Jangan berlakon terlupa, dilupakan, melupakan atau apa pun yang berumpunkan kata dasar lupa. Sedar diri ada hutang, bayar sebelum malaikat Izrail datang menyapa. Ramai juga yang liat nak membayarnya.
Jika bertangguh lama, bimbang yang memberi hutang pun kita tak jumpa, samada sudah dijemput Ilahi atau pindah entah ke mana. Ini yang kita perlu elakkan. Bersegeralah bayar sebagaimana dijanjikan.
Jika terjadi siatuasi yang mana kita nak bayar tapi tak tahu di manakah si pemberi hutang berada walaupun sudah mencari merata dan pelbagai cara, maka Islam ada cara untuk kita selesaikan.
Ads
Pucuk pangkalnya ia WAJIB dibayar. Kita sebagai pemiutang juga perlu maklumkan kepada ahli keluarga terdekat akan hal ini; kepada siapa, supaya mudah bagi mereka lunaskan bagi pihak kita.
Untuk itu, kita lihat kaedah bayaran yang disarankan:
Benar-benar serius
Carilah alamat si pemberi hutang. Lakukan lah apa sahaja metod. Hubungi rakan-rakan atau berjumpa dengan jiran kediaman lamanya, saudaranya atau sahabat tempat kerjanya. Tiada yang mustahil kan?
2. Sedekahkan atas nama si pemberi hutang
Kenalpasti pihak yang sesuai diberikan sedekah dengan jumlah nilai hutang. Sedekah infaq atau wakaf lebih baik lagi kerana pahalanya akan mengalir hingga akhirat buat si pemberi hutang.
Ads
3. Jika bertemu si pemberi hutang?
Andai bertemu selepas sedekah dilakukan, maka hutang tersebut perlu dibayar juga melainkan jika dia redha dengan sedekah itu.
Jika dia redha, Alhamdulillah, kita bebas daripadanya. Jika sebaliknya, maka kena lah bayar juga dan anggaplah sedekah tadi menjadi pahala buat kita.
Ads
4. Si pemberi hutang sudah meninggal dunia
Ini lah yang kita nak elakkan. Namun kalau sudah ajal, maka kita wajib mencari ahli warisnya. Jika tak jumpa warisnya, maka jalan akhir ialah dengan menyedekahkannya sebagaimana point pertama di atas.
Apakah ada fatwa menjelaskan tentang bayarannya sebagai wajib. Jawapannya Ya, ada. Sebagaimana dijelaskan dalam fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah berikut;
“Wajib bagi engkau bertanya dan bersungguh-sungguh sampai engkau tahu tempat dan alamatnya. Kemudian engkau kirimkan hak mereka (hutang), jangan terburu-buru (menyimpulkan tidak bertemu). Jika sudah benar-benar tidak bertemu maka bersedekah dengan niat pahala bagi mereka. Apabila engkau bertemu, maka mereka diberi pilihan. Jika mereka menerima sedekah itu, pahalanya untuk mereka dan jika tidak menerima, maka pahala sedekah untuk mu dan engkau tetap wajib membayar hutangmu”
Imam An-Nawawi berkata, “Ghazali menyebutkan, barangsiapa yang menyimpan harta haram dan dia hendak bertaubat dan hendak lepaskan diri dari harta haram tersebut. Jika ada pemiliknya maka dikembalikan padanya atau kepada wakilnya. Jika pemiliknya sudah meninggal, wajib menyerahkan kepada ahli warisnya. Namun jika pemilik dan ahli warisnya tidak diketahui juga dan sudah bersungguh-sungguh mencari, maka hendaknya harta tersebut disedekahkan untuk kemaslahatan kaum Muslimin, seperti untuk membangun jembatan, masjid, menjaga perbatasan negara Islam, dan sektor lain yang bermanfaat untuk segenap kaum Muslimin atau boleh juga dia sumbangkan kepada fakir miskin.”
Semoga keterangan ini memberi manfaat.
Kashoorga: Jika selesai baca artikel ini, maka segeralah recall semula.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan selain nasi ayam, nasi minyak atau nasi arab, hidangan nasi ayam penyet juga sangat popular dan diminati ramai.
Tahap kepedasan sambalnya menjadikan hidangan ini jadi pilihan setiap kali makan tengahari bersama teman-teman ketika bukan pada bulan ramadan.
Jadi untuk saiian berbuka apa kata kita hidangkan nasi ayam penyet. Resipi dikongsi di laman sosial Facebook ini oleh Puan Jida Jat sangat mudah dibuat dan rasanya juga seperti di kedai.
Siap Memasak …Nasi Ayam Penyet..
Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa
Bahan Ayam Goreng
Tepung Gandum 4Sudu
Tepung Jagung 4 Sudu
Kunyit sikt+Rempah Kari Daging Sikit..Dan Perasa..
Gaul2Kan Ayam Tadi Dan Goreng..
Bahan Tempe..
Hampa p beli hat siap Kat kedai..Balik Gorengg jaa..Tak yah dok Qendam soya bagai nk BT pulakk..
Bahan2 ulamnya
Salad
Kacang Panjang
Timun
Ringkas2 jaaa… Selamat Mencuba Gaiss
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Adakala agak sukar untuk kita memahami isi hati orang lain. Mungkin kerana tidak pernah bertanya atau mengambil tahu, manusia hanya melihat dari segi luaran sahaja. Namun hidup memerlukan perubahan kerana jika masih di tahap sama, pemikiran yang sama, sampai bila pun tak akan berubah.
Perkongsian dari Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP di fb mereka mengenai usaha membantu seorang ibu dan anak kecil yang kembali menjadi gelandangan di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur walau pernah dibantu diberikan sebuah rumah sewa oleh Ustaz Ebit Lew pasti membuka mata kita, bahawa hidup ini memerlukan sokongan dan dorongan dari semua pihak untuk terus maju ke hadapan.
Daripada Sayyidina Anas r.a daripada Nabi s.a.w bersabda:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan beriman seseorangpun di kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Baca perkongsian ini.
Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah mendapat maklumat tentang seorang ibu dan anak perempuan beliau yang berumur 5 tahun bergelandangan di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu.
Risau tentang keadaan anak perempuan ibu tersebut yang masih kecil, skuad dengan segera turun mencari dan menjejaki ibu tersebut di stesen LRT Pasar Seni. Hasil pencarian Skuad telah menjumpai ibu ini dan mendapati beliau adalah Puan Farida binti Sharif yang merupakan bekas penerima bantuan Baitulmal MAIWP dan bekas penghuni Rumah Transit Baitulmal pada tahun 2015 dan 2016. Selepas itu, Puan Farida dikhabarkan telah berpindah ke Negeri Sembilan dan kes beliau muncul semula pada tahun 2020 apabila Ustaz Ebit Liew menjumpai keluarga ini yang bergelandangan semula di Jambatan Selayang dan telah membantu menempatkan mereka di rumah sewa di Selayang, Selangor.
Hasil temubual pihak skuad bersama Puan Farida, beliau memaklumkan masih menetap di Selayang tetapi sering berkeliaran di sekitar Pasar Seni untuk mencari perkerjaan dan rezeki. Ditambah pula dengan masalah keluarga yang dihadapi menyebabkan beliau sering berada disitu. Maklumat ini juga telah disahkan oleh anggota Polis Bantuan yang bertugas di situ dan menyatakan Puan Farida selalu datang ke situ bersama anak perempuan beliau untuk mencari sumber pendapatan.
Skuad telah menasihatkan agar Puan Farida segera kembali ke rumah sewa beliau di Selayang dan tidak boleh bergelandangan di stesen tersebut kerana dikhuatiri akan menimbulkan cerita dan persepsi yang buruk dikalangan masyarakat apatahlagi di kala kes COVID-19 sedang meningkat naik di Kuala Lumpur. Demi keselamatan dan risiko jangkitan kepada beliau dan anak beliau, skuad telah memaklumkan agar Puan Farida tidak kembali bergelandangan di stesen tersebut atau pun di kawasan lain.
Skuad juga akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) agar dapat membantu Puan Farida dan keluarga ini dengan sebaiknya. Terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepada pihak Skuad.
Mengambil peluang boleh merentas negeri selepas diumumkan oleh pihak kerajaan, banyak pasangan pengantin mahu meraikan hari bahagia dengan keluarga tercinta dan sanak saudara yang tinggal jauh.
Sehingga kini, beberapa buah negeri sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antaranya Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan mulai hari ini, dua lagi negeri mengekori rapat iaitu Johor dan Terengganu.
Manakala negeri-negeri yang berada di Fasa 3 ialah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak sementara Fasa 1 dan 2 tiada yang tersenarai. Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa ramaikah tetamu yang boleh menghadiri majlis pernikahan memandangkan sudah boleh merentas negeri.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih mengekalkan SOP menghadkan enam orang tetamu termasuk bakal pengantin bagi majlis pernikahan yang sudah boleh dilakukan di masjid dan surau solat Jumaat berbanding dahulu hanya boleh diadakan di pejabat agama sahaja.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat JAIS, buat masa ini pengekalan SOP itu tidak berubah sekali pun negeri Selangor berada di Fasa 4 kala ini.
“Bagi pasangan yang ingin bernikah di pejabat agama islam, jumlah kehadiran dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk bakal pengantin dan wali.
“Sementara bagi masjid dan surau kehadiran tetamu ialah 6 orang sahaja (termasuk bakal pengantin dan wali) dan kehadiran jurugambar masih tidak dibenarkan sama sekali,” kata jurucakap JAIS ketika dihubungi.
JAIS sebelum ini melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.
“Bagi yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi, mereka perlu memenuhi kriteria iaitu melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, dan melepasi 28 hari bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino.
“Bagi yang belum lengkap vaksinasi pula, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) hanya wajib ke atas pengantin serta wali.
“Ujian saringan COVID-19 itu perlu dilakukan dalam tempoh 72 jam (tiga hari) dari waktu pelaksanaan majlis, dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...