Berita yang amat mengejutkan pagi ini. Chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Penciptanya pada usia 29 tahun. Berita duka itu dikongsikan oleh sepupu Allahyarham, Natasha Amran menerusi laman Instagramnya.
“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.
“Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin,” tulisnya menerusi posting tersebut.
Jenazah Adam akan disembahyangkan di Masjid Telipot pada pukul 10 pagi ni
Dan akan di bawa ke tanah perkuburan Lemal, Pasir Mas.
Melalui instastory Natasha Amran, wanita ini turut berkongsi yang hajat Adam untuk dikuburkan di sebelah kuburan bapanya ‘tertunai.’
Selebriti dan pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Adam turut memuat naik semula posting tersebut di Instastory beliau dan berkongsi gambar mereka ketika kanak-kanak.
Seorang sepupu lelaki Adam yang enggan dikenali berkata, chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.
“Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.
“Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay,” katanya ketika dihubungi mStar pada pagi Ahad.
Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot.
Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.
Terdahulu, Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.
“Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya.
“Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda.
“Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi,” tulis Adam pada 20 Februari lalu.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
اَللَّهُ مَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”
Takziah buat keluarga arwah semoga arwah di tempatkan di kalangan para syuhada dan insan yang disayangi oleh Allah SWT. Aameen Aameen Ya Robb.
Sumber kredit: Natashaamran dan Mstar online
VIDEO KASHOORGA: