Menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci bukan seperti pergi melancong yang boleh dibuat sambil lewa saja. Setiap jemaah perlu mempunyai kombinasi fizikal, mental, spiritual dan material yang baik. Keempat-empat aspek itu seharusnya dipelihara kerana seandainya satu diketepikan, ia akan menggugat kelancaran ibadat yang dilakukan.

Melakukan tawaf, sai’e antara Bukit Safa ke Bukit Marwah bukan suatu perkara mudah. Tanpa tubuh badan yang sihat dan cergas pasti agak sukar seseorang jemaah untuk melakukannya.

Namun dengan adanya kemudahan moden seperti skuter urusan untuk melakukan sai’e menjadi lebih mudah. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim

“Sayang, jom buat sai’e naik skuter. Saya belanja.” kataku pada isteri. Huhu. Kesian dia, buat tawaf jam 1:30 pagi.

Semalam kami buat umrah dan sampai ke Masjidilharam jam 12:30 malam. Jem teruk kat Masjid Tanaeem. Sampai je mataf, kami terus buat tawaf seperti biasa.

Dek kerana penuh, mana taknya jam 1:30 pagi baru habis tawaf. Tengok wajah isteri macam dah penat. Jadi, saya tawar diri nak ‘sponsor’ dia buat sai’e guna skuter.

Luckily she smile and agree.

1. Pihak pengurusan MasjidilHaram menyediakan khidmat skuter di tingkat 3 di Kompleks Mataf bagi kegunaan Jemaah untuk bertawaf dan bersaie.

Lepas bayar, anda diberikan resit dan terus beratur untuk dapatkan kenderaan skuter.

2. Pintu masuk ke level tersebut, anda perlu naik keluar dari tempat sai’e dan naik lif. Tekan tingkat 3 Ada ‘papan tanda’ gambar lambang skuter di level atas ramp tersebut.

Paling senang, tanya je pengawal yang bertugas dipintu masuk ke atas level 3. Buat gaya merempit skuter, pasti diorang faham.

Sampai tingkat tiga, terus ke pejabat pengurusan untuk bayar dulu dan tempah skuter. Jangan risau, memang ada banyak unit kat sini.

3. Kos untuk menyewa skuter adalah SR50 bagi seorang penumpang. Ada 2 jenis skuter yang disediakan iaitu 1 tempat duduk atau 2 tempat duduk.

Stok skuter untuk kegunaan jemaah.

Jadi kami berdua, kosnya SR100. Memandangkan cuma untuk kegunaan sai’e sahaja.

Cara kiraan pengunaan:

(Seorang – single seater):
Tawaf: SR50
Sai’e: SR50

(Dua orang – double seater):
Tawaf: SR100
Sai’e: SR100

4. Skuter ini mudah dikendalikan walaupun jemaah menggunakannya buat kali pertama. Sama seperti bawak skuter. Tak perlu nak masuk gear bagai.

5. Kelajuan skuter juga boleh ditetapkan oleh jemaah sendiri. Ada butang simbol arnab untuk menambah kelajuan dan simbol kura-kura untuk mengurangkan kelajuan.

Kelajuan maksimum skuter yang saya guna adalah 11km/jam sahaja. Ini dah maksimum tekan minyak. Haha!

Had laju maksima 11.0km/sejam.

Semoga info dan gambar yang dikongsikan di sini dapat memberi sedikit maklumat kepada bakal haji dan umrah terutamanya yang berkerusi roda dan berkeperluan khas.

Moga tip-tip yang dikongsikan dapat membantu bakal-bakal jemaah haji dan umrah yang bakal menjejakkan kaki di bumi Haramain ini.

Sumber kredit: Hafizul Hakim

VIDEO KASHOORGA: