Bagaimana Rasulullah makan? Jika bercerita bab makan, rakyat Malaysia ramai yang ‘hantu makan’. Mereka sangat appreciate keenakan makanan; mahal tak apa janji sedap. Namun semasa menikmati makanan tu berapa ramai je yang ikut cara makan Rasulullah sebelum dan selepas?

Cuba baca senarai cara makan Rasulullah di bawah ini, dari 16 points ini, berapa yang kita selalu, jarang, sekali sekala dan tak pernah langsung amalkan? Jom check it out!

Artikel berkaitan:Ini Sebab Mengapa Kita Dilarang Lukis Gambar Rasulullah

Artikel berkaitan: 16 Amalan Harian Simple Rasulullah, Rugi Hidup Kita Kalau Tak Buat

Makan secukupnya dan tidak membazir

Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk makan sekadar mencukupi jangan berlebihan kerana itu satu pembaziran. Perut kita pun bukan lah besar sangat. Sebagaimana yang disebut Rasulullah, perut terbahagi kepada tiga bahagian; untuk udara, makanan dan minuman.

Sesungguhnya termasuk pembaziran bila kamu makan apa saja yang kamu bernafsu memakannya (HR Ibnu Maajah)

Hakikatnya, apabila kenyang, kita akan kurang cergas, mengeraskan hati, peratmbahan berat badan dan cepat mengantuk seterusnya menjejaskan produktiviti dan juga ibadah.

Membeli makanan secara atas talian jangan terlampau banyak bagi elak pembaziran

Berwuduk sebelum dan sesudah makan

Bukan hanya ambil wuduk untuk solat, tetapi Rasulullah turut berwuduk sebelum makan bagi menghindari gangguan syaitan dan menghilangkan kefakiran.

Makan dengan tangan kanan

Rasulullah SAW sentiasa makan dengan tangan kanan dan menurut para ilmuwan hal ini bermanfaat bagi kesihatan terutama untuk melatih saraf sensorik pada tangan. Sebagaimana disebutkan dalam hadis berikut;

“Hendaklah kamu sekalian makan dengan tangan kanan. Sebab syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya” (HR Muslim)

Ambil dan makan menggunakan tangan kanan bukan tangan kiri

Membaca Basmalah

Memulakan menyuap makanan dengan membaca Basmalah dapat menghindari gangguan syaitan yang dapat melemahkan iman dan ibadah seseorang.

Bagaimanapun, jika lupa membaca Basmalah sebelum makan maka bacalah kalimah “Bismillahi Awwa-lahu wa Akhirahu” seperti yang disebutkan dalam hadis;

Jika lupa membaca Bismillah, bacalah “Bismillahi Awwa-lahu wa Akhirahu” (Dengan nama Allah dari mula hingga akhir) (HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

IKLAN

Duduk semasa makan dan minum serta jangan bersandar

Jangan makan atau minum sambil berdiri mahupun menyandar. Makan dan minumlah sambil duduk dan sebaiknya makan lah dengan duduk secara bersila di lantai bagi menjaga kerendahan diri. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW

Aku tidak makan sambil bersandar. Aku adalah seorang hamba, maka aku minum seperti minumnya hamba dan makan pun seperti makannya seorang hamba. Janganlah ada seorang di antara kalian minum sambil berdiri” (HR Muslim)

Tidak mencela makanan

Bagaimana pun rupa dan rasa makanan dan minuman itu, jangan sesekali mencela atau mengkeji walaupun kita tidak menyukainya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW

Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan; Jika ia suka dimakannya, jika tidak suka ditinggalkannya (HR Al Bukhari dan Muslim)

Makan beramai-ramai

Rasulullah jarang makan sendirian, Baginda SAW selalu mengajak orang lain untuk makan bersamanya oleh kerana itulah seorang muslim hendaklah mengajak orang lain untuk makan misalnya ahli keluarganya.

Makanan yang baik dalam Islam adalah makanan yang banyak orang memakannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis berikut

Rasulullah SAW tidak pernah makan sendirian (HR Anas RA)

Makanan dua orang cukup untuk tiga orang, makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang (HR Al Bukhari dan Muslim)

Bersabar untuk mengambil makanan saat makan bersama

Jika makan bersama dengan orang lain atau ramai orang maka Rasul menganjurkan untuk bersabar hingga orang tua atau pemimpin mengambil makanan terlebih dahulu dan orang yang menyajikan makanan akan makan setelah orang lain makan.

Rasulullah SAW bersabda: Yang melayani minuman suatu kaum, hendaknya dialah yang terakhir orang yang minum (HR at-Tirmidzi)

Jangan tiup makanan

Kita suka meniup makanan yang panas. Sebenarnya cara ini harus dihindari kerana Rasulullah melarang kita untuk meniup makanan tatkala masih panas. Hal ini juga telah dibuktikan oleh para ahli kesihatan masa kini bahawa meniup makanan tidak baik untuk kesihatan.
Sebagaimana hadis berikut ini

Rasulullah SAW melarang orang untuk meniup-niup minuman atau makanan (HR Abu Dawud)

Makan dari tepian pinggan menghala ke tengah pinggan

Jika menikmati makanan, mulakan makan dari tepi pinggan. Makan hingga ke tengahnya seperti yang diamalkan Rasulullah SAW

Berkat itu turun di tengah-tengah makanan, maka makanlah dari tepi-tepinya dan jangan makan dari tengah-tengahnya (HR Abu Dawud, at-Tirmidzi)

Mengunyah secara perlahan dan mengecilkan suapan

Rasulullah selalu menyuap makanan dalam suapan yang kecil lalu mengunyahnya beberapa kali. Selain itu Baginda tidak menyuapkan makanan sebelum suapan yang sebelumnya selesai ditelan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW

“Kecilkan suapan dan baguskan mengunyahnya. Janganlah mengulurkan tangan pada suapan yang lain sebelum menelan suapan pertama”

Tidak guna perkakas makan daripada emas dan perak

Makan dengan perkakas emas dan perak adalah kebiasaan kaum kafir, oleh kerana itu Rasulullah melarang umatnya untuk tidak menggunakan perkakas yang terbuat dari logam tersebut.
Rasulullah SAW melarang kami minum dan makan dengan perkakas makan dan minum daripada emas dan perak (Mutafaq ‘alaih)

Minum dari gelas dan tidak minum sekali teguk

Selain makan dengan perlahan Rasulullah tidak minum air sekali teguk dan bagunda menggunakan gelas untuk minum bukannya dari teko.

Jangan minum sekaligus, ambillah jeda (ambil nafas) dua sampai tiga kali . Rasulullah jika minum bernafas sampai tiga kali (HR Al Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW melarang orang yang minum dengan membalik mulut kendi langsung ke mulutnya (HR Al Bukhari dan Muslim)

Menghabiskan makanan yang diambil

Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk makan secukupnya dan senantiasa menghabiskan makanan yang diambil untuk menghindari pembaziran serta untuk mendapatkan berkat dari makanan.

Rasulullah SAW bersabda; “Kamu tidak mengetahui di bahagian yang manakah makananmu yang berkat” (HR Muslim)

Membaca Alhamdulillah selepas makan

Makanan yang kita dapatkan dan makan setiap hari adalah pemberian dan rezeki daripada Allah SWT, oleh sebab itu setelah makan Rasulullah senantiasa mengucapkan syukur dengan membaca Alhamdulillah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis berikut ini

Rasulullah SAW jika selesai makan dan mengangkat hidangannya lalu membaca: Alhamdulillahi hamdan katsiran thoyyiban mubaarokan fihi, ghoiro makfiyin wala mustaghnan ‘anhu rabbana (segala puji bagi Allah, pujian yang sebaik-baiknya, yang baik dan berkat. Tiada terbalas, dan tidak dapat tidak, tentu kami memerlukan kepadanya, wahai Tuhan kami) (HR Al Bukhari)

Memberikan makanan yang digemarinya kepada orang lain

Rasulullah gemar berkongsi makanan dengan orang lain dan makanan yang dikongsikan adalah makanan yang digemarinya.

Janganlah kamu memberi makanan yang kamu sendiri tidak suka memakannya (HR Ahmad)