Dalam mengharungi kehidupan berumahtangga, ada pahit dan manisnya. Rasa manis apabila isteri selalu rasa disayangi, diberikan perhatian, tidak disakiti hatinya, tidak dicurangi malah segalanya cukup hingga isteri berasa selamat dalam kasih sayang suami.

Tidak dinafikan, dalam mengharungi alam rumah tangga, adakalanya kita bermasam muka, tidak bersependapat, dicurangi, ditipu bahkan berbagai alasan sehingga hati kita berasa tawar dan hanya menjalankan tanggungjawab “biasa-biasa” atas tiket bernama isteri.

Alangkah ruginya jika di dunia kita bermasam muka, bergaduh bersama pasangan hingga lupa menikmati saat indah sebagai suami isteri. Ini kerana ijab dan kabul yang dilafazkan oleh suami akan terlerai saat kedua antara kita dipisahkan oleh ajal. Lebih menakutkan, di akhirat kelak, kita tidak akan kenal satu sama lain sekali pun pernah hidup bersama sebagai suami isteri di dunia.

IKLAN

Teringat satu perkongsian dari Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani di slot Mua’izati di IKIMfm suatu ketika dahulu, di mana menurutnya manusia akan berkumpul di Padang Mahsyar apabila berlaku hari Kiamat dengan pelbagai ragam.

Sahl bin Saad menceritakan Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Akan dikumpulkan manusia di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat nanti di atas bumi yang putih, seperti kamu berada di atas kepingan roti yang dalam keadaan kosong, masing-masing tidak mengenali di antara satu sama lain."

IKLAN

Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Khatir daripada Abdullah bin Masud menceritakan bahawa Rasulullah bersabda; "Manusia dikumpulkan pada Hari Kiamat dalam keadaan lapar yang tidak pernah dialami sepanjang hidupnya dahulu, berasa haus yang tidak pernah dirasainya ketika hidupnya, dalam keadaan telanjang yang tidak pernah dilalui sebelum berada di Padang Mahsyar. Dalam keadaan keletihan yang belum pernah dirasai sebelum ini dan pada saat itu manusia benar-benar berada di dalam keadaan pelbagai ragam."

IKLAN

Dalam pada itu, semua manusia akan di dibangkitkan dan dihimpunkan di Padang Mahsyar dalam keadaan berbogel. Jika di dunia kita berasa malu mendedahkan aurat kepada bukan abjabi tetapi ketika di Padang Mahsyar, tidak ada seorang pun yang berkesempatan atau berpeluang untuk melihat aurat orang lain (sebagaimana keinginan kita di dunia) kerana keadaan huru-hara dan suasana kelam-kabut sekali sehingga dia sendiri tidak sedar yang dia juga dalam keadaan berbogel, inikan pula keadaan orang lain.

Jadi, sentiasalah penuhkan jiwa kita dengan kasih sayang terhadap pasangan. Jika ada sebarang kekurangan belajar untuk memaafkan secepatnya agar kita tidak menjadi orang rugi di dunia kerana “kedekut” untuk belajar mencintai pasangan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI