Mungkin ada yang ragu-ragu sama ada arnab boleh dimakan atau tidak.
Menurut hadis Anas R.A yang berkata:
أَنْفَجْنَا أَرْنَبًا فَسَعَى الْقَوْمُ فَلَغَبُوا ، فَأَخَذْتُهَا وَجِئْتُ بِهَا أَبَا طَلْحَةَ ، فَذَبَحَهَا وَبَعَثَ بِوَرِكِهَا – أَوْ قَال : بِفَخِذِهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبِلَهُ
Maksudnya: Kami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapat menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagiannya kaki atau pehanya kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menerimanya.
Riwayat al-Bukhari (2572)
Muhammad bin Safwan (atau Safwan bin Muhammad) berkata:
اصَّدْتُ أَرْنَبَيْنِ فَذَبَحْتُهُمَا بِمَرْوَةٍ ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَنْهُمَا فَأَمَرَنِي بِأَكْلِهِمَا
Maksudnya: Aku memburu dua ekor arnab dan aku sembelihnya di Marwah. Maka aku bertanya Rasulullah SAW lantas beliau memerintahkan aku makan kedua-duanya.
Riwayat Abu Daud (2822), Ibn Majah (3175) dan al-Nasa’ie (4239)
Arnab juga haiwan yang tiada bertaring dan tiada nas yang menunjukkan haramnya. Dengan sebab itu, dinukilkan bahawa Sa’ad bin Abi Waqqas telah memakannya. Begitu juga diberi kelonggaran oleh ulamak dalam kalangan sahabat dan selepasnya.
Maka hukum memakan daging arnab adalah halal di sisi jumhur.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri