“Cantiknya Jenazahnya” – Bapa Alihkan Kubur Anak Setelah Mimpi Minta Dipindahkan Sebab ‘Jiran’ Sebelah Tak Solat

Share

Mimpi itu adalah main tidur. Tetapi mimpi juga turut memberi petanda atau sebagai perantara dari seseorang yang sudah meninggal dunia.

Seperti kisah lelaki ini yang bermimpikan anak gadisnya yang meminta dia memindahkan kubur walaupun setelah dua tahun meninggal dunia.

Dalam perkongsian daripada laman sosial Facebook Ashraf Muslim yang berkongsi satu video di mana menceritakan kisah kubur seorang gadis kecil yang sudah meninggal dunia dua tahun lepas tetapi kuburnya telah digali semula.

Dalam video yang tular berkenaan memperlihatkan di mana jenazah gadis berkenaan masih berada dalam keadaan elok dan dirinya diumpamakan seperti sedang tidur.

Berdasarkan dalam video berkenaan, gadis ini dipercayai datang ke dalam mimpi ayahnya dan meminta agar jenazahnya diubah ke tempat lain.

Ini kerana dalam mimpi berkenaan dia telah berkata seperti ini:

“Kemarilah engkau.. pindahkan kuburku kerana tetanggaku ini tidak pernah solat sampai akhirnya dia meninggal dan dikuburkan di sebelahku dan aku terganggu olehnya kerana azab”

Dan sesungguhnya apabila jenazah gadis berkenaan diangkat, kelihatan kain kapan menyelimutinya masih berada dalam keadaan yang sangat elok.

Malah raut wajah gadis ini juga erada dalam keadaan yang sangat tenang.

Dalam kaspyen ditulis oleh Ashraf Muslim, video ini memang begitu terkesan buat dirinya. Malah dia turut berasa cemburu dengan jenazah adik kecil ini dan berdoa agar Allah menolongnya untuk menjaga solat 5 waktu serta kuatkan imannya.

Allahuakbar.. Video ini mmg terkesan buatku. Rasa cemburu dgn jenazah adik ini. “Ya Allah.. tolonglah aku utkku menjaga solat 5 waktu setiap hari dan kuatkan imanku ini, matikanlah aku dalam keadaan yg dimulai olehmu dan tempatkanku bersama mereka yang beriman sewaktu ku dialam barzakhmu..amin”

Sebaik muat naik video ini, warganet turut memberi respon dengan mendapat butang share 12K dan butang like pula lebih 15K.

Rata-rata meninggalkan komen yang cukup baik dan menganggap video ini sebagai satu peringatan buat mereka betapa besarnya kekuasaan Allah.

Cheetah Mooi Al fatihah subhanallah Allahuakbar sungguh besarnya kuasa Allah swt Kn.
Sri Hamidah ya allah sunguh cantik arwah anak itu yang menjaga solat limawaktu
Ross Nor Azimah Aziz Subhanallah diberi rezeki ku melihat kebesaran Allah SWT
Al fatihan utk ank syurga ..Aamiin
Sarin Ningsih Masha Allah.. Allahuakbar.. semoga kita termasuk dlm golongan yg menjaga solat dan matikanlah kami dlm keadaan husnul khotimah.. Aamiin.
Apizal Apizal Allahuakbar….cantiknya jenazahnya….semoga arwah di tempatkn org 2 beriman…aminn

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman