suami berusaha mengubah sistem tersebut.
JAWAPAN:
Jawapan
Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf. Surah al-Nisa’ (19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
NAFKAH BAPA KEPADA KELUARGA
Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179) menyebut: Bapa dan datuk ke atas, wajib memberi nafkah anaknya, cucu dan ke bawah. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi semua jenis nafkah kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut dan begitulah seterusnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: …jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; Surah al-Talaq (6)
Ayat ini menjelaskan bahawa perempuan yang menyusukan anak orang lain wajib diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa.
Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” Surah al-Baqarah (233)
Dalam ayat ini, menisbahkan anak kepada bapanya yang menggunakan huruf lam ikhtisas membawa makna bapa dikhususkan bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya. Oleh itu, kewajipan bapa memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya menunjukkan bahawa kewajipannya memberi nafkah kepada anak-anak adalah lebih utama. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/170-179)
Imam Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/479)
Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:
Makanan
Barang-barang dapur
Pakaian
Tempat tinggal
Alat-alat untuk membersihkan diri
Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
Imam al-Syaukani menyebut: Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Lihat Nail al-Autar, 5/221)
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Undang-undang keluarga adalah termaktub di bawah undang-undang negeri. Jika di Wilayah Persekutuan, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Seksyen 72 memperuntukkan:
“…adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”[1]
Begitu juga pada Seksyen 73 antara lain menyebut:
Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya—
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;[2]
KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulan, kami nyatakan seperti berikut:
*Menurut kitab-kitab fiqh, semua tanggungan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami. Walaupun berlaku keredhaan dari pihak isteri, tetapi untuk menenangkan hati, berilah ganjaran yang setimpal kepada isteri yang telah memulakan rumahtangga dengan berjaya.
*Alangkah baik sekiranya suami tersebut memberikan kredit dan penghargaan di atas pengorbanan isteri yang besar selama ini. Sifat isteri yang sentiasa membantu suami adalah sangat terpuji. Berilah hadiah kepada isteri tersebut.
*Suami janganlah mengambil kesempatan sehingga tugas hakiki beralih kepada si isteri sedangkan ia pada hakikatnya adalah berada pada tangan suami.
*Tanggungjawab yang sebenarnya tidak berpindah kepada isteri. Isteri hanya bersifat menolong dan membantu. Jika isteri tidak mahu membantu pun tidak mengapa.
*Suami wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada isteri dan inilah yang sebenarnya.
Semoga rumahtangga kita menjadi seperti apa yang disebut Baiti Jannati dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kehidupan kita diberkati dan dikurniakan kebahagiaan.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Sumber kredit: Mufti Wilayah
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI