Buat Yang Masih Bujang, Ini Rahsia Memilih Jodoh Dalam Islam

Share

Memilih seseorang untuk menjadi pendamping yang sesuai dengan kriteria peribadi masing-masing memang tidak mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan siapa orang yang tepat menemani sepanjang hidupnya kelak.

Namun memilih pasangan merupakan urusan perasaan, sehingga ketika bertemu dengan calon yang sesuai maka seseorang akan mengabaikan hal-hal yang seharusnya menjadi kriteria wajib. Padahal kriteria ini dapat menentukan baik tidaknya kelangsungan serta keharmonian keluarga yang bakal ‘dibentuk’ kelak.

Dikatakan di sini bahawa seorang lelaki muslim dalam memilih seorang wanita yang baik untuk dijadikan isterinya akan ada 4 faktor yang harus diperhatikan iaitu agama, keturunan, harta, dan kecantikan. Dan ketahuilah bahawa Rasulullah SAW mengharuskan kita untuk memilih agama dan kualitinya terlebih dahulu, baru tiga faktor yang lain menyusul.

Rasulullah SAW bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat faktor iaitu agama keturunan, harta dan kecantikannya. Pilihlah wanita yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang rugi” (HR Bukhari dan Muslim).

DAHULUKAN AGAMA

Hadis ini mengisyaratkan bagaimana memilih jodoh yang baik. Meski Nabi Muhammad SAW mendahulukan harta, nasab, dan kecantikan namun junjungan alam ini dalam akhir hadisnya mengatakan bahawa sebaiknya ‘memenangkan’ mereka yang baik agamanya. Hal ini menandakan bahawa sebenarnya agama merupakan kriteria paling utama

Begitu juga dengan pihak wanita. Wanita dalam menerima pinangan lelaki atau memilih calon pemimpin keluarganya kelak juga harus memperhatikan hal diatas. Ketaqwaan calon suami yang ingin menikahinya harus menjadi pilihan utama.

Dan tentunya sebenarnya seseorang yang datang kepadamu untuk menikahi kamu atau seseorang yang akan kau nikahi merupakan cerminan daripada kamu itu sendiri. Jadi jika kamu ingin mendapatkan seseorang yang lebih baik daripada seseorang yang telah datang kepadamu, kamu perlu berikhtiar dengan mengubah setiap akhlak untuk lebih baik dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan pasangan yang baik agamanya. Yang sanggup membimbing kita kepada syurga Allah.

VIDEO:

Published by
wan erni