Cara Kenal Pasti Bomoh Guna Khidmat Jin Atau Tidak

Share

Apa yang biasa kita lakukan, apabila sudah habis usaha mendapatkan rawatan perubatan moden? Ada kalangan kita akan berjumpa tok bomoh atau pengamal rawatan tradisional. Jika ini terjadi, kebiasaannya ahli keluarga terdekat pesakit akan ambil ikhtiar ini sebagai cara terakhir. 

Bagaimanapun dalam sibuk mencari pusat rawatan alternatif ini, kita perlu berhati-hati kerana bimbang pesakit tidak mendapat rawatan sepatutnya dan tidak mengikut rawatan Islam sebenar.

Carilah pusat rawatan perubatan Islam yang dikenali dan terbukti menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai ikhtiar rawatan. Takut-takut, tersalah langkah, kita menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional yang lebih dikenali sebagai bomoh menggunakan jin.

Artikel berkaitan: Berubat Dengan Bomoh Untuk Lupakan Kekasih Lama

Artikel berkaitan:Rawat Penyakit: BIAR BETUL Masyarakat Masih Percaya Kepada Bomoh

Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah cara untuk kita kenalpasti perkhidmatan yang bertentangan dengan ajaran Islam

Awal-awal sudah tahu niat kita untuk berjumpa

Agak pelik kan? Bagaimana bomoh boleh tahu tujuan kita nak jumpa dia. Sebenarnya jin yang mendampingi bomoh tadi telah bercakap dengan qarin kita.

Berbeza jika kita ke klinik, doktor tidak tahu apa sakit kita sehinggalah dia periksa tanda-tanda kesakitan di badan kita. Berbeza dengan bomoh, pesakit belum beritahu, pengamal perubatan tradisional sudah tahu terlebih dahulu.

Bertanya nama kita dan nama ibu kandung kita

Secara logiknya, apabila mendapatkan rawatan, nama yang diperlukan hanyalah nama penuh pesakit sebagaimana tertera pada kad penganalan.

Penyakit yang dihidapi tiada sangkut paut dengan nama ibu kandung. Di sini sahaja sudah patut timbul tanda tanya.

Membawa limau nipis, telur, bunga, buah-buahan, haiwan tertentu dan sebagainya

Permintaan membawa barang-barang seperti di atas sudah cukup menimbulkan keraguan. Dalam situasi ini, kita tidak perlulah teruskan niat untuk berubat. Cari lah pusat rawatan islam lain yang diperakui.

Tidak perlukan penjelasan kita apa yang telah terjadi

Mereka mengetahui perkara ghaib yang telah berlaku atau akan berlaku. Daripada mana dia tahu? Tentulah daripada jinnya.

Aksi membakar kertas

Ada jugak bomoh yang akan menuliskan sesuatu atas kertas dan membakarnya lalu dihirupkan asapnya.

Mengetahui perkara ghaib

Bomoh yang gunakan khidmat jin mengetahui perkara ghaib tentang keberadaan makhluk ghaib, boleh melihat jin dan menangkap jin. Sebenarnya manusia tidak boleh melihat jin dalam bentuk asal kecuali nabi SAW.

Kita boleh melihat jin apabila dia menjelma seperti ular, kala jengking, pontianak, pocong dan sebagainya.

Saranan menyalahi Sunnah Nabi SAW & Mengihna Kalam Allah

Bomoh menyarankan untuk mengamalkan amalan menyalahi sunnah yang tak pernah diamalkan oleh Nabi SAW atau membaca mantera yang tidak jelas maknanya, membaca potongan ayat Quran yang ditambah atau diubah ayat dan sebagainya seperti tulisan ayat Quran terbalik sebagai pelaris di kedai-kedai.

Satu penghinaan kepada kalam Allah! Sebenarnya, ada sekumpulan jin yang menjaga bentuk pelaris itu dan makhluk tersebut akan ludah, kencing dalam makanan yang menggunakan pelaris dan kita tersihir.

Penggunaan peralatan pelik semasa merawat

Bomoh menggunakan barang-barang yang pelik-pelik seperti sawat buaya, gigi harimau dan sebagainya. Jika nampak dia menggunakan alat ini, maka itu sudah cukup memberikan pengesahan. Tiada keraguan lagi.

Menggunakan tangkal, azimat, batu akik, pusaka, benda-benda keramat dan selainnya

Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa itu?

Sabda baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita suci beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina – [HR Bukhari].

Sabda Nabi SAW lagi: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam – [HR Muslim].

Ulama bersepakat bahawa mempelajari sihir, mengajar serta mempraktikannya adalah haram. Hatta berjumpa bomoh untuk mengubati sihir pun hukumnya adalah haram.

Kenapa haram? Sebabnya perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan selain daripada Allah iaitu jin dan syaitan yang membawa kepada syirik kepada Allah!
Nauzubillah!

Published by
Emma Masri