Sudut Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.

Untuk mengetahui di mana sudut Raudhah, ‘petuanya’ amat mudah iaitu ia bersebelahan makam Rasulullah dan hamparan karpetnya berwarna hijau berbanding kawasan lain dalam Masjid Nabawi yang karpetnya berwarna merah.

Raudhah antara tempat doa dimakbulkan. Mengikut sejarah, ia salah satu tempat Rasulullah SAW dan sahabat sering beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW.

Sebab itulah, ramai yang sanggup bersusah payah dan ada juga yang menjadi mangsa tolak-menolak untuk masuk ke dalam Raudhah. Namun tahukah anda bahawa terdapat enam tiang penting di dalam Raudhah.

Jom kita kenali ENAM tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah.. Tiang-tiang ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang-tiang ini ada kisah-kisah yang hebat di sebaliknya..

Antara tiang tersebut ialah:

Ads

1. Tiang Sarir
Tiang ini ialah tiang di mana suatu masa dahulu adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad berehat dan di sini dahulu ada pangkin dimana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.

Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Tiang Sarir (tempat Nabi berehat dan tempat Aishah menyisir rambut Nabi) anak panah hijau.

2. Tiang Ali/Tiang Pengawal
Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad SAW, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.

Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Tiang Ali (Tiang Pengawal).

3. Tiang Wufud (Deligasi)
Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.

Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Tiang Wufud (Deligasi).

4. Tiang Aishah
Tiang ini sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni.. mintak doa banyak-banyak..

Ads
Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Tiang Aishah (tiang ni sangat istimewa).

5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)
Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad. Akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

6. Tiang Muhallaqah 
Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “hang akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yg baru. Tiang ini juga dikenali dgn tiang wangi.

Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Ini tiang Ustuanah Muhallaqah (tiang pokok kurma menangis).

7. Mehrab Nabi 
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab ini lah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau.. kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini, tuan-tuan seolah-olah telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Ads
Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Ini ialah Mehrab Nabi (Mehrab baru) (anak panah biru) di Mehrab inilah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau.. kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan Mehrab ini, tuan-tuan seolah-olah telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Saya sharekan maklumat ini kepada semua.. kadang-kadang jemaah masuk Raudhah depa x tau nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat ja kat mana yang boleh.. so, sekarang dah tau la port mana yang nak ditujui..

Tulisan ini, saya buat adalah juga bertujuan untuk rujukan saya semasa bawa jemaah mengerjakan umrah..

Sumber kredit: Azrul Zabani

VIDEO KASHOORGA:

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI