Buat Umrah DIY Secara Solo, Ustaz Kongsi Tempat Menarik & Penuh Sejarah Di Madinah Yang Jarang Dilawati

Share

Ramai yang rindu untuk ke tanah suci Makkah melakukan ibadah umrah. Bagi yang pernah pernah pergi, hati kita sentiasa “teringat-ingat” Masjidil Haram dan Masjid Nawabi kerana walau jutaan manusia datang tapi ketenangan di dua tempat ini sangat luar biasa.

Dalam pada itu, kalau melakukan ibadah umrah, kita biasa mengikut agensi pelancongan namun sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi membenarkan kita menggunakan pas pelancongan dan biasanya kesempatan melancong itu digunakan untuk membuat umrah DIY.

Bahkan agensi selalunya mengatur jadual perjalanan untuk memudahkan semua anggota rombongan dan tempat lawatan juga sudah diatur. Satu perkongsian dari Tuan Haji Ustaz Ibnu Abdullah Al Besuti pasti membuka “mata” kita bahawanya di bumi Madinah ada banyak tempat menarik untuk dilawati selain beribadah di Masjid Nabawi yang menempatkan makam Rasulullah.

Lebih menarik melalui umrah DIY secara solo dilakukannya, Ustaz Ibnu Abdullah berkongsi jejak-jejak Rasulullah dan para sahabat serta  kesan-kesan sejarah peninggalan lama di zaman Kerajaan Turkey Uthmaniah yang pasti boleh memberikan pengajaran buat kita semua.

Berikut adalah perkongsiannya.

Alhamdulilah selamat tiba di Bumi Malaysia Selepas 11 hari melaksanakan Ibadah Umrah dan Ziarah sekitar Saudi Arabia Secara DIY dan Solo.

Tarikh 23/10/2021 – 3/10/2021

Penerbangan : Saudi Airlines – Return flight ( RM3202 ) beli melalui website Saudia Airlines

Tourist Visa – https://visa.visitsaudi.com

Pendftaran Al Muqeem ( pendaftaran Vaksin untuk masuk ke Saudi )

Pembelian tiket train laju Jeddah – Madinah – Makkkah
https://sar.hhr.sa/web/portal/mobile-web

Saya kongsikan foto-foto menarik sepanjang pengembaraan saya di bumi Madinah dan Makkah.

Ketibaan di Lapangan terbang baharu jeddah di sambut oleh Aquarium Yang amat besar dan tinggi. Setinggi 4 tingkat bangunan. Ada pelbagai jenis ikan air masin termasuklah ikan jerung weh !!
Suasana di dalam kereta api laju haramain. Stesen kereta api laju satu floor arrival di lapangan terbang jeddah. Jadi x perlu susah2 nak heret beg jauh-jauh. Kelajuan kereta api ini 300 kmph weh. 1 jam dah sampai Madinah
Sampai madinah kita pekena sup kaki kambing dulu ataupun namanya adalah khawareeq
Suasana aman di Masjid Nabawi
Suasana Masjidil Haram pada waktu malam. Sungguh tenang dan damai

Ini part ziarah di Madinah.

Kebun mostazal. Tempat Nabi singgah ketika tiba ke quba dalam peristiwa hijrah. Jangan lepaskan peluang solat sunat di tempat yang Baginda Nabi pernah singgah. Masa ni orang tak ramai. Jadi tempat ini ana yang punya !
Telaga Ethiq. Telaga yang baginda Nabi SAW gunakan untuk minum. Barakahnya mengalir hingga ke hari ini. Airnya jernih dan sejuk !
Telaga Rauha. Tempat baginda Nabi SAW berhenti ketika dalam perjalanan menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji. Di kawasan telaga Rauha. Saya singgah sewaktu dalam perjalanan ke Badar
Senarai Nama para Assyahid Badar. Peperangan Badar merupakan peperangan pertama Umat islam. Tentera islam seramai 300 orang melawan puak kafir quraisy 1000 orang
Perkuburan Assyahid Badar Kubra di Badar
Telaga Zafiran. Selepas tentera Islam bersama baginda Nabi SAW menang dalam peperangan Badar dan dibantu oleh para malaikat. Nabi bersama para sahabat singgah berehat di kawasan ini. Salah seorang sahabat nabi yang cedera parah iaitu Saidina Harith meninggal dan di maqamkan di kawasan Zafiran
Nasi ikan wajib cuba di Madinah. Nasi ada dua warna. Hitam dan puteh serius sedap wehh.. ampa kene cuba !
Biirul Bin. Empangan air yang digunakan pada zaman Muawiyah. Besar sungguh empangan ni.
Perkampungan Khaibar. Di sini perkampungan puak Yahudi zaman Nabi SAW. Puak Yahudi berpakat untuk menyerang Madinah dan diketahui oleh Baginda Nabi SAW. Lalu baginda nabi datang menyerang puak yahudi di kawasan khaibar ni
Di puncak gunung di Al Ula. Serius lawa !
Di Al Ula. Jarak dari bukit Madinah sejauh 400km. Di sini terkenal dengan Jabal Fil ( bukit gajah ) dan Madain Soleh
Di Madain Soleh. Ataupun perkampungan Bani Thamud

Kereta api ini digunakan pada zaman Khalifah Turkey Uthmaniah untuk menghubungkan Turkey dan Madinah
Jabal Ithlin di Madain Soleh. Tempat puak-puak Bani Thamud berkumpul dan menyembah berhala
Kubur Raja Bani Thamud di Madain Soleh. Kalau ke sini jangan lama-lama kerana ini lokasi tempat kaum Nabi Soleh diturunkan bala oleh Allah akibat khianat kepada Nabi Allah. Hadis Nabi meminta para sahabat untuk bergesa-gesa melalui kawasan ini ketika dalam perjalanan menuju peperangan Tabuk
Kalau nak tawaf kena booking slot secara harian. Tetapi slot yang disediakan banyak. Insya Allah tidak ada masalah untuk tawaf
Mandy kambing di Makkah. Serius padu !!
Tempat berootd baru di Jabal Omar berdekatan Masjidil Haram. Konsep open cafe dan pelbagai menu hidangan !

.

.

.

Published by
almaswa Haji Che Ros