Hari ini, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kandungan cerita. Ada membawa banyak kebaikan dan tidak kurang dengan hal-hal lagha yang konon mengajak orang ketawa. Tanpa menyedari ia sebenarnya cuba membawa budaya salah dan melalaikan masyarakat.
Mungkin ramai beranggapan kenapa nak serius sangat kerana ia sekadar kandungan cerita?. Namun kalau budaya songsang khususnya lelaki berperwatakan wanita, wanita berperlakuan seperti lelaki tidak ditegur, ia akan menjadi normalisasi dalam masyarakat dan terus dianggap biasa sedangkan ia melanggar hukum syara’.
Hal ini mendapat teguran dari PU Syed yang melihat terlalu banyak budaya songsang di aplikasi Tik Tok dan mereka ini mengumpul ratusan ribu pengikut yang barangkali menganggap ia sekadar hiburan sedangkan ia mendatangkan dosa.
Ini perkongsiannya :-
Ads
Antara budaya songsang yang menjadi ikutan umat Islam, khususnya remaja ialah budaya perempuan menyerupai lelaki dan Begitu juga bagi golongan lelaki yang sudah mula berpakaian perempuan sama ada lakonan atau realiti sebenar.
Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan dalam buku beliau menyebut bahawa: "Pemuda-pemudi kita telah dilanda gelombang penyerupaan dan ikutan membabi buta. Justeru, semestinya tanggungjawab terhadap pendidik merawat penyakit ini dengan cara yang baik." Tanpa berprasangka, inilah antara dakyah musuh-musuh Islam untuk merosakkan kemuliaan umat Islam itu sendiri.
Ads
Dengan menginsafi apa yang dinyatakan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad: "Apabila hukum syara’ diukur dengan nilai liberal, hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syara’ boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syara’ akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan sebagai tidak sah."
Hukum tasyabbuh atau menyerupai jantina yang berlainan adalah HARAM bahkan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah SWT melaknat orang yang melakukannya dengan lisan Nabi SAW. Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:-
Ads
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ
Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
Cukup-cukuplah buat lakonan yang mendatangkan dosa apatah lagi semata-mata untuk berbuat lawak dengan hukum syarak!! PU Syed
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pada Sabtu lepas, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 7.1 magnitud.
Gempa bumi itu menghasilkan gegaran kuat sepanjang pantai timur Jepun dan turut dirasai di Tokyo menurut laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Jepun.
Agensi meteorologi Jepun berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 11.08 malam waktu tempatan di kedalaman 60 kilometer (km) Laut Pasifik, tidak jauh dari Fukushima namun tiada amaran Tsunami dikeluarkan. Malah media tempatan melaporkan bekalan elektrik terputus sehingga menjejaskan ribuan kediaman di wilayah Tohoku dekat timur Jepun.
Diberitakan juga seramai 24 orang mengalami kecederaan lapor berita Kyodo.
Di sebalik berita gempa kuat melanda itu, viral satu video seorang pemuda tetap khusyuk solat saat gempa bumi itu terjadi. Hal ini dikongsikan dari rakaman video dari akaun twitter @dikurn.
Dalam rakaman berkenaan, terlihat botol bergoncang kuat sementara pemuda itu tetap kusyhuk menunaikan solat tanpa menghentikannya langsung. Dirinya tetap berdiri tanpa ada rasa khuatir untuk menghentikan solat atau melarikan diri.
Sementara kawannya tetap merakam video tersebut walau pungoncangan jelas kelihatan. Malah rakannya yang meraka sempat beristigfar mengucapkan astagfirullahaladzim beberapa kali.
Di video tular tu, dirinya menulis, “Japan gempa, bangunan anti gempa. Rasanya kayak main wahana digoyang-goyang.”
Wanita kena elak post gambar, video tak menutup aurat. ‘Walaupun dalam private group, bimbang tersebar nanti sudahnya mengundang fitnah.
Tidak dinafikan ada wanita terbuka berkongsi gambar tidak menutup aurat seperti tak bertudung dalam group private dengan harapan tiada siapa yang akan sebarkan.
Kita tak tahu hati manusia kan, kadang-kadang bila berlaku perkara tak terduga dalam hubungan, akhirnya gambar atau video tersebut dijadikan modal.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini,
Soalan
Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan dekat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam.
Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Justeru itu, bagi mengelakkan segala kemudaratan dan maksiat, menjadi satu kewajipan untuk memuat naik yang menutup aurat dengan sempurna serta tidak melanggar adab, etika dan kesopanan seorang muslim.
Video Tak Menutup Aurat
Huraian Jawapan
Dengan kemunculan dan pembaharuan pelbagai sistem tetapan dan ciri yang menarik di media sosial, pengguna media sosial ini perlu mengamalkan adab dan etika serta sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada diri, agama dan negara.
Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
Surah al-Nur (30-31)
Walaupun Dalam Private Group
Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.
Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.
Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.
Riwayat al-Bukhari
Bimbang Tersebar
Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu.
Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)
Oleh yang demikian, memuat naik gambar atau video yang tidak menutup aurat dengan sempurna sewajarnya dielakkan. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Namanya cukup disegani. Lebih 20 tahun bergelar anak seni, kebanyakannya manis-manis belaka bagi lagenda Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Keperibadiannya, sikap pemurahnya, akhlak dan ukhwahnya sangat dijaga. Tak hairanlah peminat sentiasa memberikan sokongan padu buatnya tanpa mengenal usia.
Terkini, nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi dikenang membawa kebaikan apabila menubuhkan sebuah sekolah khusus untuk anak-anak di Palestin.
Mengambil keberkatan nama dua orang cahayamatanya iaitu Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah, dirinya memaklumkan telah menyewa sebuah bangunan di negara terbabit dan diberi nama Sekolah Kanak-Kanak Afwa & Aafiyah di Gaza, Palestin.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Dato’ Sri Siti memaklumkan hal ini.
Alhamdulillah, sejak Oktober 2021, sekolah kanak-kanak Afwa & Aafiyah berjaya ditubuhkan di Gaza, Palestin. Sedikit demi sedikit kita bangunkan di bangunan yang disewa serta menggajikan tenaga pengajar dan petugas.
Sekolah ini mengajar hafazan, Al-Quran, akademik serta tentang akhlak/adab. Kita juga menyediakan makanan kepada semua pelajar pada waktu persekolahan.
Ini adalah usaha Siti, suami, Yayasan Nurjiwa serta sumbangan orang ramai yang terus ke Yayasan Nurjiwa dan juga di Tabung Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 (ada di linktree di bio instagram @ctdk, boleh klik link untuk membuat sumbangan).
Siti juga melancarkan Music Of The Soul: An Evening Of Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan salah satu tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi pembiayaan sekolah ini. Kepada seluruh pembeli tiket, kami mengharapkan, apa yang anda sumbangkan dirahmati dan dikurniakan keberkatan di atas usaha kita. Sumber : IG @CTDK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memasuki bulan Syaaban ini menandakan Ramadan semakin menghampiri. Menurut Ustazah Asma' Harun banyak kelebihan yang terkandung di bulan ini namun ramai yang masih terleka...