Kerohanian

Ciri-Ciri Haji Mardud, Haji Yang Ditolak

Share

Bagi yang mengerjakan haji sudah tentu mendoakan beroleh haji yang mabrur. Namun lawan pada haji mabrur adalah haji mardud.

Haji mardud adalah tingkatan haji yang paling akhir. Haji mardud adalah haji yang tidak diterima kerana kekurangan syarat-syarat dan rukun-rukunnya atau sebab-sebab yang lain.

Alangkah ruginya jika menunaikan haji tapi tidak diterima. Justeru apa ciri-ciri haji mardud?

Berikut adalah beberapa ciri-ciri haji mardud yang boleh kita ambil iktibar dan pelajari

1. Menunaikan haji bukan dengan niat beribadah, melainkan untuk pujian dan dihormati oleh manusia.

2. Pergi menunaikan haji dengan harta yang tidak bersih dari sumber yang haram.

3. Melaksanakan haji tanpa mengikut manasik atau tidak melaksanakan haji mengikut rukun dan syarat-syaratnya.

4. Menunaikan ibadah haji dengan membawa rutin atau kebiasaan-kebiasaan yang bermuatan dosa dan maksiat.

5. Selepas pulang dari menunaikan haji tapi tidak berubah menjadi lebih baik, masih melakukan perbuatan dosa dan maksiat, melakukan korupsi, meninggalkan solat dan lain-lain.

Sumber: Inilah

Published by
Team Kashoorga