Cacat Penglihatan Sejak Lahir, Tapi Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa 4 Tahun Je

Share

Bukan semua insan di dunia ini dilahirkan dengan cukup sempurna. Ada yang ditakdirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) seperti cacat penglihatan.

Walaupun cacat pada kedua belah mata, tetapi dikurniakan hati yang terang dan sesungguhnya ia adalah kurniaan Allah.

Seperti yang lalui oleh Adam Hussaini Mohd Rosli, 17 tahun yang mempunyai masalah cacat penglihatan itu sejak lahir bukan sahaja  berjaya menghafaz al-Quran, malam mampu membaca serta menulis bahasa Arab dengan baik.

Dia berjaya menghafaz 30 juzul al-Quran hanya dalam masa empat tahun dan pencapaiannya ini memang sangat membanggakan.

Dia yang bercita-cita menjadi ustaz dan pendidik bagi mencurah ilmu kepada golongan OKU berkata menghabiskan kira-kira 15 jam sehari mempelajarai bahasa Arab dan membaca al-Quran menggunakan braille.

Bukan itu saja, dia turut mendapat golongan dari ibunya, Hasnah Hashim serta bapa yang juga bekas pesara guru, Mohamad Rosli Hassan. Dia juga turut seorang yang tidak jemu untuk belajar dan menjadi kepada kunci kejayaannya.

“Kesungguhan belajar menggunakan braille sejak sekolah menengah lagi membuatkan saya dapat menguasainya dengan mudah al-Quran dan seterusnya menghafal,” katanya lagi.

Dalam artikel di Berita Harian, pelajar yang merupakan anak bongsu dari empat beradik ini yang menuntut di Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah, Baling Kedah muncul antara 21 pelajar terbaik program Syahadah dan menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta siji kecermalangan.

Ini adalah sempena majlis Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata al-Quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

KREDIT FOTO: FACEBOOK URUS SETIA PENERANGAN DARUL IMAN

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman