Cantik, Santun & Manis Orangnya. Inilah Gadis Yang Menjaga Si Comel, Aafiyah Anak Kesayangan DS Siti Nurhaliza

Share

Kelahiran Siti Aafiyah setahun yang lalu dalam hidup penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang sangat memberi erti mendalam.

Setelah sekian lama menanti, kehadiran si cilik ini memberikan kegembiran dan kebahagiaan buat dirinya dan suami serta ahli keluarga lain.

Anak kecil ini dijaga dengan sebaiknya dan dilimpahi kasih sayang yang tiada berkesudahan.

Walaupun sibuk melayan kerenah anak kesayangannya, tetapi Siti tetap aktif menghiburkan peminatnya di mana juga walaupun sudah bergelar ibu. Dan juga turut mengusahakan perniagaan kosmetiknya, Simplysiti.

Biarpun begitu beliau tetap mahu melihat anaknya membesar depan matanya sendiri. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Siti telah memilih seorang pembantu yang baik, bertanggungjawab dan cantik untuk anak kesayangannya.

Jika diperhatikan kemana saja kelibat Siti dan Siti Aafiyah, pasti akan ada seorang gadis manis yang setia melayan kerenah si cilik ini.

Menurut sumber, gadis yang menjaga Siti Aafiyah ini bukan calang-calang orangnya. Gadis manis ini bernama Nur Hidayah Zubit sebenarnya seorang jururawat bertauliah lulusan dari Kolej Pembantu Perubatan.

Apa yang lebih istimewa gadis ini telah diinterview sendiri oleh Siti sebelum diterima bekerja untuk menjaga dan mendidik Aafiyah sebaiknya.

Gadis ini yang memang cantik, manis dan santun orangnya ini dengan penuh kerelaan dan kesukaannya terhadap anak kecil seperti Siti Aafiyah.

Jika dilihat pada perkongsian Instagram Siti juga menyaksikan gadis manis yang ada iras wajah penyanyi kesayangan ramai ini, sering diajak bercuti bersama keluarga besar Siti dan Datuk K.

Tugasnya menjaga Siti Aafiyah tidak kira di mana Siti berada walaupun berada di luar negara kerana tugas.

Gadis manis inilah yang akan mendukung dan menjaga Aafiyah sepanjang Siti menjalankan tugasnya sebagai penyanyi atau urusan lain.

Siti Aafiyah juga dilihat sangat manja dan rapat dengan gadis manis yang menggunakan nama Dayah Zubit di akaun Instagramnya.

Keduanya bagai tidak boleh dipisahkan satu sama lain. Apatah lagi sejak masih ‘baby’ lagi Aafiyah telah dijaga gadis manis ini.

Ternyata hubungan silaturrahim gadis ini bersama Siti dan keluarga sangat akrab. Semoga akan terus berkekalan hingga Aafiyah membesar menjadi wanita solehah satu hati nanti.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & DAYAH ZUBIT

Published by
Siti Zurina