Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. ‘Isteri di perantauan cari rezeki, suami di tanahair cari bini.’ Allahuakbar minta dijauhkan daripada suami begini.
Benarlah hidup berjauhan ini banyak dugaannya, begitulah yang terjadi kepada jururawat ini. Bayangkan dia berperang dengan emosi kerana terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak demi mencari rezeki.
Namun madu dibalas tuba, semoga Allah mengurniakan kesedaran kepada suami wanita ini dan sterusnya dia menyesal dengan segala perbuatan yang dilakukan.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Fahmi Ramli dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Artikel Berkaitan:
Isteri di perantauan cari rezeki, suami di tanah air cari bini.
Saya ada satu kisah yang hendak dikongsikan. Mudah-mudahan menjadi pengajaran. Pernah dengar tak peribahasa ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’?
Lebih kurang 4 tahun yang lalu, saya berjumpa dengan seorang wanita yang datang ke firma untuk mendapatkan nasihat tentang kesnya.
Umurnya sekitar awal 40-an, tinggi orangnya dan manis senyumannya. Tutur katanya lembut sahaja menyapa staf firma.
Patutlah. Rupa-rupanya wanita ini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di luar negara.
Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja di sana. Bahkan, pendapatannya di sana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan.
Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja di sana. Asalnya dia sendiri tidak mahu ke sana sebab memikirkan tentang anak-anak.
Tapi, disebabkan keadaan suaminya yang dibuang kerja dan hanya membuat kerja-kerja kampung, maka dia perlu cari kerja yang boleh dapat lebih pendapatan.
Rezeki itu datang bersama ujian.
Dia mendapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah negara Arab sebagai jururawat di salah sebuah hospital. Gajinya lumayan, cuma kontraknya agak lama.
Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.
Setiap bulan, wanita ini tak pernah ‘miss’ untuk kirimkan wang berjumlah lebih kurang RM8 ke RM10 ribu setiap bulan ke Malaysia.
Ye lah, disana tempat tinggal pun di asrama jrururawat. Makan minum pun apalah sangat. Cukuplah kalau setakat duit belanja sikit-sikit untuk dia.
Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.
Lepas 2 tahun, dia pulang ke Malaysia untuk cuti panjang sebelum kembali ke sana, dia agak pelik. Sikap suaminya seolah-olah berubah.
Beliau kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama.
Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya.
RM1000 sahaja wehhhhh…Terkejut dia.
Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan?
Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tak pernah beli apa-apa.
Dia cuba selongkar bilik tidur dan mana-mana pelusuk rumah untuk cari apa-apa bukti.
Menangis dia tak henti-henti. Di tangannya ada sekeping Sijil Nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla. Tertera nama suaminya dan seorang wanita yang dia tak kenali. Sijil itu terselit kemas di bawah fail-fail lama yang tak terusik.
Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Adakah dia mengaku?
‘Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ini mesti ada orang hendak rosakkan rumah tangga kita’, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula.
Dia tunjukkan Sijil Nikah tersebut. Biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.
Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku. Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak.
Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.
Wanita ini tenang setelah dengar jawapan. Dan kemudian, suasana tegang itu kembali tenang setelah si suami keluar daripada rumah tersebut.
Sedih bila dengar kisah suami ambil kesempatan begini. Wanita ini tambah geram bila suaminya enggan melepaskan dirinya dengan baik.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.
Kesimpulannya, beringatlah wahai isteri yang baik. Tak salah nak berbuat baik dan nak bantu suami. Cuma, kena ingat, bila kita nak berbuat baik, pastikan kita tidak mudah ditipu.
Hendak bantu cari pendapatan itu boleh, cuma jangan sampai suami tak rasa itu sudah tanggungjawabnya yang asal.
Anda rasa, salah ke isteri cari kerja diluar negara?
Baca Di Sini:
Kashoorga: Hendak berkorban kepada suami dan keluarga sekalipun, biarlah berhati-hati dan beringat.
Sumber: Fahmi Ramli, Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.