Atas alasan supporting, batasan mahram antara adik perempuan dengan abang ipar yang baru bernikah dengan kakaknya diketepikan. Ini biasa kita saksikan di majlis perjumpaan keluarga masyarakat kita yang masih keliru dengan batasan yang dianjurkan Islam.
Situasi serupa turut terjadi semasa majlis perkahwinan, hari raya, majlis kenduri, family day dan banyak lagi.
Masih ramai yang tidak cakna dan keliru. Maka bagi mendapatkan penjelasan lanjut akan hal ini, kita baca penjelasan SS Mufti Wilayah Persekutuan tentang batasan mahram dalam keluarga.
Perhubungan di antara lelaki dan perempuan mestilah didasari dengan batas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mereka tidak boleh berhubungan secara mutlak dan mengenepikan adab-adab dan hukum-hakam yang telah jelas dinyatakan oleh Allah. Batasan ini lah yang menyebabkan muncul batasan mahram.
Islam sangat mementingkan batasan mahram. Dari sudut bahasa mahram membawa makna larangan.
Ibnu Manzur dalam karyanya menyebut bahawa mahram itu adalah individu-individu yang tidak boleh dinikahi. Inilah maksud mahram yang dikemukakan oleh para fuqaha.
Allah SWT telah menyebut di dalam Al-Quran individu-individu yang haram untuk dinikahi dan individu-individu yang halal dan boleh untuk dinikahi.
Ads
Firman Allah : “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;
“Tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
“Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina…” (Surah Al-Nisa : 23-24)
Di dalam ayat ini terdapat pelbagai jenis mahram. Ada yang menjadi mahram disebabkan nasab keturunan,ada yang menjadi mahram disebabkan penyusuan dan ada yang menjadi mahram disebabkan perkahwinan.
Adik perempuan dan abang ipar perlu menjaga adab ketika berada dalam majlis keluarga.
Imam Al-Qurtubi menyebut bahawa ayat ini adalah ayat yang muhkam[1] dan ini adalah ijmak yang tidak boleh disanggahi.
Berikut adalah senarai mahram bagi lelaki:
Ibu dan ke atas. Termasuklah nenek sama ada sebelah ayah atau ibu
Anak perempuan dan ke bawah. Termasuklah cucu perempuan
Saudara perempuan iaitu kakak atau adik perempuan
Ibu saudara sebelah ayah dan ibu
Anak perempuan kepada anak saudara lelaki dan perempuan.
Ibu tiri
Menantu perempuan
Bapa mertua
Anak tiri perempuan
Mahram disebabkan susuan termasuklah ibu susuan, adik beradik susuan dan lain-lain.
Bagi perempuan pula, mahramnya adalah seperti berikut :
Ayah dan ke atas termasuklah datuk sama ada sebelah ayah atau ibu
Anak lelaki dan ke bawah termasuklah cucu cicit lelaki dan seterusnya.
Saudara lelaki iaitu abang atau adik lelaki
Bapa saudara sebelah ayah dan ibu
Ana lelaki kepada adik-beradik lelaki atau perempuan iaitu anak saudara
Bapa tiri
Menantu lelaki
Ibu mertua
Anak tiri lelaki
Mahram disebabkan susuan termasuklah suami kepada ibu susuan, adik beradik lelaki sesusuan dan lain-lain.
Mahram-mahram ini disebut sebagai mahram muabbad iaitu haram untuk dinikahi selama-lamanya.
Selain daripada senarai ini maka mereka dianggap sebagai ajnabi iaitu orang asing yang bukan mahram yang halal untuk dinikahi.
Ads
Ada juga yang disebut sebagai mahram muaqqat. Implikasi daripada mahram muabbad ialah
Tidak boleh dinikahi
Boleh bersalaman dengannya
Boleh bersendirian dengannya
Adapun selain daripada mahram muabbad maka ianya boleh dinikahi dan tidak boleh untuk bersentuhan mahupun bersendirian dengannya apatah lagi mendedahkan aurat.
Sebagai contoh dalam majlis perkahwinan, seorang adik tidak menjadi mahram dengan abang iparnya selepas berkahwin dengan kakaknya. Ini bermakna, apabila seorang lelaki berkahwin maka yang menjadi mahram adalah ibu mertua dan nenek isteri sahaja. Ini berdasarkan firman Allah :
Adapun selain daripada itu, sama ada adik ipar atau kakak ipar tidak dikira sebagai mahram. Oleh itu, mereka tidak boleh bersalaman mahupun duduk bersendirian.
Adik ipar termasuk dalam kategori yang haram dinikahi secara muaqqat bukan muabbad. Dia hanya haram untuk dinikahi untuk sementara bukannya menjadi mahram seperti mana nasab, perkahwinan dan susuan. Ini berdasarkan firman Allah:
Ads
وَأَنْتَجْمَعُوابينالْأُخْتَيْنِإلَّاماقدسَلَفَ Maksudnya : “Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu)…”(Surah Al-Nisa’ : 23)
Ayat ini menyebutkan tentang larangan untuk berkahwin dengan dua beradik sekaligus. Al-Khatib Al-Syarbini menyebut jika ini dilakukan maka akan menyebabkan kekeruhan di dalam hubungan adik beradik.
Ini bermakna apabila kakaknya meninggal dunia atau diceraikan, si lelaki tadi boleh mengahwini adiknya.
Imam Al-Nawawi menyebut : “Jika seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak bain maka dia boleh menikahi adik iparnya dalam iddah adapun jika cerai dengan talak raj’I maka perlu tunggu habis iddah sebelum menikahi adik iparnya.”
Ianya berbeza dengan mahram muabbad yang haram untuk dinikahi selama-lamanya. Oleh kerana itu,adik ipar tidak boleh bersalaman dengan abang iparnya apatahnya lagi bersentuhan antara satu sama lain.
Adik perempuan tidak boleh bersentuhan dengan abang iparnya selepas berkahwin dengan kakaknya. Ini jelas satu kesalahfahaman kerana adik perempuan kepada isteri dianggap sebagai ajnabi bukannya mahram. Mereka tidak boleh bersalaman, bersentuhan, berlaga pipi apatah lagi bercium.
Nasihat kami agar masyarakat dapat memahami dan mempelajari hukum hakam serta batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga dengan kakak dan abang iparnya.
Jangan sesekali mengenepikan hukum yang telah dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas. Jangan biarkan jati diri sebagai seorang muslim terhakis dek kerana hanyut dengan arus kemodenan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika seminggu lalu, negara menerima khabar duka pemergian Tok Al-Quran dan Taranum negara, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar yang aktiv menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) kini ayahandanya, Tuan Guru Dato' Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail menyusul pula pada 23 Mac lalu. Berselang seminggu selepas pemergiannya.
Berita duka ini dikongsikan oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri di fbnya.
Tulisnya, salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2022. Pemergiannya menyusuli anakanda beliau, Allahyarham Ustaz Nik Azizan bin Dato' Nik Jaafar yang kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2022.
Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, bahkan juga antarabangsa.
Atas sumbangannya yang besar dalam bidang al-Qur’an, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Dalam pada itu, pemergian bekas tokoh anugerah perdana ini, turut dikongsi oleh anak-anak muridnya yang memaklumkan arwah dijemput Illahi pada jam 5.30 petang 23 Mac lalu.
Kehilangan ini antara yang paling besar buat semua kerana perginya seorang tokoh yang sangat terkemuka dan berjasa terhadap dunia Majlis Tilawah Al-Quran di Malaysia selama ini.
Semoga jasa dan bakti beliau semasa hayatnya menjadi timbangan amalan kebaikan buatnya di alam seterusnya. Semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan beliau bersama roh-roh para solihin dan ahlul Quran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.
“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!
Sebaik muat naik status ini, Siti dihujani ucapan tahniah dan semua mendoakan kesejahteraan penyanyi kasatangan ramai ini.
Mencium Hajar Aswad yang berada di sudut Kaabah menjadi salah satu impian bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tidak mudah menciumnya kerana ada ribuan manusia berebut-rebut melakukannnya dan semuanya bergantung atas rezeki dari Yang Maha Esa.
Jika selama ini kita hanya melihat dari sudut luar Hajar Aswad, terkini seluruh dunia termasuk umat Islam boleh melihat bagaimana rupa bentuk sebenar batu dari syurga ini selepas Kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya memaparkan rupa batu ini dalam bentuk sebenar.
Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana setiap gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.
Dengan gambar ini, ia merupakan pertama kali Hajar Aswad dapat dilihat lebih dekat yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sebelum ini kita hanya saksikan ia dilindungi oleh bingkai Perak tetapi sebenarnya Hajar Aswad terdiri dari lapan batu kecil yang digabungkan dengan kemenyan Arab.
Batu kecil ini ukurannya tak lebih dari 1 cm dan yang paling besar tidak melebihi ukuran 2 cm manakala bingkai diperbuat dari perak yang selama ini kita lihat dari luar Kaabah itu berfungsi sebagai pelindung dari batu suci itu.
Berdasarkan buku sejarah, Hajar Aswad yang berasal dari syurga dan kemudian ditempatkan di Kaabah oleh Nabi Ibrahim setelah diberikan oleh Malaikat Jibril. Dipetik dari buku 'Rujukan Utama Haji & Umrah untuk Wanita' karya Ablah Muhammad al-Kahlawi, terdapat 6 keistimewaan Hajar Aswad yang jarang diketahui banyak masyarakat sebagai berikut:
1. Berasal dari batu syurga Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. "Hajar Aswad berasal dari syurga," (HR Ahmad dan At -Turmudzi).
2. Terletak di tempat paling mulia di dalam Baitullah Hajar Aswad terletak di tapak asas yang telah ditinggikan Nabi Ibrahim bersama puteranya, Nabi Ismail. Sebagaimana Allah SWT, berfirman di dalam surah Al Baqarah. "Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan tapak asas Baitullah bersama Ismail" (QS Al Baqarah : 127)
3. Satu satunya batu yang sangat dianjurkan untuk dicium dan diusap "Sungguh, aku tahu, kamu hanya batu. Tidak boleh memberi manfaat atau bahaya apa pun. Andai saja aku ini tak pernah sekalipun melihat Rasulullah shallahu alaihi wa sallam menciummu, aku pun enggan menciummu," (HR Bukhari)
4. Menjadi titik awal dimulainya tawaf di sekeliling Kaabah
5. Menjadi saksi di hari kiamat bagi orang yang mengusapnya dengan benar
6. Dikatakan sebagai tangan kanan Allah SWT di bumi yang boleh dijabat oleh hambanya.
Sumber : Liputan 6
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...