Bagi membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam terdapat beberapa perkara dan cara yang sepatutnya diketahui. Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah. Asas utama ialah mencari keredaan Allah.
Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam.
1. Asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
2. Adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
3. Memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan RasulNya.
4. Menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
5. Mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
6. Menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi
Sumber: Info Syariah