Chef Wan Mahu Serina Bercakap Benar Di Media Sosial, Inilah Sebab Agama Larang Kita Dedahkan Aib Sendiri

Share

Sejak semalam, orang ramai mengucapkan tahniah kepada pelakon Serina Redzuawan yang berkahwin buat kali kedua selepas perkahwinan pertamanya menemui titik noktah. Memilih seorang pegawai polis dikenali sebagai Aidid sebagai pasangan hidupnya, Serina berkongsi rasa gembira itu di instagramnya semalam.

Memilih hari Jumaat sebagai keberkatan majlis dan diadakan secara kecil-kecilan sahaja, Serina mengharapkan rumahtangga baru dibinanya kekal bahagia. Malah dirinya turut berkongsi Papanya memberikan restu. Kenduri juga akan diadakan selepas hari raya.

Namun semalam juga semuanya berubah apabila bapanya, Chef Wan menulis Serina bernikah di Siam.

“Kakak saya hantar gambar ini sambil bertanya, adakah anak saya sudah berkahwin? Saya terkejut. Dia umum dalam Instagram. Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah sebelum puasa. Dia kata dia dah nikah di Siam pun. Jantung saya bagaikan dipanah petir. Dalam pada itu, Chef Wan menjelaskan sebagai bapa, apa yang dilakukan anaknya itu cukup mengecewakan. Saya tidak melarang mereka bernikah. Pergi bernikah di Thailand kemudian baru beritahu saya, adakah bagus budi bahasa anak jenis begini?” luahnya.


Malah baru sebentar tadi di instagramnya juga Chef Wan meminta agar Serina tidak berbohong selepas Serina memuatkan naik luahan di instagramnya dan menafikan yang mereka bernikah di Siam seperti didakwa bapanya. Kata Serina, "Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah "TIDAK BENAR" KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.

Masa yang sama Chef Wan turut meluah rasa di instagram dan menasihati anaknya itu untuk berlaku jujur.

” Itu sebab lain kali Rina jika tak nak orang memburukkan kau fitnah itu dan ini berlakulah jujur. Buat segala cara betul dan jangan sesekali membelakang kan mak bapak! Sendiri buat sendiri tanggunglah.Over the years u have hurt me enough in all your past history and relationship. Enough is enough. I can only share the truth.


Kenapa agama melarang dedah aib sendiri?

Di sebalik kemelut yang berlaku dan kita sama-sama mendoakan agar kesejahteraan keluarga ini sempena Ramadan bakal tiba, agama melarang kita mendedahkan aib dan dosa sendiri di media sosial.

Berkata benar adalah sikap yang baik. Namun tidak semua hal boleh dibicarakan di media sosial kerana kita digalakkan menutup aib diri dan keluarga apatah lagi jika kita sememangnya dikenali ramai.

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa sahaja beriman dengan Allah dan kiamat, maka hendaklah dia bercakap dengan kata-kata baik atau berdiam diri. (HR Bukhari)
Antara sebab kenapa kita dilarang mendedahkan aib dan dosa sendiri ialah kerana bimbang jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai.

“Allah SWT tidak membenarkan hamba-Nya membuka aib orang lain di dunia kerana kesannya cukup besar dan dahsyat, malah di akhirat kelak, segala dosa di dunia akan dipertontonkan.

Jujurnya, tidak manusia terlepas dari melakukan dosa dan manusia juga bukan sempurna.

Nabi SAW pernah berpesan, walaupun setiap kita tidak lari daripada melakukan dosa, ia tidak bermakna kita dibenar untuk mendedahkan dosa yang pernah dilakukan sama ada secara senyap atau terbuka.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: “Rasulullah SAW bersabda; setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosa pada malam yang Allah SWT menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): “Saya melakukan dosa itu dan dosa tadi malam tadi, sedangkan Allah SWT menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah SWT menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyakkan sampul yang disediakan oleh Allah sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)

Jadi inilah sebab kenapa kita tidak harus terlalu terbuka di media sosial kerana dikhuatiri perkara lebih buruk berlaku di masa depan. Gambar : Ig Serina / Chef Wan

Published by
almaswa Haji Che Ros