‘Bukan sombong, takut jadi fitnah.’ Wanita ajak gambar berdua, adam corrie cuba elak dan ajak isteri sekali bergambar. Katanya dia sengaja bertindak demikian agar tidak berlaku sesuatu yang buruk di belakang hari.
Memang sesetengah orang menganggap biasalah artis, apa salahnya. Walaupun dia artis, dia tetap suami orang, tetap orang Islam yang perlu menjaga batas dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan.
Artikel Berkaitan: Sekeping Gambar Boleh Jadi 1000 Cerita! Fikir Dulu Sebelum Sebar, Gurauan Juga Boleh Timbulkan Fitnah
Lelaki ini, Adam Corrie berkongsi:
Isteri selalu pesan dekat saya, sejak awal perkahwinan.
Kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta ke atau rumah tangga, elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke ataupun rakan.
Takut mereka salah faham pula ingat kita suka dekat mereka.
Isteri saya kata, perempuan ini kalau lelaki itu cakap lembut sikit.. ambil berat sikit.. mulalah perasan. Bukan semua tapi segelintir sahaja. Jadi takut terkena yang segelintir nanti jadi parah.
Sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan masalah putus cintalah, tolong bagi duit susu anak, nak tumpang rumahlah. Last-last jadi stalker pula, message pelik-pelik. Menakutkan, terus buat report polis.
Sebab itu kalau ada wanita yang hendak bergambar berdua, saya cuba elakkan. Bukan sombong, takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri saya ambil gambar sekali.
Kita hidup biar berpada-pada…
Jika kita ada masalah, cari tempat yang betul untuk mengadu masalah. Bukan dengan artis, bukan dengan orang yang berlainan jantina. Bahaya.
Baca Di Sini:
Berniqab Tidak Wajib, Digalakkan Pakai Sebagai Benteng Ancaman Fitnah
Saya selalunya akan syorkan mereka yang bercerita masalah untuk rujuk kepada yang pakar. Kerana saya hanya boleh mendengar sahaja dan bagi nasihat sikit sahaja. Lebih-lebih tak boleh.
Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik.
Janganlah pula ada yang komen lelaki boleh atau suruh kahwin empat ya. Tak kelakar. Sila jaga adab apabila komen. Jaga hati semua orang.
Qanaah.. asal punya rasa cukup.
Hidup ini pasti indah
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie
www.adamcorrie.co
Mr & Mrs Adam Corrie
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Surah Luqman: 17)
Kashoorga : Hidup lebih indah jika kita hargai insan sekeliling, apatah lagi seorang isteri.
Sumber : Adam Corrie
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.