Hubungan

Bukan Menidakkan Qada&Qadar Allah.’ Anak 2 Tahun Meninggal Kanser, Ibu Terharu Dapat Lihat Wajah ‘Remaja’ Anak

Share

Bukan menidakkan qada&qadar Allah.’ Anak 2 tahun meninggal kanser, ibu terharu dapat lihat wajah ‘remaja’ anak.

Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah, apatah la gi seoran g ibu kehilan gan anaknya. Bukan sesuatu yan g mudah tapi sebagai hamba-Nya kita harus reda, walaupun pedihnya Allah saja yang tahu.

Ibu ini kehilangan anaknya. Disebabkan rasa rindu yang mendalam, dia meminta grup Edit Apa Hari Ni membantu mengedit gambar anaknya.

Artikel Berkaitan

Syahidnya Seorang Isteri, Lepas Anak Meninggal, Wanita Ini Pula Bertemu PenciptaNya Akibat Sesak Nafas

Bukan Menidakkan

‘Sebagai ibu bukan menidakkan qada dan qadar tetapi saya merinduinya, malah rindu ini tiada penghujungnya,” luah Roslina Hanim Ramli.

Kisah Roslina Hanim mendapat perhatian warganet apabila dia meminta bantuan dalam kumpulan Facebook (FB) ‘Edit Apa Hari Ni?’ untuk menyunting gambar anaknya yang sudah meninggal dunia ketika berusia dua tahun.

Qada&Qadar Allah

Dalam hantaran yang meruntun hati itu, dia meminta ahli kumpulan FB menyunting wajah anak perempuannya yang ketika ini berusia 13 tahun jika masih ada.

Menceritakan kisah itu, Roslina Hanim, 43, jelaskan anaknya, Dania Emelda Aqasha Mustaffa meninggal dunia kerana kanser darah pada 2011.

Menurutnya, kehilangan 11 tahun tidak pernah membuatkan dia lupa pada Dania Emelda Aqasha yang juga satu-satunya anak perempuannya.

Anak 2 Tahun Meninggal Kanser

“Saya ibu yang membawanya sembilan bulan dalam kandungan dan bertarung nyawa melahirkannya jadi sudah pasti rindu itu selalu ada,” katanya yang tinggal di Kampung Baru, Muar, Johor.

Bagaimanapun katanya, permintaannya untuk menyunting gambar itu bukan bermaksud dia tidak reda dengan takdir sebaliknya hanya terlalu teringin melihat wajah anak syurganya itu di usia remaja ketika ini.

“Saya berpeluang melihat anak sulung lelaki membesar dan teringin lihat wajah Dania pula. Saya tak sangka warganet sudi merealisasikan hasrat itu dan berterima kasih kepada mereka.

“Malah, saya terharu dan sebak sangat apabila dapat melihat ‘wajah’ remaja Dania…saya cakap ‘cantik sangat anak ibu’,” katanya.

Ibu Terharu Dapat Lihat

Menurutnya, dia menyimpan semua gambar yang disunting dan ada beberapa yang dicetak sebagai kenangan serta pengubat rindu.

“Gambar yang disunting itu persis anak saya dan tak sangka dengan teknologi ketika ini saya dapat melihat Dania yang remaja biarpun mereka menyunting gambar ketikanya berusia dua tahun,” katanya.

Bercerita lanjut, Roslina Hanim berkata, anaknya kesayangan itu disahkan menghidap kanser ketika berusia dua tahun dan tujuh bulan berjuang melawan penyakitnya itu.

Wajah ‘Remaja’ Anak

“Dania demam ‘on off’ selama dua minggu dan muka serta tangannya juga pucat sebelum ujian darah mengesahkannya kanser darah.

“Kami banyak habiskan masa bersama di hospital apabila Dania perlu menjalani rawatan kemoterapi. Dania anak yang kuat, petah dan periang.

“Sebelum meninggal dunia Dania diserang sawan dan ditidurkan empat hari di hospital,” katanya. Katanya, ketika itu dia adalah ibu tunggal dan kekuatannya hanya anak sulung serta keluarga kerana tahun pertama kehilangan Dania sangat sukar baginya.

“Kini saya mempunyai anak ketiga berusia tiga tahun (Danny Amsyar Muhammad Hanis) selepas berkahwin baharu yang menjadi pengubat rindu pada Dania,” katanya.

Baca Di Sini

‘Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga.’ Ibu Ini Meninggal, Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Kelima

Datuk Yusof Haslam Mahu Menantu Kuat Hadapi Ujian, Doakan Rumahtangga Anak Berkekalan

Kashoorga : Hanya mereka yang melaluinya saja dapat memahami bagaimana peritnya kehilangan seorang anak.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat