Di media sosial, ramai pasangan muda khususnya di kalangan instafamous yang sering menampilkan kehidupan mewah mereka dan kemudian mengadakan banyak kejutan buat pasangan. Kemudian ia menjadi viral kerana ramai pengikut mereka memuji-muji gaya hidup pasangan sebegini.

Namun dalam kehidupan realiti, bukan semua orang mempunyai harta kekayaan sebegitu tapi masa yang sama bukan bererti mereka tidak mampu bahagia mengikut acuan mereka. Ini kerana bahagia itu perlu dicipta, bukan dicari. Kerana ia menurut acuan yang kita lakukan, bukan mengikut apa orang tentukan.

Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @alyasugarstylo, wanita ini yang juga bertindak sebagai advisor produk Thermomix berkongsi kebahagiaan rumahtangga dilaluinya sekali pun beza dirinya dan pasangan, Wan Ridzuan  berjarak 19 tahun.

IKLAN

Bertemu jodoh dengan seorang duda bercerai mati di mana dirinya berusia 25 tahun sementara suami 44 tahun, jelas Alya, sekali pun beza usia hampir 20 tahun tahun tapi suaminya amat rajin melayan anak-anak malah tidak pernah memukul mereka sama sekali. Bahkan suaminya turut rajin sama membantu memasak di dapur.

IKLAN

Kata Alya lagi, cinta tak perlu kaya, cukuplah dia baik untuk kita dan anak-anak. Malah dapat dilihat dari perkongsiannya, suaminya amat rajin melayan anak-anak. Kalau berjalan-jalan ke pusat beli belah, suaminya dilihat menjaga anak-anak dengan baik. Malah Alya turut menjaga anak-anak hasil perkahwinan terdahulu suaminya itu iaitu Ammar, 9 tahun seperti anak sendiri.

IKLAN

Inilah dikatakan rezeki dalam perkahwinan. Semua orang mengimpikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Malah setiap jodoh juga sudah ditentukan oleh Allah SWT. Bersyukur jika kita dikurniakan pasangan yang baik kerana itulah rezeki dari Allah SWT.

https://www.tiktok.com/@alyasugarstylo/video/6997643865754815770?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI