Semua orang disarankan bersedekah tanpa mengira status. Kecil, besar, tua muda, bekerja makan gaji, berniaga atau mungkin juga tiada sumber pendapatan tetap seperti suri rumah.

Bagi para wanita yang tidak bekerja kita boleh juga lipat gandakan sedekah kita walaupun dari rumah. Jangan fikir, kalau tak ada gaji atau pendapatan tak seberapa banyak seperti orang lain, maka kita tak perlu bersedekah.

Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Bagaimana caranya? Kita baca penjelasan daripada Ustaz Iqbal Zain tentang cara bersedekah terbaik yang boleh dilakukan oleh suri rumah.

Cara Terbaik Untuk Suri Rumah Bersedekah Dalam Islam

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai setiap wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah istighfar sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”

Dan sabda baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? Sebenarnya mudah. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Sedekah itu beraneka ragam:

Tasbih:
Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

Takbir & tahlil:
Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

IKLAN

Mengajak kebaikan:
Amar ma’ruf nahi munkar anda (mengajak yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

Kiriman ucapan yang baik:
Bukalah whatsapp, facebook, Instagram dan lain-lain anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

Senyum: Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

Solat Dhuha: Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

Tolak maksiat: Tahanlah diri anda daripada keinginan untuk berbuat buruk. Itu pun sedekah.

Tidak mengganggu: Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang di jalan. Itu pun sedekah.

IKLAN

Ucapan salah: Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui. Itu pun sedekah.

Beri jiran makan: Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan. Itu pun sedekah.

Beri haiwan makan: Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia. Itu pun sedekah.

Muliakan tetamu: Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari. Itu pun sedekah.

Saling membantu: Berusahalah menolong dan membantu orang lain, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Itu pun sedekah.

IKLAN

Tuntut ilmu dan sebarkannya: Tuntutlah ilmu agama, ajar dan sebarkan. Baik dengan cara mendengar, membaca atau menulis sesuai kemampuan anda. Itu pun sedekah.

Beri orang kehausan minuman: Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Artikel berkaitan: Suami Kiriman Tuhan, Tak Culas Tunai Nafkah, Rajin Beri Isteri Sedekah

Artikel berkaitan: Doa Elak Anak Terjebak Perkara Buruk, Baca Semasa Bersedekah

Cara Terbaik Untuk Suri Rumah Bersedekah Dalam Islam

Kaedah penting:-
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapa pun. Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama. Yang paling dekat kemudian yang terdekat. Perlu diingatkan bahawa “Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air mematikan api.”

Aamiin Ya Robbal ‘Alamin
(mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah). Wallahu’alam.
– Ustaz Iqbal Zain –

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI