Cara untuk menguar-uarkan pernikahan ialah dengan membuat kenduri kahwin. Pada hari ini kenduri kahwin diadakan dengan pelbagai cara. Ada yang membuatnya di kediaman sendiri, di homestay, hotel dan dewan orang ramai.

Semuanya bergantung kepada bajet yang dimiliki. Jika ingin mengadakan majlis besar, mewah dan ada-ada maka besarlah bajetnya. Jika majlis ringkas, bajet yang dikeuarkan juga tidaklah begitu mahal.

Buat Majlis Kahwin Jangan Sampai Hutang Keliling Pinggang

Pun begitu, anda dinasihatkan supaya jangan mengada-adakan apa yang tidak ada. Hal ini berkait rapat dengan modal perbelanjaan yang diperlukan. Fikirlah mengenai kewangan selepas berkahwin. Janganlah hendak nampak mewah sehingga anda dibebani hutang selepas berkahwin.

IKLAN

Ada yang menganggap majlis ringkas diadakan sebab pengantinnya kedekut. Berjimat dan membuat majlis ringkas ketika kahwin bukanlah sebab kedekut atau tidak. Lainlah jika bajet kecil tetapi anda jemput ramai tetamu sehingga makanan yang disediakan tidak mencukupi. Berjimat dan kedekut ialah dua hal yang berbeza.

IKUT KEMAMPUAN
Sebelum memilih lokasi penganjuran majlis kahwin, fikir bajet yang anda miliki. Jika kadar sewa dewa agak mahal, mungkin anda boleh membuatnya di rumah sahaja. Masak sendiri atau katering? Perlukah menyewa baju pengantin yang mahal? Barang hantaran pula bagaimana? Siapa yang tidak mahu majlis penuh meriah dan mewah. Namun fikirkan semula adakah anda mampu? Adakah ianya membazir? Dan adakah anda perlu berhutang untuk merealisasikan impian anda? Rancang kewangan anda dengan bijak.

IKLAN

JANGAN TERPENGARUH
Banyak institusi kewangan menyediakan kemudahan pinjaman untuk melangsungkan perkahwinan. Fikir banyak kali dahulu sebelum anda bersetuju untuk meminjam. Ini kerana anda perlu berdepan dengan komitmen membayar balik pinjaman bertahun lamanya. Selain itu, jangan ambil kad kredit semata-mata hendak berhutang membeli barang hantaran perkahwinan. Itu juga satu langkah yang berbahaya untuk ekonomi rumahtangga.

IKLAN

KESEPAKATAN
Keluarga sebelah lelaki dan perempuan perlu ada kesepakatan dalam membuat majlis perkahwinan. Perlu ada kata putus mengenai majlis mengenai bajet. Jika boleh, buat majlis sekali sahaja. Tidak perlu terlalu mengikut adat untuk mengadakan majlis menghantar menantu yang boleh membuatkan lebih kurang RM10,000 melayang semata-mata untuk majlis yang tidak perlu. Paling penting majlis akad nikah dan majlis kahwin untuk memperkenalkan pengantin kepada semua tetamu.

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=scqmCOus7-U

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI