Kerohanian

Cara Kiraan Sepertiga Malam, Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Share

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:
Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya.

Hadis ini menjelaskan tentang waktu berdoa yang mustajab yakni sepertiga malam.
Mereka yang memohon keampunan akan diampunkan dan mereka yang berhasrat sesuatu dan berdoa pada waktu ini akan dimakbulkan Allah SWT.

Kebiasaannya kedua perkara ini dilakukan melalui solat tahajud pada awal pagi. Namun timbul juga persoalan bila waktu yang tepat bagi sepertiga malam seperti yang dinyatakan dalam hadis berkenaan.

Agar dapat melaksanakan solat tahajud pada waktu tersebut dan berikut adalah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan tentang perkara ini.

Anggaran waktu sepertiga malam

Sebenarnya, bermula waktu malam ialah dengan masuknya waktu Maghrib dan berakhir dengan habisnya waktu Isyak. Jika diambil kira waktu solat semasa di Kuala Lumpur mengikut kaedah 24 jam, waktu Maghrib bermula pada jam 19:21 dan berakhirnya waktu Isyak pada jam 05:52.

Maka, jumlah waktu malam ialah 10 jam 50 minit. Jika sepertiga malam ialah 3 jam 50 minit, maka bermulanya sepertiga malam terakhir ialah kira-kira pada jam 02:21 sehingga subuh.

Kami cenderung bahawa pembahagian malam ini hanyalah bersifat taqribi (anggapan paling dekat; lebih kurang) bukannya tahdidi (secara tepat). Terpulang kepada seseorang untuk berqiamullail mengikut keselesaan dan kemampuan.

Info Facebook Siti Aminah Salleh
Semoga bermanfaat.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

 

Published by
Team Kashoorga