Isi Kandungan
ToggleCara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun bagi yang tidak terpilih, jangan putus asa, anda masih lagi mempunyai peluang untuk membuat rayuan bagi mengerjakan ibadah ini tahun hadapan.
Ini kerana Tabung Haji telah pun membuka peluang untuk membuat rayuan haji bermula 19 Disember 2024.
Cara buat rayuan haji
- Muat turun aplikasi THiJARI atau layari www.thijari.com.my
- Masukkan username dan password
Nota: Pengguna THiJARi pertama kali perlu hadir ke cawangan TH yang berdekatan untuk mengemaskini nombor telefon yang terkini bagi pengaktifan TAC
- Pilih Menu Perkhidmatan Haji
4. Pilih sub menu ‘Rayuan Haji’. Kemudian pilih ‘Permohonan Rayuan Haji’/ Semakan Status Rayuan
5. Baca Kategori Dan Garis Panduan Rayuan Haji
- Pilih Kategori Rayuan Haji
- Pilih Persetujuan Pembayaran Penuh
- Pilih Status Kesihatan
- Klik Perakuan Istito’ah
- Tekan butang ‘Hantar’
- Muat turun slip Rayuan Haji untuk simpanan
Pertimbangan Rayuan
Pertimbangan bagi rayuan haji adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan berdasarkan merit tertentu, seperti berikut:
- Rayuan mahram bagi isteri atau suami yang terpilih
- Pengiring bagi bakal haji lanjut usia yang terpilih
- Pengiring bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpilih;
Bayaran haji bagi kategori di atas adalah mengikut kadar bayaran haji (principal) yang terpilih.
- Lain-lain rayuan yang memenuhi kriteria merit, termasuk:
-Tempoh pendaftaran haji
-Faktor umur
-Keadaan kewangan
-Kekerapan permohonan rayuan haji, dan sama ada pemohon pertama kali atau pernah menunaikan haji
-Bayaran haji bagi rayuan yang diluluskan adalah mengikut kos penuh bayaran haji.
INFO : Kos penuh bayaran haji untuk rayuan haji adalah RM33,300 seorang.
Sumber: Tabung Haji
Artikel berkait: 7 Nasihat Penting Imam Al-Nawawi Buat Bakal Jemaah Haji Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kenapa Abu Hurairah r.a Rasa Menyesal Selepas Keluarkan Fatwa Tentang Wanita Penzina?
Firman Allah Taala:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Surah al-Isra’, 17:32
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berzina dan membunuh adalah dosa besar. Namun sebesar apa pun dosa yang dilakukan seorang hamba, apabila taubat dilakukannya sebelum nyawa sampai di kerongkong dan Allah meredhainya, maka dosa tersebut akan diampuni.
Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang perempuan penzina dan pembunuh. Sebagai mana diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.
“Pada suatu malam selepas salat Isyak berjamaah bersama Rasulullah SAW. Aku keluar mencari angin. Di tengah jalan aku melihat seorang wanita bercadar sedang berdiri. Ia lalu menyapaku.
“Wahai Abu Hurairah aku telah melakukan dosa besar. Apakah aku masih boleh bertaubat?”
Aku kemudian bertanya, “Dosa apa yang pernah kamu lakukan?”
Perempuan itu pun menjawab. “Aku telah berzina dan membunuh anak hasil dari perzinaanku!”
Mendengarnya Abu Hurairah sangat marah dan memekiknya “Celakalah engkau yang telah membinasakan anakmu. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima.”
Setelah mendengar perkataan Abu Hurairah, perempuan itu menjerit dan jatuh pengsan.
Melihat kesengsaraan perempuan itu Abu Hurairah menyesal. Abu Hurairah merasa lancang telah berfatwa sebelum bertanya kepada Rasulullah, padahal beliau ada di sekitar mereka.
Keesokan harinya, Abu Hurairah menemui Rasulullah dan melaporkan kejadian semalam.
“Ya Rasulullah, semalam ada seorang perempuan meminta fatwa kepadaku tentang masalah ini!” Kemudian Abu Hurairah menceritakan semuanya.
Mendengar cerita itu Rasulullah berkata, “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’u. Demi Allah, engkau telah celaka dan mencelakakan orang lain. Bagaimana pendapatmu tentang ayat ini,
“Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barang siapa melakukan demikian itu, niscaya dia akan mendapat hukuman yang berat, (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S Al-Furqaan: 68-70)
Kalau mahu berbicara, pakai otakmu
Setelah mendengar fatwa Rasulullah, Abu Hurairah berlari menuju kota Madinah dan mencari perempuan itu. Hingga akhirnya ia menemukan perempuan itu di suatu tempat. Segera ia mengkhabarkan fatwa Rasulullah padanya. Mendengar itu, perempuan terebut berteriak girang. Ia berjanji untuk menyedekahkan sebidang kebun miliknya sebagai petanda taubatnya.
Wanita penzina dan pembunuh itu pun bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ia beribadah dan tak henti memohon ampun atas dosa-dosanya. Hingga akhirnya ajal pun menjemput wanita tersebut.
Sumber : Dahsyatnya Tubat,Isnaeni Fuad, Gema Insani : Jakarta, 2008 / Islam Pos
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Orang Banyak Tinggal Solat, Jangan Buang Masa Solat Sunat.’ Qada Solat Fardu Lagi Penting
Isi Kandungan
Toggle‘Orang banyak tinggal solat, jangan buang masa solat sunat.’ Qada solat fardu lagi penting daripada solat sunat. Solat fardu itu wajib.
Benarlah solat itu tiang agama, oleh sebab itu bab solat lima waktu jangan ambil ringan.
Disarankan jika tertinggal solat fardu, kita wajib qada solat dari akil baligh hingga sekarang walaupun bertahun lamanya.
Artikel Berkaitan:
Orang Banyak Tinggal Solat
Kongsi Ustaz Muharrik Daie, jangan main-main dengan qada solat.
Kalau kita banyak meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan ke atas kita setelah baligh sejak zaman jahil kita, mulakan sekarang dan jangan bertangguh untuk qada solat yang kita tinggalkan.
Di samping bertaubat, kerana meninggalkan solat fardhu adalah dosa besar yang berterusan dan bertali arus sampai mati jika kita tidak bertindak dengan segera untuk menghentikannya.
Untuk menghentikan dosa besar dan untuk diampuni Allah dosa besar ini, kita wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Yakni taubat yang sungguh-sungguh.
Jangan Buang Masa
Antara syarat taubat yang wajib kita buat adalah insaf dan berazam supaya kita tidak akan meninggalkan solat fardhu lagi. Kemudian mengqada semua solat solat fardhu yang pernah ditinggalkan dahulu walau pun bertahun tahun lamanya.
Andai dulu kita solat fardhu tanpa ilmu dan hanya mengikut-ngikut orang saja [taklid] maka mulakan belajar fardhu ain. Perbaiki setiap inci dari hukum-hakam solat itu dari mula bersuci seterusnya kepada solat itu sendiri.
Ini penting, kerana berkata ulama, beramal tanpa ilmu, amal tertolak.
Ini bukan bermakna kena khatam ilmu dulu baru bersolat. Tidak begitu. Bersolatlah seperti biasa disamping kita belajar. Orang yang belajar di samping beramal, walau pun silap tidak dikira dosa. Dan amalnya insyallah diterima Allah.
Orang yang banyak meninggalkan solat fardu, janganlah membuang masa untuk bersolat sunat, kerana mengqada solat fardu itu lebih penting lagi sebagai tanda taubat kita.
Solat Sunat
Solat fardu yang diqada ini berganda pahalanya berbanding solat sunat. Malah solat fardhu yang pernah kita tinggalkan tanpa qada akan disoal sekiranya kita tidak lakukannya tetapi solat sunat tidak disoal malah akan tertolak solatnya andai solat fardu qadha itu masih tidak diganti.
Apalah makna kita buat solat sunat yang tidak mendatang seksa tetapi meninggalkan solat qada yang fardhu yang menjadikan kita diseksa dengan begitu azab diakhirat nanti.
Orang yang sibuk dengan yang sunat dan meninggalkan yang wajib itu sebenarnya telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Syaitan ini licik terutama kepada orang orang yang jahil dan tak faham ilmu islam.
Ada orang jahil kata, qada solat tak wajib. Ada khilaf. Mana khilafnya? Ittifak dan sepakat ulama’, solat yang ditinggalkan dengan sengaja adalah wajib qada. Bayangkan solat yang kita tinggalkan dengan tidak sengaja pun wajib qada, apalagilah dengan sengaja!
Baca Di Sini:
‘Sengaja Tinggalkan Solat.’ Jangan Sampai Segala Amal Baik Jadi Sia-Sia, Tak DiTerima Allah
Qada Solat Fardu
Ramai di kalangan kita tidak memahami dan tertipu masalah ini kerana kejahilan dan tidak belajar ilmu fardhu ain. Dan lebih malang lagi kita menjadikan ‘ulama’ google’ sebagai panduan dan rujukan kita sedangkan asas asas fardhu ain pun kita jahil.
Sedangkan dalam google itu pelbagai aliran yang salah yang tidak dapat dibezakan andai kita jahil dengan hukum hakam agama.
Mengaji fardhu ain, adabnya wajib bertalakki bermula dari kitab akidah, feqah dan tasawuf. Kerana tanpa berguru, kita tidak akan dapat memahami ilmu itu dengan sohih dan sebaiknya.
Ilmu fardhu ain ini sebenarnya adalah kembar kita. Ia tidak boleh dipisahkan dari hidup harian kita kerana kita kena hidup seharian dengannya sampai mati.
Untuk bertauhid dan mengenal Allah, kena ada fardhu ain. Berjual beli, bekerja, makan minum, bersocial, kita kena faham hukum hukum syarak didalam feqahnya. Untuk mengenali sifat sifat hati dan menjauhi dosa dosa hati kita wajib belajar akan ilmu tasaufnya.
Lagi Penting
Bayangkan, setiap gerak kita dalam hidup ini ada hukum hakam dan dosa pahalanya seperti wajib, sunat, haram, harus dan makruh.
Contohnya, kalau makan hukumnya harus, kalau niat kerana Allah yang kita makan itu untuk menguatkan tubuh badan untuk laksanakan ibadah, kita akan dapat pahala. Kalau tak ada niat, hanya dapat kenyang saja tanpa pahala.
Begitulah hal hal yang lain.
Terdedah Dosa
Pendek kata, orang yang tidak belajar ilmu fardhu ain, dirinya terdedah kepada dosa dan maksiat. Malah jika tidak belajar ilmu tauhid yang termasuk dalam fardhu ain, boleh tergelincir dan menjadi kufur kerana tidak mengenal batas batas iman dan kufur didalam percakapan, perbuatan dan iktikad nya.
Walau bahaya macam mana pun, ramai antara kita tidak kisah dan mengabaikan fardhu ain ini. Boleh tanya diri sendiri. Pernahkah aku belajar ilmu fardhu ain? Pernahkan aku belajar ilmu tauhid untuk mengenal Dzat sifat af’al dan ama’ Allah.
Mengenal sifat wajib harus dan mustahil Allah. Malah mengenal nabi. Mengenal perkara perkara ghaibiyah dan sebagainya dalam ilmu tauhid.
Fahamkah aku akan kalimah syahadah yang didalamnya ada nafi dan isbad untuk mengsahkan syahadah aku?
Fahamkah aku akan hukum hukum syarak yang lima itu untuk menjadi panduan dan perjalanan hidup aku?
Siapa aku sembah dalam solat aku? Allah? Siapa Allah? Atau aku hanya solat main hayun saja membilang rakaat tanpa tahu siapa yang aku sembah. Bagaimana nak khusyuk kalau tak kenal Allah.
Jahilnya aku ya rabb. Begitu hati kita bermonolog. Mahu dibiar saja begitu sampai mati?
Allaahu … pendeknya hidup di dunia ini dan panjangnya perjalanan kehidupan akhirat. Kalau kita tidak berubah dan membaiki diri, bahaya besar buat kita diakhirat nanti.
Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:
حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”
(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)
Barakallahu feekum.
#muharrikdaie
Kashoorga : Perbaiki diri untuk kebaikan, qada solat fardu adalah lebih utama berbanding solat sunat.
Sumber: Ustaz Muharrik Daei
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Melihat Hajar Aswad Lebih Dekat, Ia Terdiri Dari 8 Batu Kecil & Dibingkai Perak Untuk Melindungi Batu Syurga Ini
Mencium Hajar Aswad yang berada di sudut Kaabah menjadi salah satu impian bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tidak mudah menciumnya kerana ada ribuan manusia berebut-rebut melakukannnya dan semuanya bergantung atas rezeki dari Yang Maha Esa.
Jika selama ini kita hanya melihat dari sudut luar Hajar Aswad, terkini seluruh dunia termasuk umat Islam boleh melihat bagaimana rupa bentuk sebenar batu dari syurga ini selepas Kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya memaparkan rupa batu ini dalam bentuk sebenar.
Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana setiap gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.
Dengan gambar ini, ia merupakan pertama kali Hajar Aswad dapat dilihat lebih dekat yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sebelum ini kita hanya saksikan ia dilindungi oleh bingkai Perak tetapi sebenarnya Hajar Aswad terdiri dari lapan batu kecil yang digabungkan dengan kemenyan Arab.
Batu kecil ini ukurannya tak lebih dari 1 cm dan yang paling besar tidak melebihi ukuran 2 cm manakala bingkai diperbuat dari perak yang selama ini kita lihat dari luar Kaabah itu berfungsi sebagai pelindung dari batu suci itu.
Berdasarkan buku sejarah, Hajar Aswad yang berasal dari syurga dan kemudian ditempatkan di Kaabah oleh Nabi Ibrahim setelah diberikan oleh Malaikat Jibril.
Dipetik dari buku 'Rujukan Utama Haji & Umrah untuk Wanita' karya Ablah Muhammad al-Kahlawi, terdapat 6 keistimewaan Hajar Aswad yang jarang diketahui banyak masyarakat sebagai berikut:
1. Berasal dari batu syurga
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. "Hajar Aswad berasal dari syurga," (HR Ahmad dan At -Turmudzi).
2. Terletak di tempat paling mulia di dalam Baitullah
Hajar Aswad terletak di tapak asas yang telah ditinggikan Nabi Ibrahim bersama puteranya, Nabi Ismail. Sebagaimana Allah SWT, berfirman di dalam surah Al Baqarah. "Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan tapak asas Baitullah bersama Ismail" (QS Al Baqarah : 127)
3. Satu satunya batu yang sangat dianjurkan untuk dicium dan diusap
"Sungguh, aku tahu, kamu hanya batu. Tidak boleh memberi manfaat atau bahaya apa pun. Andai saja aku ini tak pernah sekalipun melihat Rasulullah shallahu alaihi wa sallam menciummu, aku pun enggan menciummu," (HR Bukhari)
4. Menjadi titik awal dimulainya tawaf di sekeliling Kaabah
5. Menjadi saksi di hari kiamat bagi orang yang mengusapnya dengan benar
6. Dikatakan sebagai tangan kanan Allah SWT di bumi yang boleh dijabat oleh hambanya.
Sumber : Liputan 6
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI