
Isi Kandungan
ToggleCinta sehidup semati, saling mengasihi hingga ke akhir hayat. ‘Suami, isteri meninggal selang sejam.’ Sang isteri terlalu sedih hingga pengsan sebelum menghembuskan terakhir di samping suami.
Beginilah yang dikatakan cinta hingga ke akhir nyawa. Allah ambil kedua nyawa ini hanya dalam masa selang sejam.
Artikel Berkaitan:
Cinta Sehidup Semati
Kisah sepasang suami isteri warga emas di Jakarta, Indonesia menjadi tular apabila mereka menemui ajal dalam tempoh masa selang sejam, lapor laman berita Merdeka.
Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, orang ramai dilihat menghadiri majlis pengebumian jenazah pasangan dikenali sebagai Mbah Slamet dan Mbah Atun.
Saling Mengasihi Hingga Ke Akhir Hayat
Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Mbah Atun memberitahu bahawa dia tidak sanggup menahan kesedihan melihat suaminya meninggal dunia sehingga dia jatuh pengsan.
Selepas sejam kemudian, Mbah Atun pula disahkan meninggal dunia, menyusuli kematian Mbah Slamet.
“Pada pagi ini, jiran saya, Mbah Slamet meninggal dunia. Isterinya, Mbah Atun tidak dapat menahan tangisan dan kesedihannya sehinggakan dia tiba-tiba pengsan.
Suami, Isteri Meninggal Selang Sejam
“Selang sejam kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir, menyusuli suami tercinta.
“Inilah dia cinta sehidup semati. Mereka berdua pasangan suami isteri yang saling mengasihi dan setia hingga ke akhir hayat,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
“Definisi cinta sehidup semati. Semoga mati dalam keadaan husnul khotimah kedua-duanya,” kata seorang pengguna. – Agensi

Baca Di Sini:
Sehidup Semati, Pasangan Suami Isteri Warga Emas ‘Pergi’ Ketika Tidur
Kashoorga: Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman.
Sumber: Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bolehkah Isteri Solat Di Sebelah Kiri Suami Sebab Rumah Sempit

Isi Kandungan
ToggleMendirikan solat tidak semestinya di kawasan atau ruang yang luas sahaja. Selagi ada ruang yang sesuai dan bersih, maka solatlah di situ. Kediaman besar merupakan bonus untuk membolehkan satu keluarga sembahyang berjemaah dengan selesa, namun untuk kediaman sempit, ruang solat yang terhad bukan penghalang.
Susunan saf dilakukan secara kreatif dan optimum. Bagaimanapun timbul persoalan, bolehkah isteri sembahyang di sebelah kiri suami apabila keadaan ruang sempit yang kurang mengizinkan?
Kita baca penjelasan lanjut oleh Unit Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan kemusykilan ini.
Artikel berkaitan: Suami Isteri Rajin-rajinlah Solat Tahajud, Rasai Keajaiban Yang Akan Berlaku
Artikel berkaitan: Solat Berjemaah, Rahsia Kekal Bahagia Ustaz Don Dr Husna Sepanjang 8 Tahun Berkahwin
Soalan:
Assalamualaikum wrm. wbt.,
Sekarang tersebar di media sosial infografik yang menunjukkan isteri tidak boleh sembahyang di sebelah kiri suami, tetapi tempatnya adalah di belakang imam.
Soalan saya, bagaimana jika rumah itu sempit dan ruang solat yang ada tidak memungkinkan untuk isteri solat di belakang suami?
Jawapan:
Susunan saf lelaki dan perempuan ketika sembahyang
Ringkasannya ialah terdapat hadis riwayat daripada Anas bin Malik r.a yang menyatakan:
أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ ، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا ، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ
Maksudnya: “Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah SAW memakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda: “Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua.”
“Kemudian Rasulullah SAW berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.”
Riwayat Al-Bukhari (380)
Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah:
“Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan.”
Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/293)
Kemudian beliau menyebut hukum hakam berkaitan posisi makmum dan berkata:
“Konklusinya, sesungguhnya posisi-posisi yang disebutkan semuanya adalah berdasarkan perintah istihbab (galakan atau sunat). Jika para makmum menyelisihinya maka hukumnya makruh tetapi solat itu sah, seperti mana yang disebutkan oleh penyusun kitab (iaitu Imam al-Syirazi).
Begitu juga jika imam solat di posisi lebih tinggi daripada makmum, atau makmum tinggi daripada imam, tanpa ada keperluan.
Begitu juga jika makmum wanita terkehadapan berbanding saf lelaki selagi mana tidak terkehadapan mengatasi imam, atau makmum wanita solat bersebelahan imam atau sebelah makmum lelaki, maka sah solat wanita itu, dan juga solat orang lelaki, tanpa ada khilaf di sisi kami.” Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/297)
Perbuatan yang dimakruhkan ketika solat hilang kemakruhan apabila wujud keperluan
Dalam artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-480 : Susunan Saf Solat Jenazah Semasa Berlakunya Wabak, kami ada membahaskan kaedah fiqh:
الكَرَاهَة تَزُولُ بالحَاجَة
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan” Rujuk Ma`lamah Zayed (no.267)
Perkara-perkara yang dimakruhkan di dalam solat tidak menjadi makruh apabila terdapat keperluan untuk melakukannya.
Berkata Imam Abu Ishak al-Syirazi dalam al-Muhadzzab:
“Dimakruhkan untuk meninggalkan perkara sunat dalam solat dan dimakruhkan untuk memalingkan muka tanpa ada keperluan, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Dzar RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا يَزَالُ اللَّهُ تَعَالَى مُقْبِلًا عَلَى عَبْدِهِ فِي الصَّلَاةِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ فَإِذَا الْتَفَتْ صَرَفَ عَنْهُ وَجْهُهُ
“Allah sentiasa menghadap hambaNya semasa solat selama mana hamba itu tidak memalingkan muka, maka jika hambaNya memalingkan muka, maka Dia juga memalingkan MukaNya darinya.” Riwayat Abu Daud (no.909)
[maksudnya Allah sentiasa menurunkan rahmat dan keredhaanNya selama mana orang yang solat itu menjaga pandangan di dalam solat. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (2/161)oleh Ibn Hajar al-Haitami.]
Adapun jika terdapat keperluan maka tidak dimakruhkan berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas R.Anhuma bahawa Nabi ﷺ:

كَانَ يَلْتَفِتُ فِي صَلَاتِهِ يَمِينًا وَشِمَالًا وَلَا يَلْوِي عُنُقَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ
“Pernah memalingkan mukanya ke kiri dan ke kanan ketika solat tetapi tidak memusingkan tengkoknya memandang belakangnya.” Riwayat al-Tirmidzi (no.587)
[Disebut dalam Tuhfah al-Ahwadzi (3/159) oleh Syeikh Abu al-`Ala al-Mubarakfuri, Ibn Malak berkata: dikatakan bahawa Rasulullah ﷺ memalingkan wajah sekali atau beberapa kali yang sedikit bagi tujuan menerangkan bahawa perbuatan itu tidak membatalkan sembahyang, atau boleh dilakukan atas suatu keperluan mendesak.] Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (4/95)
Contoh lain, dalam hadis riwayat Abu Qatadah, bahawa Rasulullah ﷺ:
كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ، فَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا وَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا
“Pernah bersolat dalam keadaan mendokong Umamah bin Zainab binti Rasulullah ﷺ, anak Abu al-Aas bin al-Rabi`. Apabila baginda berdiri, baginda mendokongnya, dan apabila baginda sujud, baginda meletakkannya.”
Riwayat Muslim (543)
Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Muslim (5/34):
“Diharuskan untuk melakukan perbuatan yang sedikit di dalam solat, maka jika langkah dua kali itu tidak membatalkan solat tetapi lebih utama tinggalkan melainkan ada keperluan, sesungguhnya pergerakan kerana keperluan itu tidak dimakruhkan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi ﷺ.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa dibenarkan untuk imam sembahyang di atas tempat yang lebih tinggi daripada tempat makmum-makmum, tetapi hukumnya adalah dimakruhkan apabila tempat imam lebih tinggi atau tempat makmum lebih tinggi, melainkan kerana hajat.
Maka jika ada hajat keperluan seperti tujuannya untuk mengajar perbuatan-perbuatan sembahyang maka tidak dimakruhkan bahkan sunat berdasarkan hadis ini. Begitu juga apabila seorang makmum bertujuan mengajar makmum lain perbuatan solat imam yang memerlukan tempat yang tinggi.”
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung kepada pendapat tidak batal solat, tidak diharamkan bahkan tidak dimakruhkan seorang isteri bersembahyang di sebelah kiri suami sekiranya ruang di rumah itu sempit kerana ada keperluan.
Wallahua`lam.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Tak Boleh Tengok Orang Hidup Senang.’ Jangan Jadi Manusia Busuk Hati, Banyakkan Istighfar & Bertaubat

Isi Kandungan
Toggle‘Tak boleh tengok orang hidup senang.’ Jangan jadi manusia busuk hati, banyakkan istighfar & bertaubat sepaya tak menyakiti hati orang lain.
Lumrah manusia kadang-kadang terkhilaf, namun sesekali jangan menjadi manusia busuk hati. Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, manusia yang busuk hati ni memang wujud.
Artikel Berkaitan: Jaga Mulut! Habib Ali Zaenal Kongsikan Siapa Tidak Menjaga Lisan Di Dunia Akan Dicampakkan Ke Neraka
Tak Boleh Tengok
Jenis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang. Serba tak kena. Ada saja yang nak dikacaunya. Ada saja idea jahatnya.
Orang yang macam ni, dia sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia tak suka tu menderita. Ada yang sampai ke peringkat hantar sihir dan juga santau berkali-kali.
Kalau tak boleh guna kekerasan fizikal, dia akan guna ketajaman lidah untuk mengata. Mulut sebusuk bau longkang. Adu domba, fitnah dan menghasut orang lain tu macam biasa tak rasa apa-apa.
Jangan Jadi Manusia Busuk Hati
Kalau di media sosial ni, mereka akan jadi keyboard warrior dengan bahasa kesat tak ada ampun punya. Kadang-kadang tu, sampai sanggup buat fake account semata-mata nak mengata orang lain. Suka sangat jadi nasi tambah dan batu api.
Busuk sungguh hatinya!
Baca Juga Di Sini:
Ini 7 Persiapan Rohani Sebelum Pergi Tunaikan Umrah Antaranya, Kena & Jaga Mulut
Siti Elizad Sedih Dengan Tuduhan Mandul, Mufti WP Kongsi Mulut Punca Ramai Manusia Ke Neraka
Banyakkan Istighfar & Bertaubat
Kawan-kawan…
Jangan kita jadi orang yang busuk hati. Jadilah orang baik-baik yang suka dengan kebaikan.
Seronok bila tengok orang lain bahagia. Sedih dan simpati bila tengok orang lain susah dan menderita.

Banyak-banyak istighfar dan bertaubat. Minta Allah bimbing kita supaya jadi orang yang baik.
Hidup tenang-tenang saja. Nanti nak mati pun senang. Sebab Allah akan seru hanya jiwa yang tenang untuk balik mengadap-Nya dalam keadaan redha dan diredhai.
Selamat pagi.
Sumber : Ustaz Khairul Anuar Basri
Follow kami di Facebook , Website , Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Laksana Projek Wakaf Al-Quran, Bantu Beri Peringatan & Kesembuhan Buat Pesakit COVID-19

Pelbagai cara boleh dilakukan dalam menghulurkan sumbangan untuk membantu negara dalam memerangi wabak koronavirus ini.
Ada yang menghulurkan sumbangan makanan dan membuat baju perlindungan PPE kepada frontliner kita.
Malah ada juga para dermawan menghulurkan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita sama-sama membantu negara dalam memerangi wabak virus COVD-19 yang sangat merbahaya ini.
Dalam pada itu, bagi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) juga turut mengambil peluang yang sama dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk pemberian wakaf Al-Quran.
Sebanyak 15,000 naskhah al-Quran disasarkan untuk pelaksanaan Projek Wakaf al-Quran Ke Hospital, pusat kesihatan dan pusat kuarantin di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seluruh negara.
Lebih menarik, projek wakaf khas itu bertujuan mengaktifkan #QuranTime Corner menjelang Ramadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, inisiatif berinteraksi dengan al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan amalan itu merupakan projek bersama TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, WUIF, Majlis Dakwah Negara, Solidariti Ummah untuk Ummah.
“Sehingga jam 9 pagi Selasa ini sebanyak 10,309 naskhah Al-Quran wakaf telah kami terima. Kami juga turut mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
“Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang kami berikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
“Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah kami buat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
“Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanafaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
“Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
“Wakaf Quran inj juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.

“Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
“Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahirl ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah,” katanya lagi.
Untuk menyumbang sebagai pewakaf al-Quran, orang ramai boleh mendaftar di bit.ly/wakafquranhospital. Bayaran wakaf boleh dibuat kepada Warisan Ummah Foundation melalui nombor akuan Maybank Islamik 564276516031 atas nama dengan rujukan Wakaf Quran.
Sewaktu pembayaran dilakukan, turut disarankan untuk meniatkan wakaf tersebut atas nama penyumbang. Slip pembayaran boleh dihantar ke http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
#HaveFaith
#JanganPutusAsaMalaysia
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI