Buat Isteri Yang Rasa Tidak Dihargai Suami Sendiri, Ini Nasihat Ulamak

Share

Kita sering terbaca kes keganasan rumahtangga yang mana ada kalanya diakhiri dengan kematian, nauzubillah. Tidak dinafikan, ada kala pasangan sentiasa diuji dengan perlakuan kurang baik dari pasangan.

Misalannya suami yang taat pada agama kadang kala diuji dengan isteri yang perlakuannya menjolok mata. Ada juga isteri yang taat namun mendapat suami yang sangat teruk perangainya termasuk tidak mahu solat dan sering terlibat dengan dosa zina.

Jika di awal-awal nampak bahagia namun akhirnya mula dilanda taufan dan badai yang sentiasa bergelora.

Bagi menghadapi semua masalah-masalah ini, Allahyarham ulamak besar Sheikh Abdul Aziz bin Sheikh Baz Rahimullah ada nasihat berguna.

Dalam nasihatnya, Sheikh Abdul Aziz berkata, jika rumahtangga di uji dengan perlakuan suami yang sering menyakiti hati isteri dan tidak mempedulikan hati isteri sama ada terluka selalu atau tidak tetapi tidak pernah tinggalkan solat, seorang isteri itu wajib bersabar. Masa yang sama, harus menasihati suami dengan baik dan mengingatkan suami agar terus mengingati Allah SWT dan hari kiamat.

“Dengan semua nasihat-nasihat itu, diharap suami mendengar dan kembali ke jalan benar dan meninggalkan sikapnya yang buruk.

“Jika suami tidak mahu berubah selepas dinasihati, maka dirinya menanggung dosa dan isteri mendapat pahala yang besar berkat kesabarannya dalam menghadapi keburukan diri suami.

Dalam pada itu, allahyarham ulama besar ini menjelaskan, disyariatkan bagi seorang isteri untuk berdoa di dalam setiap solatnya juga di luar waktu solat supaya Allah SWT memberikan petunjuk kebenaran buat suami serta mengurniakan akhlak yang baik dan dijauhi dari sifat buruknya.

“Di samping itu, isteri jangan terus berputus asa dan teruslah istiqomah dan bertaubat kepada Allah taala dan berdoa agar diri anda (isteri) dilindungi dari segala keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan sama ada dalam sedar atau tidak sama ada kepada Allah (pernah melanggar perintahNya) dan juga ada melanggar hak suami dan hak yang lainnya tanpa sedar.

“Mungkin ada dosa-dosa lalu pernah kita lakukan termasuk perbuatan menjerumus kepada maksiat dan semua ini hendaklah kita meminta ampun kepada Allah SWT.

Allah ‘azza wa jalla berfirman:-

وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍ

Ertinya: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (QS. Asy-Syu’ara: 30).

Dalam pada itu, untuk isteri yang merasa dirinya tidak dihargai suami, boleh meminta pertolongan dari ahli keluarga terutama ibu, ayah, kakak atau sesiapa sahaja yang dipercayai untuk memberikan nasihat yang baik.

Ia seperti firman Allah,

‘Azza wa jalla, وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan bergaulah dengan mereka secara patut” (QS. An-Nisa: 19).

Juga firman Allah ‘Azza wa jalla,

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ “

Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf, akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” (QS. Al-Baqarah: 228).

Semoga Allah ‘Azza wa jalla memperbaiki perjalanan rumah tangga mereka yang diuji dan semoga Allah ‘Azza wa jalla memberikan hidayah buat suami dan menunjukinya jalan yang benar.

Dan juga semoga Allah ‘Azza wa jalla sentiasa mengumpulkan para isteri dalam kebaikan dan petunjuk kerana sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah” (Fatawa al-Mar’ah al- Muslimah, hal. 687-688).

Demikianlah nasihat dari bekas Mufti ini agar bersikap optimis dalam menghadapi ujian rumahtangga kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bukan keluar lari darinya (bercerai berai).

Sumber : Muslimah.or.id

Published by
Team Kashoorga