Hidup berumahtangga memerlukan pengorbanan. Baik di pihak isteri mahu pun suami. Adakala kita merasa seperti terbeban melayan semua karenah pasangan tapi itulah yang akan jadi kenangan bila pasangan sudah tiada. Ini kerana kita tidak tahu bila ajal memanggil dan adakah itu akan jadi kenangan akhir bersamanya.

Pasti ramai tahu betapa hebatnya kisah cinta Shuib dan Siti Sarah di mana arwah sangat menghormati suami dan melayaninya bagai raja. Dan pemergian arwah mendatangkan kesan amat mendalam di hati Shuib dan anak-anak.

Meluahkan rasa kerana pernah “termarah” isterinya yang meminta gorengkan telur jam 2 pagi saat isterinya sarat mengandung anak bongsu mereka, Shuib berkongsi rasa kesal itu. Namun syukur kerana masih melakukannya juga walau tercuit di dalam hatinya kerana perlu bangun di saat lena tidur. Jika tidak rasa kesal itu dibawanya sampai bila-bila.

Baca perkongsian ini, mungkin banyak hikmah pasangan suami isteri perlu belajar.

Buatlah Walau Penat Kerana Kita Tak Tahu Bila Ajal Memanggil, Shuib Luah Rasa Terkilan Pernah Termarah Arwah Isteri

IKLAN

Tadi lalu di wall saya ni. Tiktok Shuib. Dia cerita tentang satu kisah. Masa tu arwah Siti Sarah masih ada. Tengah sarat mengandung.

Menjadi kebiasaan Shuib buatkan makanan untuk arwah jam 11-12 malam macam tu.

Tapi hari tu jam 2-3 pagi gitu, arwah kejut Shuib dan kata dia lapar. Dia minta nasi. Lauknya nak telur mata dan kicap. Shuib penat. Dah jam 2 pagi. Lagipun esok dia ada kerja. Tapi Sarah merayu kata dia teringin.

IKLAN

Akhirnya Shuib buat juga. Walaupun dalam keadaan marah. Dan masa dia baring semula nak tidur tu, dia nampak Sarah makan. Selera sungguh. Walau cuma berlaukkan telur kicap.

Jadi Shuib kata dia rasa terkilan sebab 'termarah' walau dalam hati. Tapi mujur dia buat jugak. Jika tidak tentu dia akan lebih terkilan lagi.

IKLAN

Dan dia pesan. Selama mana boleh buat baik dengan orang keliling, buatlah baik dengan cara terbaik. Terutama orang yang kita sayang. Sebab kita tak tahu bila orang itu akan pergi tinggalkan kita. Buatlah dengan sehabis ikhlas.

Buat baik pada orang terutama ahli keluarga sendiri kesannya bukan pada orang tu pun. Tapi pada diri kita sendiri juga. Supaya kita puas hati bagi sepuas hati apa yang kita boleh selama kita boleh. Supaya kita takda rasa apa-apa kekurangan dan penyesalan sebab tak sempat buat kebaikan saat dia perlu. Dan saat kita mampu.

Buat benda macam ni kadang masa nak buat tu memang penat. Lagi-lagi kalau kita sendiri pun tengah tak larat. Tapi penat lagi bila tak sempat buat.

Penat yang lebih mendalam. Dan lebih lama.
Perkongsian : fb Siti Suryani Yaakop

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI