Cara Bayar Hutang Kalau Lost Contact Si Pemberi Hutang

Share

Jangan berlakon terlupa, dilupakan, melupakan atau apa pun yang berumpunkan kata dasar lupa. Sedar diri ada hutang, bayar sebelum malaikat Izrail datang menyapa. Ramai juga yang liat nak membayarnya.

Jika bertangguh lama, bimbang yang memberi hutang pun kita tak jumpa, samada sudah dijemput Ilahi atau pindah entah ke mana. Ini yang kita perlu elakkan. Bersegeralah bayar  sebagaimana dijanjikan.

Artikel berkaitan: Tunaikan Hutang 100 Kali Istighfar  Selawat Untuk Pikat Allah

Artikel berkaitan:Tunaikan Haji Atau Bayar Hutang, Mana Yang Patut Didahulukan

Jika terjadi siatuasi yang mana kita nak bayar tapi tak tahu di manakah si pemberi hutang berada walaupun sudah mencari merata dan pelbagai cara, maka Islam ada cara untuk kita selesaikan.

Pucuk pangkalnya ia WAJIB dibayar. Kita sebagai pemiutang juga perlu maklumkan kepada ahli keluarga terdekat akan hal ini; kepada siapa, supaya mudah bagi mereka lunaskan bagi pihak kita. 

Untuk itu, kita lihat kaedah bayaran yang disarankan:

  1. Benar-benar serius

Carilah alamat si pemberi hutang. Lakukan lah apa sahaja metod. Hubungi rakan-rakan atau berjumpa dengan jiran kediaman lamanya, saudaranya atau sahabat tempat kerjanya. Tiada yang mustahil kan?

2. Sedekahkan atas nama si pemberi hutang

Kenalpasti pihak yang sesuai diberikan sedekah dengan jumlah nilai hutang. Sedekah infaq atau wakaf lebih baik lagi kerana pahalanya akan mengalir hingga akhirat buat si pemberi hutang.

3. Jika bertemu si pemberi hutang?

Andai bertemu selepas sedekah dilakukan, maka hutang tersebut perlu dibayar juga melainkan jika dia redha dengan sedekah itu.

Jika dia redha, Alhamdulillah, kita bebas daripadanya. Jika sebaliknya, maka kena lah bayar juga dan anggaplah sedekah tadi menjadi pahala buat kita.

4. Si pemberi hutang sudah meninggal dunia

Ini lah yang kita nak elakkan. Namun kalau sudah ajal, maka kita wajib mencari ahli warisnya. Jika tak jumpa warisnya, maka jalan akhir ialah dengan menyedekahkannya sebagaimana point pertama di atas.

Apakah ada fatwa menjelaskan tentang bayarannya sebagai wajib. Jawapannya Ya, ada. Sebagaimana dijelaskan dalam fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah berikut;

“Wajib bagi engkau bertanya dan bersungguh-sungguh sampai engkau tahu tempat dan alamatnya. Kemudian engkau kirimkan hak mereka (hutang), jangan terburu-buru (menyimpulkan tidak bertemu). Jika sudah benar-benar tidak bertemu maka bersedekah dengan niat pahala bagi mereka. Apabila engkau bertemu, maka mereka diberi pilihan. Jika mereka menerima sedekah itu, pahalanya untuk mereka dan jika tidak menerima, maka pahala sedekah untuk mu dan engkau tetap wajib membayar hutangmu”

Imam An-Nawawi berkata,
“Ghazali menyebutkan, barangsiapa yang menyimpan harta haram dan dia hendak bertaubat dan hendak lepaskan diri dari harta haram tersebut. Jika ada pemiliknya maka dikembalikan padanya atau kepada wakilnya. Jika pemiliknya sudah meninggal, wajib menyerahkan kepada ahli warisnya. Namun jika pemilik dan ahli warisnya tidak diketahui juga dan sudah bersungguh-sungguh mencari, maka hendaknya harta tersebut disedekahkan untuk kemaslahatan kaum Muslimin, seperti untuk membangun jembatan, masjid, menjaga perbatasan negara Islam, dan sektor lain yang bermanfaat untuk segenap kaum Muslimin atau boleh juga dia sumbangkan kepada fakir miskin.”

Semoga keterangan ini memberi manfaat.

Kashoorga: Jika selesai baca artikel ini, maka segeralah recall semula.

Published by
Emma Masri