Bukan Semua Tolak Poligami, Wanita Ini Akui Rasa Gembira Suami Kahwin Lain Kerana Ada Kawan Berbual

Share

Bila sebut tentang poligami, topik ini dianggap menarik oleh lelaki tapi tidak bagi wanita. Boleh dikatakan ramai wanita menolak poligami. Antara alasannya tak suka berkongsi kasih suami dengan wanita lain selain menyedari kemampuan kewangan suami yang tidak stabil.

Rasulullah SAW pernah memberi amaran untuk lelaki berlaku adil dalam soal poligami.

Nabi SAW pernah menyebut :-

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ لَهُ زَوْجَتَانِ فَمَالَ إِلَى أَحَدِهِمَا فِيْ الْقِسْمِ جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَ أَحَدُ شَاقَيْهِ مَائِلاً

“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.” (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal).

Sekalipun isu poligami agak taboo tapi tidak semua menolaknya terutama terbukti suami mampu berlaku adil dan sentiasa memberikan kebahagiaan buat isteri-isteri.

Dikongsikan dari Tik Tok @sifugsa7, suami ini berkongsi pandangan isteri pertamanya, Roslinda selepas dirinya berkahwin lain.

Dalam temubual itu, menurut isteri pertamanya, biar suaminya sudah berkahwin lain namun dirinya tidak sedih.

Saat diajukan adakah dia yang mencarikan calon kedua itu, wanita ini mengakuinya dan melakukannya dengan seikhlas hati.

“Best tau ada kawan lagi. Ya tak perlu sedih-sedih, kena happy. Lagi keluarga kita akan bertambah. Bila bertambah, meriah lagi. Nanti dapat baby lagi. Tak sabar nak dapat baby lagi,” katanya yang dikurniakan lima cahayamata dalam perkahwinan mereka.

Hakikatnya, poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW. Dari segi hukum, berpoligami itu harus dengan bersyarat. Syaratnya ialah boleh berlaku adil dan berkemampuan.

Keadilan pula adalah suatu perkara yang amat sukar untuk dilaksanakan.

Di dalam surah yang an-Nisa’ ayat 129, Allah telah menyatakan:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan)”.

Poligami tak salah tapi selalu nampak salah bila suami tak berlaku adil.

Tapi apa pun, hidup kit adalah pilihan dan kita semua adalah pinjaman dari Allah.

Published by
almaswa Haji Che Ros