Sistem taksiran sendiri digunakan untuk mengira cukai pendapatan yang perlu dibayar. Melalui e-filing setiap orang yang memenuhi syarat perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian.

Berikut panduan mengisi e-FILING cukai pendapatan seperti yang dikongsi oleh Ifa Amir

Elooo, dah declare cukai pendapatan ke hakak dan abang-abang sekalian? Sempat lagi nih. Sebelum hujung April.

Tak payah takut jangan risau, sebab kawan senpai cakap declare je. Untung-untung dapat refund duit. Sonoknyaaaaaa!! Senpai pun baru paham. Hahaha. Poyoss tau.

Ikut je la step ni. Boleh buat sendiri depan laptop atau henpon. kalau takde, pergi je dekat LHDN berdekatan. Diorang sediakan komputer khas. Boleh tanya terus kalau tak tahu.

Jom, saya share langkah-langkah untuk borang BE (tanpa perniagaan) untuk tahun 2018:

Langkah 1: Log masuk ke ezhasil. Macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.

IKLAN

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan

Langkah 2: Pilih opsyen e-filing, kemudian e-borang.

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan
Langkah 3: Pilih tahun taksiran. ie:2017. Dia akan bawa anda ke dunia lain (new tab laaa.)

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan
Langkah 4: Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun. Kot dapat refund balik duit kannnn. 

IKLAN

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan
Langkah 5: Isi maklumat pendapatan anda

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan
Langkah 6: Isi pelepasan cukai. Tak tahu? Refer nota. Kat sini yang paling PENTING. Boleh kurangkan cukai dan secara tak langsung menambahkan lebihan cukai untuk digunakan semula.

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan
Langkah 7: Semak rumusan. Ni paling best! Boleh tengok kita ada dapat lebihan cukai ke tak. Ada yang dapat refund beribu tau!

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan
Langkah 8: Sahkan borang taksiran anda.

IKLAN

Buat Yang Selalu Lupa, Ini Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan

Kalau rasa takut declare macam senpai, fikirkan semula. Bila tengok ada refund, terus senpai melompat. Ni tak kira betul-betul lagi ni. Hehehe.

PS1: #Share je kalau tak nak hilang dari radar.
PS2: Saya bukan lah expert, tapi saje share untuk manfaat semua.

Sumber kredit: Ifa Amir

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=iEtahr65YW0&t=52s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI