Salah satu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kewajipan mencintai, menghormati, memuliakan, menzahirkan sokongan serta mengikuti para sahabat Rasulullah saw serta tidak boleh membenci seorang pun di antara mereka. Sesungguhnya Allah memuliakan mereka dengan hidup bersama RasulNya, mereka berjihad dan bersama menolong agama Islam, betapa tinggi kesabaran mereka dalam menghadapi kaum musyrik serta hijrah mereka meninggalkan negeri dan harta.
Allah SWT telah berfirman:
{Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” [Al-Hasyr : 10]
Ayat ini merupakan dalil wajibnya mencintai para sahabat kerana mereka telah memberi sumbangan yang besar terhadap generasi setelah mereka. Jika sesiapa mengutuk atau menghina salah seorang di antara mereka atau berkeyakinan bahawa salah seorang daripada mereka tidak baik maka ia tidak berhak menerima warisan ilmu dan qudwah para sahabat.
Hisyam bin Urwah dari ayahnya ra.hum, meriwayatkan, Ummul Mukminin Aisyah ra berkata kepadaku: “Wahai anak saudaraku, mereka diperintahkan untuk membaca istighfar bagi sahabat-sahabat Nabi SAW. Tetapi mereka malah mencerca para sahabat”. [Riwayat Muslim, 4/2318]
Siapakah sahabat?
Tetapi apakah kita faham dan jelas siapakah yang dimaksudkan dengan para sahabat Nabi s.a.w ini? Ia berasal daripada bahasa Arab dari perkataan sahabah (as-sahaabah), iaitu mereka yang mengenal dan melihat secara langsung Nabi Muhammad s.a.w membantu perjuangannya dan meninggal dunia dalam keadaan Muslim. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata: “As-Sahabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam”. [Kitab Al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah, karya Ibnu Hajar, hal. 101.]
Kebanyakan ulamak Muslim memberi takrif yang sama tentang para sahabat iaitu sebagai mereka yang mengenal Nabi Muhammad s.a.w, mempercayai ajarannya, dan meninggal dalam keadaan Islam. Para sahabat utama yang sering disebut ialah antara 50 sehingga 60 nama yakni mereka yang sangat rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w. Sahabat juga dikenali sebagai murid Baginda s.a.w.
Pengenalan khas terhadap sahabat nabi, termasuk kedudukan dan sifat merupakan hal yang penting dalam dunia Islam kerana ia dapat digunakan untuk menilai kesahihan sesuatu hadis mahupun perbuatan Rasulullah yang diriwayatkan oleh mereka.
Umat Islam, umat Nabi Muhammad s.a.w terutama generasi sahabat adalah umat yang hidup dalam ketaqwaan, amal soleh, ibadat yang sempurna, kebahagiaan, penuh dengan kasih sayang, tolong menolong dan bertolak ansur. Ini semua setelah datangnya Islam, yang dibawa oleh Baginda s.a.w yang membawa cahaya kehidupan kepada suatu kaum manusia yang hidup dalam kegelapan dan kejahilan (jahiliyyah).
Suasana ini telah berubah apabila mereka berpegang di atas landasan tauhid yang satu, maka lahirlah al-Ukhuwwah fillah, iaitu persaudaraan kerana Allah. Dengan ukhuwwah ini para penggembala kambing telah menjadi pemimpin yang agung dan hebat, yang berjaya menguasai dunia dan mengembangkan tamadun manusia dengan agama fitrah ini.
Ibnu Batthah dah lainnya meriwayatkan hadis Abu Badar, dia mengatakan, Abdullah bin Zaid mengatakan kepada kami dari Talhah Bin Mutharrif, dari Mus’ab bin Sa’ad dari Sa’ad bin Abi Waqqas, dia mengatakan: “Manusia terdiri dari tiga peringkat. Dua peringkat sudah berlalu dan satu peringkat yang masih ada. Maka, sebaik-baik kalian adalah yang mendapat peringkat yang masih ada”. Kemudian ia membaca ayat: {(Juga) bagi orang yang fakir yang berhijrah yang telah diusir keluar dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan redha-Nya dan mereka yang menolong agama Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang-orang yang benar.” [Al-Hasyr: 8].
Ads
Mereka adalah daripada kaum Muhajirin dan peringkat ini telah berlalu.
Kemudian dia membaca ayat:
{Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tidak menaruh keinginan dalam hati mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara daripada kemiskinan dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung.} [Al-Hasyr:9].
Mereka adalah kaum Ansar, dan peringkat ini telah berlalu.
Kemudian dia membaca ayat:
{Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, “Wahai Tuhanku berikanlah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang}. [Al-Hasyr:10].
“Generasi al-Quran yang unik”
Maka tidak diragukan lagi bahawa golongan Syiah Rafidhah tidak termasuk daripada peringkat ketiga daripada golongan ini kerana mereka tidak beristighfar untuk para sahabat, bahkan mencerca mereka dan di dalam hati mereka pun penuh rasa benci kepada para sahabat.
Ulamak mengatakan ayat-ayat ini mengandungi pujian bagi kaum Muhajirin dan Ansar serta generasi setelahnya yang membaca istighfar untuk mereka dan memohon kepada Allah agar tidak ada kebencian terhadap mereka.
Ia juga mengandungi sanjungan bagi para sahabat dan golongan Ahli Sunnah yang datang setelah mereka sekaligus menyelar mereka yang tidak menghormati para sahabat bahkan paling teruknya membenci, mengutuk, menghina dan mencaci maki para sahabat seperti golongan tertentu dari kalangan Rafidhah. [Minhaj As-Sunnah 1/153]
Para sahabat telah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah antara golongan manusia yang paling baik?” Jawab Baginda: “Mereka yang ada pada kurunku, kemudian mereka datang yang selepas itu, kemudian mereka yang datang selepas itu. Kemudian datang satu kaum yang mana penyaksian seseorang mereka mendahului sumpahnya dan sumpah mendahului penyaksiannya. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Ads
Berdasarkan hadis ini, para ulamak telah sepakat bahawa generasi yang paling baik yang pernah wujud dalam sejarah ialah generasi Nabi s.a.w iaitu para sahabat Baginda. Mereka juga digelar sebagai “Generasi al-Quran yang unik”.
Satu bukti keunikan dan keistimewaan ukhuwwah para sahabat golongan Ansar dan Muhajirin dapat dilihat melalui kisah yang amat menarik dan terbaik melalui riwayat dari Anas bin Malik ra:
“Apabila Nabi s.a.w mempersaudarakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar setelah peristiwa Hijrah ke Madinah, salah seorang yang Baginda persaudarakan adalah Abdul Rahman bin Auf (Muhajirin) dan Sa’ad bin Ar-Rabi’ (Ansar). Sa’ad bin Ar-Rabi’ kemudian menawarkan hartanya untuk dibahagi dua kepada Abdul Rahman bin Auf sebagai saudaranya. Tidak cukup dengan itu, beliau yang memiliki dua orang isteri juga menawarkan salah seorang isterinya untuk dinikahkan dengan Abdul Rahman bin Auf (setelah dicerai dan tempoh ‘iddahnya selesai). Tetapi, Abdul Rahman bin Auf menolak kedua-dua tawaran itu dengan baik dan meminta untuk ditunjukkan pasar supaya beliau dapat memulakan perniagaannya sendiri. Akhirnya Abdul Rahman bin Auf memperolehi keuntungan yang besar dalam perniagaannya serta berkahwin dengan seorang perempuan Ansar.” [Riwayat Bukhari].
Lihatlah, bagaimana tautan sebuah persaudaraan kerana Allah yang erat antara kedua sahabat Nabi s.a.w tersebut sehinggakan Sa’ad bin ar Rabi’ seorang yang kaya tidak berasa keberatan sedikitpun untuk membahagi dua hartanya dan menceraikan salah seorang isterinya untuk diberikan kepada saudara seislamnya, Abdul Rahman bin Auf, r.anhuma.
Alangkah malang dan sedihnya kita pada zaman ini, yang tidak mungkin menjumpai lagi seorang sahabat yang begitu ikhlas dan mulia seperti Sa’ad bin Ar-Rabi’.
Telah hilang zaman itu bersama hilangnya pula seorang sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf yang tidak pernah terfikir untuk cuba mengambil kesempatan dan peluang di atas kebaikan yang dihulurkan!!!
Seorang lelaki telah menemui seorang Syeikh sambil bertanya: “Di manakah golongan…. {Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan…} [Al-Baqarah: 274]
Jawab Syeikh: “Mereka telah pergi bersama golongan {…. mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak..} [Al-Baqarah: 273].”
Ads
Cintailah para sahabat
Orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan saling berkasih-sayang sesama mereka dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah, tanpa mempunyai tujuan atau kepentingan juga mengharapkan balasan. Apabila saudara mereka bergembira mereka turut senang hati dan apabila saudara mereka ditimpa ujian dan kesulitan pula, mereka juga turut berduka cita dan cuba membantu sedaya mungkin.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Perumpamaan orang yang beriman dalam cinta dan kasih sayang sesama mereka adalah bagaikan satu tubuh yang bila salah satu anggota tubuh mengeluh sakit maka seluruh anggota tubuh yang lain tidak dapat tidur dan selalu merasa panas”. [Riwayat Muslim].
Allah SWT juga menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar
Ini adalah janji mulia bagi seluruh sahabat, selari dengan firman Allah SWT yang berikut: {Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada setiap mereka (balasan) yang lebih baik.} [Al-Hadid:10]
Semua sifat dan contoh ini ada pada para sahabat dan telah dimanifestasikan dengan cemerlangnya sebagai panduan dan ikutan untuk kita ummat akhir zaman yang serba kekurangan dan penuh kelemahan iman.
Maka wajiblah bagi kita mencintai para sahabat Rasulullah s.a.w, redha Allah ke atas mereka semua, juga mengikut suruhan Rasulullah s.a.w yang telah bersabda:
“Jangan kamu mencerca para sahabatku. Sesungguhnya jika ada di kalangan kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, ia tidak mencapai (nilai) secupak (makanan) atau setengahnya yang dibelanja oleh mereka.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Semua faktor ini tiada bandingannya, sama ada ketaqwaan, kesucian jiwa, keikhlasan amal, pengorbanan pada waktu yang getir, berkorban secara langsung untuk insan yang disayangi oleh Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w, maka pastilah kedudukan dan nilai amalan mereka melebihi amalan kita semua.
Cinta sahabat adalah wajib maka sebagaimana kita mencintai Nabi kita Muhammad s.a.w maka pastilah harus kita mencintai para sahabat Baginda yang rela berkorban segalanya untuk Islam dan mencintai Rasulullah s.a.w lebih daripada diri sendiri dan ibu bapa mereka!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ertinya: “Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mahu menolong saudaranya.” (HR. Muslim).
Atas doa dari semua, ternyata urusan Ustaz Ebit Lew dan team dipermudahkan oleh Allah SWT. Walau hampir sebulan menunggu diberi kebenaran namun sikap sabar itu kini membuahkan hasil apabila Ustaz Ebit berkongsi dirinya kini sudah selamat tiba di bumi barakah, Palestin untuk memberi bantuan secara terus kepada rakyat di sana.
Berikut perkongsiannya:
Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.
Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita.
Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.
Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.
Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.
Nak dapat suami sebaik Ustaz Ebit Lew, jom sertai webinar jodoh kami. Kami akan ajarkan wanita cara mengenal imam solat yang akan bersama-sama memimpin ke syurga Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) minggu lalu.
Bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu dibuat oleh Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.
Tunai Tanggungjawab
Menurut, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf, dia terkejut mampu mencapai jualan sebanyak RM400,000 sejak berada di pasaran pada September tahun lalu.
“Sepanjang empat bulan, produk saya sudah mencecah jualan sebanyak itu (RM400,000),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Pelajar Tingkatan 2
Di samping itu, jelas Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya, melihat kepada nilai jualan, ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayahnya, Mustaman Che Yusof memberi nasihat supaya menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat.
Ujarnya, tanpa berlengah dia terus berbuat demikian dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.
“Alhamdulillah, saya lega dapat berbuat demikian dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Bayar Zakat Perniagaan RM 10K
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, dia tidak menyangka perniagaan yang bermula di TikTok itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dia berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan penuh kepada produk keluarannya itu.
Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, dia terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya itu untuk berzakat.
Dalam masa yang sama, dia berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) danal-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465).
Satu perkongsian menarik dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di fbnya mengenai sikap tawaduk usahawan hartanah bertaraf jutawan, Muhammad Azlan Al-Amin sudah cukup membuat kita sedar bahawa tidak miskin seseorang jika suka bersedekah. Bahkan sikap merendah diri ditunjukkan oleh hartawan ini amat terpuji.
Jutawan ini bercita-cita nak bina 100 buah surau untuk kegunaan masyarakat islam
Baca perkongsian dibuat olehnya:-
Apabila saya musafir ke Kelantan baru-baru ini, saya berkesempatan melihat realiti kehidupan Muhammad Azlan Al-Amin dari dekat. Saya sudah menjangka akan kesederhanaan cara hidupnya. Namun saya terkejut, apa yang saya lihat sangat di luar jangkaan sama sekali.
Bayangkan, seorang yang sudah memiliki asset ratusan juta, tinggal di rumah yang ‘sangat-sangat’ sederhana. Saya berpeluang melihat sendiri ruang tamu, bilik tidur, dapur tempat beliau, isteri dan lima orang anak-anaknya berteduh.
Saya tertanya-tanya dalam hati, mengapa cara hidup itu yang dipilihnya? Saya mengenali beberapa orang berharta, yang punya villa agam, pusat penempatan eksklusif dengan beberapa buah banglo untuk keluarga masing-masing. Ya, semua itu boleh saja. Halal. Bukan haram.
Tetapi Azlan Al Amin sebaliknya. Ketika saya bertanya untuk mendapat jawapannya, adiknya Mustakim, berkata, “puas kami pujuk dia untuk duduk di rumah yang lebih baik, tetapi abang enggan. Dia bina surau untuk orang kampung. Dan kemudian bina surau untuk ahli keluarga besarnya…”
Saya renung, rumah bercat hijau memanjang di tengah sawah, kenapa reka bentuknya begitu polos dan begitu ringkas sekali. Selayaknya sebuah asrama pelajar sahaja. Begitu rendah sekalikah citarasa jutawan muda ini?
Ini mengingatkan kepada cita-cita yang dinyatakan kepada saya satu ketika dulu. Dia impikan untuk membina sebuah pusat tahfiz yang dibiayai sepenuh olehnya. Itulah cita-citanya yang mendorong membina bangunan bercat hijau di tengah kehijauan sawah itu.
Namun, dalam perbincangan kami, dia akhirnya akur dengan pandangan kedua yakni, tidak perlu membina pusat tahfiz baru sebaliknya, bantu dan biayai sahaja pusat tahfiz dan pelajar-pelajar yang sudah dikenal pasti.
Seingat saya, sejak itu dia mula menambah bilangan pelajar tahfiz yang dibiayainya di dalam dan di luar negara. Alhamdulillah saya bersyukur, dia akhirnya akur untuk menyerahkan urusan kepada ahlinya dan dia sendiri boleh terus fokus kepada perniagaannya.
Dia begitu lasak. Tangkas, dan adakalanya terlalu keras buat dirinya. Lalu hati saya tertanya-tanya, bagaimana isteri dan anak-anaknya? Mampukah mereka juga mengikut jalan hidup yang dipilihnya?
Lalu saya dapat melihat sendiri sebuah rumah kecil di tepi reban ayam dan kandang lembu yang dihuni oleh Azlan dan isterinya bertahun-tahun sebelum itu. Sangat daif.
Ketika saya bertanya, mengapa rumah sekecil itu dihuninya walaupun pada ketika itu dia telah menjadi jutawan?
Beliau berkata perlahan, “saya hendak melatih dan mendidik isteri serta anak-anak agar terbiasa susah dan tidak terikat dengan kesenangan. Supaya saya boleh terus mencapai cita-cita…”
Mereka yang luar biasa dan hati luar biasa saja tak akan kisah di lokasi mana untuk menikmati rezeki.Sentiasa merendah diri walau hidupnya dikelilingi duit
Apa cita-citanya?
Pada malam itu, di tepi sawah, dalam simbahan cahaya bulan, diiringi tiupan angin malam…beliau bersuara perlahan membisikkan cita-citanya:
“Azlan ingin menbina seratus buah surau dengan kelengkapan yang sempurna untuk kegunaan masyarakat Islam…”
Saya terdiam. Teringat sebuah tulisan lama:-
“Mengapa ada orang mati kelaparan? Kerana ramai orang yang mati kekenyangan. Jika sikaya itu sudi mengurangkan sedikit sahaja daripada kemewahannya nescaya ramai orang miskin terlepas daripada kesusahannya. Yang lebih pada sikaya akan memudaratkan kerana itu hakikatnya hak simiskin yang perlu diinfaqkan.”
Saya yang menulis, apakah beliau yang akan merealisaikannya? Insya-Allah saya berdoa untuknya dan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai impian yang sama. Insya-Allah. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...