Beruntunglah jika seseorang itu sudah terbuka hatinya untuk berubah dan memilih cara yang sepatutnya sebagai seorang wanita Muslim.
Ternyata hatinya telah dibukakan sedikit demi sedikit oleh Allah untuk berhijrah ke arah penampilan yang lebih baik.
Begitu juga yang terjadi pada pelakon dan juga isteri kesayangan kepada Ashraf Khalid, Tya Ariffin yang dilihat sudah perlahan-lahan berhijab dengan lebih sempurna.
Menurutnya di laman instagram, pelakon dan juga usahawan ini berharap agar peminat terus mendoakan dirinya kekal istiqamah.
Dia memberitahu dirinya masih terus belajar dan belajar menjadi insan yang lebih baik.
Sementara itu dalam artikel di Harian Metro, Tya mengucapkan syukur kerana Allah memberinya kekuatan.
Malah keluarga serta orang sekeliling juga turut menyokong keputusannya untuk bertudung.
Dia yang dilihat berpenampilan sudah berhijab sejak 2 Fabruari lalu mendapat isyarat dari suaminya sendiri yang mahu dia bertudung .
“Pada pagi 2 Februari, sebelum keluar rumah, saya terdetik untuk mengenakan hijab. Tanpa sebarang persiapan, saya ambil keputusan untuk mencuba memakai hijab.
“Saya beritahu suami supaya jangan memuatnaik gambar saya sebab belum bersedia. Tapi, suami tersenyum lebar sambil mengucapkan alhamdulillah.
“Sebenarnya, suami dan Prof Muhaya sudah bagi ‘hint’ pada saya untuk sempurnakan cara pemakaian. Tapi, ketika itu saya masih belajar dan dalam process untuk memperbaiki diri. Bagi saya, perubahan ini harus muncul daripada diri sendiri dahulu,” katanya.
Menurut Tya, penghijrahan itu juga langkah awal untuk dirinya membantu wanita lain untuk ke arah yang lebih baik.
“Misi saya adalah untuk membantu wanita dan impian saya bersama suami sangat besar. Jadi, saya harus lakukan segala perintah Allah dan tinggalkan segala yang dilarang. Mudah-mudahab Allah reda dengan segala yang saya lakukan.
“Saya juga bersyukur pada Allah kerana memberi segala nikmat di dunia. Saya ada keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik dan sedang berkembang dengan sangat laju. Jadi, saya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada saya.
“Saya mohon supaya semua mendoakan saya kekal istiqomah dan untuk saya dan keluarga lebih sukses dan maju. Terima kasih kepada semua yang sudah menyokong saya,” katanya lagi.
Apa yang bagusnya, rata-rata penyokong Tya di laman sosial gembira dengan perubahan dilakukan.
Malah masing-masing mendoakan dirinya untuk kekal berhijab kerana sangat cantik dengan penampilan baru itu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM TYA ARIFIN