Selalu sangat kita dengar alasan seperti ini.

“Kami bercinta dahulu untuk kenali si dia lebih mendalam. Tahu hati budinya. Nak kenal luar dalam dulu. Kemudian baru buat keputusan sesuai atau tidak untuk terus ke alam perkahwinan.”

Sebenarnya untuk apa anda dan si dia bercinta dalam tempoh lama? Bagaimana tempoh percintaan yang lama itu boleh membuktikan bahawa anda kenal si dia dengan sebaik-baiknya? Selagi anda belum bergelar suami isteri, selagi itulah anda tidak akan kenal si dia dengan sepenuhnya. Senang cerita, the true colour itu anda masih belum nampak.

Satu lagi keburukannya, apabila terlalu banyak manis yang dikecapi sepanjang tempoh bercinta, maka semakin kuranglah manisnya apabila anda bernikah nanti.

3 manfaat bercinta selepas nikah:

IKLAN

KASIH SAYANG SEBENAR

Ungkapan ‘I love you’ sebenarnya lebih bergetar di jiwa jika disebut ketika anda sudah bergelar suami isteri. Ketika itu barulah ungkapan itu dinyatakan dengan bukti cinta yang sebenar. Jika tiada ikatan nikah, ungkapan itu boleh disebut kepada sesiapa sahaja. Yalah, tiada komitmen. Bukankah pernikahan itu merupakan bukti kasih sayang dan cinta daripada seseorang?

Betapa besarnya kuasa lafaz akad nikah, walaupun anda hanya diperkenalkan oleh orang tua, namun apabila sudah bernikah, perasaan cinta dan sayang itu akan wujud dalam hati. Ini menunjukkan bahawa orang yang bernikah memang diredai oleh ALLAH. Perasaan itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.

IKLAN

LEBIH MESRA

Bercinta selepas nikah membuatkan anda lebih mesra. Anda boleh berpimpin tangan dan duduk berdekatan kala di luar rumah. Hal ini mendatangkan pahala. Bukannya mendatangkan dosa sebagaimana yang dilakukan oleh pasangan kekasih.

Bergelar isteri atau suami yang sah sudah tentu tidak perlu membatasi pergaulan. Apabila bergelar kekasih, mana mungkin anda boleh keluar berdua apatah lagi menunjukkan kemesraan seperti orang yang sudah berkahwin.

IKLAN

TIDAK RUGI

Apabila anda bercinta bagi nak rak, tiba-tiba putus di tengah jalan. Kebanyakan orang akan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Lebih teruk lagi, ada yang gagal menerima kenyataan lalu membuat keputusan yang tidak sepatutnya seperti serik untuk berkenalan dengan orang baru, menutup pintu hati untuk menerima cinta baru atau berikrar untuk terus hidup membujang.

Walau sekuat mana pun rasa cinta yang ingin ditunjukkan, cinta suci yang didorong rasa takut adalah lebih baik dan lebih kekal berbanding cinta yang berlandaskan nafsu. Ingatlah bahawa cinta yang agung hanyalah untuk Allah SWT.

Jika kita hanya mengenali pasangan selepas berkahwin, jangan rasa gusar. Dengan izin Allah mungkin kita akan merasai manisnya hubungan itu lebih daripada mereka yang telah bercinta bertahun-tahun lamanya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI