handsome

Tidak dinafikan, wanita zaman sekarang memang mencari lelaki yang ada rupa dan berharta untuk dijadikan suami.

Soal lain dijadikan hal kedua kerana kriteria itu lebih diutamakan.

Namun sebenarnya lelaki yang kacak rupa parasnya bukan menjamin hidup jadi tenang tetapi lihatnya kesetiaan dan tanggungjawabnya.

Artikel Berkaitan: Tingginya Darjat Seorang Isteri, Doa Dipohon Confirm Dimakbulkan Allah. Ini Antara 16 Doa Boleh Diamalkan!

Bukanlah bermaksud kita tidak perlu menjadikan itu sebagai pilihan dalam mencari Imammu, tetapi pandang juga perkara lain, terutama tanggungjawab dia menyediakan segala keperluan zahir dan batin buat pasangannya.

“Cari Pasangan Yang Boleh Bimbing Ke Jalan Syurga. Tak ‘Handsome’ Tak Pe Asal Bahagia” – Pesan Imam Muda Hassan
Gambar sekadar hiasan.

Sedikit perkongsian ilmu dari Imam Muda Hassan di laman Instaram yang elok untuk kita jadikan pengajaran dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Percayalah, bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Sebelum Pilih Calon Suami, Lihat 4 Ciri-Ciri Ini Dahulu Untuk Jadi Sweet Couple Till Jannah

Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia.

Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu.

Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

Percayalah, bukan Handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya. Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia. Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu. Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya. Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan. Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan. Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat. So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome. Bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha 😄. Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”. 😄 Hassan Adli Suami handsome 😍 #jiwatenang

A post shared by Imam Muda Hassan (@imammudahassan) on

Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan.

Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan.

IKLAN

Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat.

So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome.

Bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha . Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”.

Hassan Adli
Suami handsome

Artikel Berkaitan: “Jangan Jadi Isteri Malang Buka Aib Suami, Kerana Dosanya Lebih Besar Dari Dosa Suami Pemalas” – Pesan Ustazah Asma Harun

Kredit Foto: Instagram Imam Muda Hassan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI