Sebelum ini ramai yang melabel mereka yang terbabit dalam dunia seni ini kebanyakan jenis yang tidak begitu mementingkan amal ibadah terutamanya bab solat.
Ini adalah kerana melihat cara bekerja mereka yang 24 jam di lokasi penggambaran dan tidak tahu siapa yang bersikap jujur menyempurnakan Rukun Islam kedua ini.
Namun janganlah kita melabel mereka (pelakon termasuk krew) bersikap tidak ambil peduli soal solat.
Sebaliknya mereka juga adalah hamba Allah yang berlumba-lumba untuk mengumpul pahala selain mengerjakakan amalan wajib ini.
Dalam perkongsian di laman Instagram pelakon dan juga pengarah Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya diberi peluang untuk bersolat secara berjemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set penggambaran.
Menurut pengarah tersohor ini, ini adalah pertama kali merasai pengalaman seperti itu dan sangat berterima kasih kepada Uqasha Senrose kerana merealisasikan perkara tersebut.
Malah dia turut memberi ingatan kepada masyarakat di luar sana agar tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal solat terutamanya membabitkan selebriti dan krew di sebalik tabir.
Tambahnya lagi, posting ini bukan untuk menunjuk, tetapi dirinya rasa sangat tenang dan dan ini adalah catatan terkahir posting berkenaan perkara ini.
Ternyata sebaik muat naik posting ini, rata-rata mendapat pujian warganet kerana usaha murni dilakukan olehnya bersama anak-anak buahnya itu.
Sebelum ini produksi JS Picture juga turut pernah muat naik video krew sedang solat berjemaah bersama-sama.
Satu contoh yang baik, menerusi muat naik IG story pengarah dan penerbit Sheila Rusly memaparkan krew produksi dan para pelakon memberhentikan seketika pengambaran bagi menunaikan solat secara berjemaah.
Bukan sahaja kejayaan drama jadi keutamaan, dilihat produksi JS Picture amat menitik beratkan soal solat walau sesibuk mana pun pengambaran ketika itu.
Tidak dinafikan jika mempunyai seorang ketua yang bagus mesti anak buah akan ikut, berperanan bukan sahaja sebagai penerbit dan pengarah, Jinggo mengambil peluang untuk mengimamkan solat.
Situasi ini membuktikan kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya.