Cara Buat Kopi Viral Musim COVID-19, Dalgona Coffee Guna 3 Bahan Mudah Je. Gerenti Sedap & Halal!

Share

Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung Mac ini pasti ramai yang mengisi masa senggang dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain fokus beribadah.

Salah satunya adalah menyediakan hidangan buat ahli keluarga dan paling viral ketika ini adalah menu kopi viral “Dalgona Coffee’ dek kerana COVID-19.

Dikatakan kopi dari aplikasi Tik Tok ini adalah berasal dari Korea Selatand dan menjadi trend terkini di media sosial kerana video cara membuatnya yang cukup popular.

Apa yang membuatkan kopi ini viral adalah kerana hanya menggunakan tiga bahan dapur yang memang ada di rumah, iaitu Nescafe, Gula dan Susu.

Dikatakan rasanya juga setanding kopi di restoran jenama antarabangsa terkenal dan sangat digemari terutama bagi penggemar kopi.

Malah cara membuatnya juga amat mudah dan anda boleh merasainya keenakannya kala berehat di rumah bersama keluarga.

Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda).  Senang cerita Dalgona Coffe ini merupakan rasa kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.

Ayuh ikuti caranya melalui perkongsian seorang pengguna akaun di twitter @ASH(Foodhunter) cara membuat Dolgona Coffee ini.

Hanya guna tiga bahan utama

Published by
Siti Zurina Mat Saman